25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Saturday, November 29, 2008

Result Fasa Akhir

Dah terima result periksa? Kawan-kawan dari Selangor dah terima hari ni.. di pos ke alamat rumah. Suspen!!!!!!!!!!!

Imbauan Omar Salleh

...kepenatan selepas bermain sepak bulu ayam persembahan Cikgu Hassan Embong.

Nampaknya usaha usop mengimbau kenangan di Upsi mengajak aku turut sama mengenang beberapa peristiwa ketika di Tg Malim. Di Fasa 2 ni tubuh badan rasa fit sebab belajar Pendidikan Jasmani. Kita semua aktif dan aku sangat bahagia sekali ketika itu walaupun bersulamkan subjek Psikologi(Dr Kamaruzaman) dan kepimpinan Pendidikan (Tn Hj Nazirmudin) yang menuntut pelbagai teori. Antara pensyarah yang aku tak lupa ialah En Omar bin Salleh yang mengajar PJ ini. Cara dia mengajar ada kelainannya sebab kita-kita ni orang lama belaka. Penyampaian ilmunya bagus tapi banyak benar selingannya ( sekitar kesihatan) kadang2 terkeluar tajuk tapi takpe kita tak mengantuk dan layaaaaaaaaan. Paling tak lupa bila ada satu sesi menguji stamina dan juga kepantasan berlari dibawah komponen kecergasan. Maka dengan itu juga aku, ani, dayang, yati aziz, nafsia, mala, bedah, meng choon dan semuanya berlarilah keliling padang upsi tu. En Omar juga turut sama berlari. Masa tu takut juga kot kot ada teman-teman yang tiba-tiba rebah tapi mujurlah takde. Bayangkan dalam usia 47, 48, 49 dan 50 kita berlari 3 pusingan padang yang luas itu. Mengah, semput, letih dan pucat lesi namun puas!

.... belajar cara betul melontar peluru

Satu perkara lagi En Omar ni suka bagi banyak asignment, latihan dan kuiz. Maka bersengkang matalah kita menyiapkan permainan-permainan yang tersenarai dalam dunia sukan dan permainan. Ani dengan sofbolnya, aku dengan bola baling, mala dengan futsalnya. Setiap malam update tugasan ini bila ada ruang namun sering keletihan kerana terlalu aktif di siang hari. Paling aku tak lupa ialah kita diajar cara menentukan kadar nadi dan juga komponen kecergasan, istilah-istilah seperti mesomorph, ectomorph dan endomorph masih segar dalam ingatan. Walaupun En Omar bagi banyak tugasan namun dia mengajar bersungguh-sungguh. Setiap guru dikalangan kita diberi peluang mempamerkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam permainan . En Hassan dengan badmintonnya, En Alias Othman dengan permainan petanque, Low dengan Taicinya, Shahar dengan poco-poconya.

Apa-apa pun yang telah kita lalui, di fasa 2 yang lalu semuanya sihat tubuh badan kerana sering bersenam! Moga-moga mengekalkan kecergasan fizikal menjadi amalan kita semua tak kiralah apa cara sekalipun.Sepanjang ingatan aku, kita semua enjoy di fasa 2 ini namun menjadi mimpi ngeri kepada Saras kerana terseliuh selepas acara lompat lompat bintang di dewan gym. Sian Saras terpaksa bertongkat selepas itu.


Letih Sop?






Friday, November 28, 2008

Sibuk Sikit



Sehari dua ini saya agak sibuk sikit. Namun tetap cuba cari masa untuk menjengah blog yang biasa diterjah. Minggu lepas saya buat kuih bahulu dan nampaknya menjadi. Saya pack cantik-cantik dalam bekas bulat dan bawa ke sekolah. Sepanjang minggu ini saya bertugas di sekolah. Seperti biasa saya suka bawa kuih-kuih yang saya buat dan makan bersama staff di office. Tadi mereka terkejut melihat kuih bahulu pula yg saya bawa. Sebelum ni saya selalu bawa mufin, roti butter dan kek cawan/pelangi. Melihatkan kuih bahulu itu semuanya teruja nak merasa.
Macam-macam komen positif saya terima. Ada yang kata "Hmmm...inilah bahulu yang saya cari-cari, rasanya seperti bahulu orang dulu-dulu, teksturnya seperti roti tidak bersakar, tidak terlalu ringan dan sedap cicah dengan teh o atau kopi." Terus mereka tempah untuk raya haji. Semua kerani yang ada di situ tempah. Saya rasa satu kepuasan bila kuih-kuih yang saya buat digemari rakan. Pada asalnya saya bukanlah nak jual kuih bahulu ni tapi nampaknya semua puas hati bila dah rasa dan mereka nak lagi. Maka pagi tadi saya terima tempahan 500 biji kuih bahulu. Esok lusa kenalah buat kuih ni. Kebetulan along ada balik tadi. Bolehla tolong ibu.
Saya jual dengan harga RM16 untuk 50 biji dan RM10 untuk 30 bj. Biasanya di bulan puasa saya tak menang tangan buat biskut raya. Kini nak raya haji tiba-tiba saya terima tempahan kuih bahulu pulak. Mujur dalam cuti sekolah. Mengadap ovenlah nampaknya sehari dua ni. Kepada Ani, nanti saya pamerkan resepi egg tart sedikit masa lagi.

