Friday, April 24, 2009

Lawatan Penandaarasan MGB Kuantan ke SK Temin Jerantut

Pada 22 April baru-baru ni saya mengikuti rombongan 2 buah bus lawatan benchmark Majlis Guru Besar Kuantan ke SK Temin Jerantut.Saya mewakili GB, dia ke Terengganu program Pemantapan Pendidikan Khas. Tiba di SK Temin pukul 10.30am. Selesai minum kami diberi taklimat ringkas serta ditayangkan video mengenai kejayaan dan kekuatan sekolah.Bagi saya secara peribadi,selain kejayaan akademik dan kokurikulum sekolah ini cantik di segi fizikalnya, kawasan yang luas membuatkan pelbagai sudut kawasan dapat diujudkan contohnya di bawah konsep rangkaian pintar pss nya, di bahagian outdoor boleh di ujudkan Anjung Herba, Kolam Sains Akuatik, Sains Tani, Taman Kaktus, Taman Kecergasan, Sains Ternak, Kios RMT, Pondok-pondok Ilmu, Temin Gateway, Taman Lalulintas Jalanraya dan sebagainya.

Tak sempat nak tengok semuanya, bagi saya satu tempat yang menarik ialah Bilik Seni. Macam muzium di dalamnya. Sekolah ini memang hebat di bawah pentadbiran Guru Besarnya sejak 1997 iaitu Tn Hj Hamidon bin Abu bakar, AMP.AMN (DG41). Moto sekolah ini simple saja tapi menepati dengan kewujudannya " Temin Hebat" maka memang hebat. Banyak brosur yang saya bawa balik. Dokumentasi lengkap, sekolahnya bersih dan setiap bilik darjah sangat berinfo.
Apa yang dapat saya simpulkan, Guru Besar sekolah ini sangat berwawasan orangnya, berpandangan jauh dan bersifat kebapaan membimbing guru dan mendidik murid dengan hasrat murid berjaya dunia akhirat. Hampir sejam lebih melawat sekitar sekolah dan bilik-bilik khas namun masih ada tempat yang tidak terlawat....Tengaharinya kami dijamu dengan masakan kampung termasuklah sayur keladi dan ikan patin bakar. Sebelah petangnya dari jam 2.30 hingga 4.30 kami diberi taklimat PKKP dan juga Peranan Sektor TKSU (P) dalam Memperkasakan Laluan Kerjaya, disampaikan oleh Presiden KGMMB, Tn Hj Mohamed Sabri.Banyak maklumat tentang hiraki perjawatan yang disampaikannya.
Lawatan ini sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada pengurus sekolah dalam mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan.


Tak dapat nak pamerkan semua gambar, terlalu banyak. Saya cadang nak datang sekali lagi, kali ini dengan rombongan guru-guru sekolah. Tapi tak taulah entah bila...........

Thursday, April 23, 2009

BERSAMA KOMBO JPN PAHANG SEMPENA LAWATAN JPN PERAK


Dah lama tak update blog. Malas pun ya, sibuk yang paling pasti. Dalam kesibukan mengurus kokurikulum sekolah ada sepucuk surat menghendaki saya hadir latihan dan menyanyi di makan malam untuk rombongan dari jabatan pelajaran negeri Perak yang datang melawat ke negeri Pahang pada 18 April lalu. Berlatih menyanyi dengan live band dalam masa yang sangat singkat lebih kurang setengah jam dan pada malamnya saya menyampaikan 5 buah lagu. Selain saya ada 2 orang lagi penyanyi lain. Mujurlah lancar...tempo betul dan tak lupa lirik. Lagu-lagu yang saya sampaikan ialah "Tak Ingin Sendiri",(lagu Hetty Koes Endang) "Tiada Maaf Bagimu",(lagu Yuni Sahara) "Mari Jalan Bersama"(lagu Saloma), lagu "Sejakku Bertemu Padamu", (lagu Sanisah Huri)dan "Penawar Rindu" Okid Abdullah.
Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En Zainuren Hj Mohd Nor, Penolong Pengarah Unit Naik Pangkat,Hj Zaharudin, ketua Sektor Pengurusan Akademik, Hj Jailani Hj Ludin dan Timbalan Pengarah JPN Perak En Aziz.
Inilah antara gambar yang sempat dirakam menggunakan handphone. Camera digital udah kantoi masa hujan lebat lepas konvo hari tu. Majlis di Dewan BTPN, Beserah ini berakhir jam 11.00 malam.Hala balik jalan sesak oleh kenderaan yang memenuhi setiap ruang di sepanjang Bukit Pelindung, ada lawatan Ketua PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kereta fikiran melayang entah bila aku nak stop menyanyi. Pada 25 APRIL ini pula ada Konsert Diraja yang di adakan di Auditorium RTM, Tanah Putih.