Thursday, November 27, 2008

You Hold a Piece of My Heart


We met online, have a good time
Chatted again and become good friend
Time goes on and we are still here
And l truly believe you are someone dear

Here is something l’d like to share with you
For all of your love and kindness too
It’s a symbol of friendship that we share together
A friendship l hope will last forever

And although we live so far apart oceans away
Always remember you hold a piece of my heart !

Wednesday, November 26, 2008

Resepi Mudah Kek Cawan


Bahan-bahannya
250 gm mentega
230 gula kastor
2 camca teh Quick 75 atau p3
4 biji telur Gred A
270 gm tepung serbaguna } diayak
1 camca teh serbuk penaik } diayak
60 gm susu pekat
2 camca besar susu segar/cair
1 camca teh vanila
2 sudu besar serbuk badam atau hazel nuts (jika suka)

Hiasan
Aising mentega susu biasa.
Aising mentega oren/ungu
Mawar kecil (merah muda)
Parutan coklat

Cara membuatnya
1. Putar mentega, gula dan Quick 75/p3 hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu pekat, susu cair dan vanila.
5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana).
6. Bakar pada 190 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk sebelum dihias ikut suka.

ICING MENTEGA SUSU
(Cukup untuk menghias kek cawan di atas.)
Bahan-bahannya:

125 gm mentega (bukan mentega tulen)
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
20 gm gula aising, diayak
1/2 camca teh vanila
Pewarna oren, ungu, merah dll
Untuk aising coklat (dipukul sekali dalam langkah 1)
15 gm serbuk koko, diayak
1 camca besar susu cair

Cara membuatnya
1.Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2.Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3.Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
4.Sapukan kek dengan aising, kemudian hiaskan mengikut cita rasa masing-masing.





SELAMAT MENCUBA!!

Cuppy Cakes ( Kek Cawan)



Kek cawan (Cuppy Cakes)
Ia comel, berhias cantik dan memikat selera. Apa lagi jika bukan kek cawan atau kek mangkuk? Sejak kebelakangan ini, ia sudah menjadi satu hidangan popular atau trend terutama di kota atau bandar besar. Malah, setiap majlis tidak akan lengkap tanpa kehadiran kek-kek kecil yang juga dikenali dengan nama cuppies ini. Tetamu juga diberi kek cawan sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Ramai suri rumah menceburi bidang perniagaan dengan membekalkan kek seumpama ini kepada jiran-jiran, sahabat-handai dan saudara-mara. Saya tidak terkecuali mendapatkan kemahiran menyediakan kek cawan ini. Baru ni saya menghadiri kelas cup cakes dimana bayaran untuk seorang peserta ialah RM250.00 Bagi orang yang meminati seni halus dan kerja berseni memang sesuai membuat dan menghias kek comel ini. Saya merasa sangat puas apabila hasil kerja saya menjadi dan mula menerima tempahan dari rakan taulan di sekolah dan di sekitar taman perumahan. Kek ini menjadi tumpuan di majlis hari jadi, pertunangan atau perkahwinan (sebagai hantaran). Terkini, ia menjadi satu kemestian di mana-mana majlis pelancaran produk terbaru syarikat korporat. Ini adalah kerana hiasan di atas kek boleh diubahsuai mengikut kehendak atau cita rasa pelanggan.

Ada beberapa saiz mangkuk kertas atau paper cups. Juga pelbagai corak dan warna. Apa yang paling penting adalah memastikan mangkuk kertas diletakkan ke dalam patty tins yang sama saiz. Dengan cara ini sahaja bentuk kek akan kekal cantik semasa dibakar. Ada juga mangkuk kertas yang sudah dibentukkan dengan kertas keras dan boleh dibakar begitu saja (tanpa perlukan patty tins). Jangan isikan adunan sehingga tiga suku penuh kerana kek akan menjadi sama rata dengan tepi keliling bila sudah masak. Ini merugikan kerana anda perlu membuang bahagian atasnya untuk menyapu aising. Jadi, sebaik-baiknya timbang setiap adunan (di dalam mangkuk kertas) supaya sama banyak. Jika tidak, ada kek yang akan penuh dan ada yang kurang. Bila kurang, anda terpaksa gunakan lebih banyak aising.

Aising mentega yang digunakan di sini tidak manis. Ia tidak seperti aising mentega yang biasa. Rasanya yang lemak itu tidak menjemukan. Anda juga tidak perlu menggunakan gula aising yang banyak seperti membuat aising mentega yang popular (mentega campur gula aising). Jadi, lebih ramai orang yang akan gemarkan aising mentega susu. Aising atau krim ini sangat sesuai bagi menghias sebarang jenis kek.

Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam Bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an). Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.

Jangan gunakan mentega tulen untuk membuat aising kerana ia mudah cair. Pilihlah mentega (susu) yang bercampur dengan sayuran (kelapa sawit). Ia lebih murah daripada mentega tulen dan baunya juga tidak sekuat atau seharum mentega tersebut. Kekeliruan mungkin timbul dengan bahan Quick 75. Ia juga dikenali dengan nama ovalette. Diperbuat daripada sumber soya, Quick 75 atau Sponge Cake Emulsifier mampu menggebukan kek. Kini Quick 75 sudah jarang kedapatan di kedai bahan asas membuat kek sebaliknya diganti dengan keluaran terbaru yang dipanggil P3. Bukan mp3 ya. Ia sejenis batter type cake emulsifier. Selain itu, pastikan telur bersaiz besar (Gred A) serta masih baru. Telur lama kehilangan faktor yang dapat membuat kek lebih ringan dan 'cair' di dalam mulut.

Paling penting untuk diingati adalah semasa membakar kek. Jangan atur kek dalam susunan bulat mengikut bentuk tin pembakar. Ini akan membuat kek di bahagian 'belakang' dan 'tepi' berdekatan dinding mengembang dengan cepat. Suhu di situ lebih panas. Adunan mungkin melimpah keluar dari mangkuk kertas dan ini merosakkan atau mencomotkan kek kerana ia akan melekat pada bahagian tepinya. Susun mangkuk kertas dalam bentuk membulat atau gunakan tin pembakar bulat seperti tudung periuk. Jika boleh elakkan menggunakan loyang kerana bahagian keliling yang tinggi melambatkan proses membakar. Selalu pusingkan bahagian belakang ke sebelah hadapan bila kek sudah separuh masak. Jika mahu menggunakan kipas dalaman dan kepanasan atas dan bawah semasa membakar, turunkan suhu kepada 160 C-170 C. Ketepatan suhu bergantung pada ketuhar masing-masing, berapa lama digunakan dan jenama. Ketuhar yang lebih canggih dan mahal mempunyai kepanasan dalaman yang lebih sekata. Manakala ketuhar yang menggunakan gas kadangkala membuat kek berbau kurang enak

Untuk mendapatkan corak yang diinginkan, lakarkan terlebih dulu di atas kertas. Tandakan warna-warna yang anda inginkan. Isikan ke dalam beg aising dengan nozzle yang sesuai. Misalnya, bentuk bintang pecah 5 atau 8, bentuk daun (yang boleh menjadi kelopak bunga matahari) atau bentuk bergerigi sebelah (yang boleh menjadi corak pada tepi bakul/basket weave).
InsyaAllah pada entri akan datang saya akan masukkan resepinya serta lagunya sekali. Maklumlah selepas penat memasak saya suka menyanyiiiiiii. Selamat memahami apa itu kek cawan.






Kuih Bahulu Dulu dan Sekarang


Kuih Bahulu
Di musim cuti begini aku punyai sedikit ruang masa. Maka akan kembalilah ke hobi lama aku iaitu meluangkan masa mencuba resepi-resepi yang sebelum ini terkumpul dalam buku-buku resepi. Mengumpul dan mencuba resepi memang minat aku sejak remaja lagi. Semalam dan hari ini aku rasa happy semacam sebab dua benda aku berjaya buat. Pertama aku dapat menghasilkan blog sendiri dan kedua aku berjaya mengadun resepi kuih bahulu. Acuannya dah lama beli tapi tak pernah buat. Satu beli sendiri dan satu lagi yang arwah abah beli. Semua orang tahu dan kenal kuih bahulu ini. Kuih tradisi kita orang melayu. Kuih ini bahan asasnya hanya tepung gandum, gula dan telor. Kalau dulu-dulu aku masih ingat bagaimana payahnya nenek aku nak buat kuih ini.

Dua minggu puasa je dia mulalah mengumpul telur itik. Nak buat bahulu satu hari tak boleh buat kerja lain. Kerja aku mengumpul sabut kelapa dan tukang beli arang. Maka bermula dari pagi nenek aku akan mengenjut telur dalam pasu. Bergilir-gilirlah mengenjut sampai telur tu kembang. Nak hilangkan bau hanyir telur tu dibubuhnya esen ros. Kemudian nak bakar pula satu sengsara lagi. Selalunya kakak sulung aku kena bahagian ni. Nenek dan kak long aku tukang jaga api dan acuan kuih yang bertutup ni. Maka berairlah mata bermain asap dan kehangatan bara duduk di bawah pokok jambu di belakang rumah.Nak jaga api atas dan bawah bukan mudah. Inilah kepakaran nenek aku. Menjelang asar baru siap kuih bahulu yang dipukul dalam pasu besar dan dapat dihasilkan dalam satu tong biskut macam tong minyak tanah dulu-dulu. Banyak tu. Ada bentuk buah cermai. Ada bentuk ikan.

Hari ini aku buat bahulu cara moden. Aku tak guna dapur tungku dan arang tapi tentulah oven. Aku tak guna esen ros tapi ikut cita rasa sendiri macam-macam perasa boleh letak. Samada pandan paste, orange, lemon paste, vanilla atau banana.. Semua perasa ni memang wangi baunya. Aku tak guna acuan bertutup tapi acuan terbuka yang mampu membakar 24 hingga 50 biji sekali gus mengikut size oven. Resepi yang aku cuba hari ni memang tidak mengecewakan kerana tidak terlalu manis bersakar. Pukul adunan pun dah tak pakai pengenjut telur lagi sebaliknya kita dah ada ‘mixer’. Segalanya menjadi mudah kini. Kuih bahulu juga sentiasa ada dalam pasaran kerana telah dikomersialkan oleh pencinta kuih tradisi termasuk aku sendiri. Dalam masa sejam setengah saja aku mampu menyiapkan kuih bahulu yang sebanyak di dalam gambar di atas. Pagi tadi juga aku bawa ke sekolah dan ajak kengkawan yang ada di ofis makan sama. Hujan-hujan begini memang sedap bancuh kopi dan cicah kuih bahulu ni.

Hujan Datang Lagi

Hujan hujan telah datang lagi
Dingin dingin menyiksa diri
Bantal dan guling sebagai saksi
Sudahlah dingin daku sendiri
Kupanggil kau tak menyahut
Akan menjerit tak sanggup lagi
Aku pun menangis lagi ..hu..hu..hu

Hujan membuka cerita lama
Dulu sepayung kita berdua
Bermesraan di tengah hujan
Hujannya kini daku sendiri
Rindu makin menyengat
Bantal dan guling makin ku dekap
Dan ku peluk erat

Petir seakan merenggutkan
Putusnya tali ikatan
Oh kasih kini berpaling pada yang lain
Bukan denganku kawan bersanding
Kan ku gapai lagi tak mungkin
Hujan seakan dicurahkan
Dingin dan gelap mencengkam
Hooo malang sudahlah dingin tiada berteman
Hati sepi ku bawa mendekam
Matapun tak mau memejam
Oho desis angin dan hujan
Aha tangis ku kesepian

Terbayang jauh kau di sana
Berdakapan dengan sidia
Semakin dingin semakin mesra
Sedangkan daku kini sendiri
Membeku rindu di hati
Rindu nan tiada pula bertepi
Hujan tak jua berhenti
Dingin dingin dingin

Tuesday, November 25, 2008

Buat Roti Sendiri

Anda suka buat roti? Tentu ramai yang gemar makan buns atau wholemeal bread. Malangnya roti yang dibuat sendiri cepat berkulat. Tidak seperti roti yang dijual di kedai boleh bertahan lama. Untuk membuatkan roti tahan lama,anda mesti masukkan bahan pengawet yg dikenali sebagai anti-mould (ada dijual di kedai barangan bakeri, contohnya - sodium benzoate atau potassium sorbate). Sukatan bergantung pada jenisnya tetapi sebagai panduan asas, gunakan 10 gram untuk sukatan berat seluruh adunan (tepung + lemak + air dll) sebanyak 1 kg. Namun demikian tidak digalakkan menggunakannya kerana ia jenis preservatives/bahan pengawet.

menjejaki rakan lama


Tiada sesuatu yang paling manis selain bertemu rakan lama yang sama-sama belajar dari peringkat rendah hinggalah di mana kita di saat ini. Seandainya ada rakan-rakan yang mengenali diriku di blog ini silalah respon. Semoga persahabatan yang lama terpisah jauh terjalin kembali.

Seandainya aku punya langit bersulam sutera dan mahligai yang bertatah berlian permata mungkinkah aku disanjung dipuja sentiasa disegani semua yang ada dalam dunia? Namun walau ku tak punya langit bersulam sutera dan mahligaiku pun tidak bertatah permata aku tetap bersyukur ke hadrat Maha Esa kerana ku dijadikanNya sebagai manusia.

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan