





pengalaman manis naik heli


Dalam diam-diam anakanda Aliff bertuah dapat peluang naik helikopter. Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur tak sampai sejam. Di dalam penerbangan singkat itu, sempat dia berposing-posing dalam heli. Seronok dengar cerita dia di pawana dan melihat awan , begitu teruja. Dunia anak bujang ini sangat tidak di duga. Mula membuat persembahan pada hari guru di tingkatan 4 dan 5 di sekolah SMART, Kuantan. Minat muziknya menjurus kepada drum terus menjadi drumer bersama rakan sekelas tubuh band dan beradu nasib di pertandingan Battle of the Band di Kuala Lumpur cuti lalu. Tapi tewas. Ada peluang lagi buat show bila ada program MPK di Kuantan Plaza dan Malam Minggu di Teluk Cempedak. Mereka empat sahabat sangat akrab. Sering bersama berlatih. Kadang-kadang ibu yang naik risau takut mereka ni jadi leka...sentiasalah berpesan-pesan.
Muzik menyatukan mereka dan membawa peluang jauh perjalanan. Kini empat sahabat ( Aliff, Syauki, Azrai dan Awang) berpisah membawa harapan dan cita-cita masing-masing. Ada yang meneruskan pengajian di tingkatan 6 (azrai & Syauqi), ada yang masuk UIAM (aliff)dan ada yang ke UM (awang)...Semoga anak-anak muda ini terus cemerlang dan berjaya dalam hidup. Terasa sunyi bila anak-anak pergi belajar.....
Tahniah T anak dapat p belajar untuk bekalan mereka di hari muka...
ReplyDeleteSeri,
ReplyDeleteJangan terlalu risau. Walaupun zaman remaja penuh pancaroba, tetapi zaman itu dapat dilalui dengan sempurna jika betul laluannya. Saya percaya Aliff dan rakan-rakannya akan berjaya.
terima kasih cikgu W.
ReplyDeleteanak lelaki saya ni banyak bina diri dia sendiri. 5 tahun duduk di asrama...masa spm pun pantau jarak jauh jer sebab ibu ketika itu sibuk di upsi. mujurlah selesai laluan satu persatu.
Tahniah T atas kejayaan anak....Susah senang mendidik anak akan terubat jika anak kita berjaya.Kejayaan sahaja tidak mencukupi T, tapi pastikan anak-anak kita menjadi insan yang solih dan solihah kerana merekalah yang akan dapat membantu kita didunia yang kekal abadi.
ReplyDeletetahniah tie..tahiah jugak pada alif. anak yang berjayakerana dibelakangnya ada ibu yang kuat dan berjaya
ReplyDeleteTerima kasih melayar keAlmanar. Aliff sepatutnya bersyukur dan berbangga kerana berada didalam keluarga pendidik. Engineering banyak cawangan. Kalau ingin sedikit pandangan warga mas sila hubungi saya melalui e-mail. Seorang budak (bernama Aliff juga) saya anjurkan diploma mechanical engineering di UTM walaupun mendapat 8A. Sementara dua orang budak yang saya sebut dalam Almanar membuat asasi medics dan pergigian di UIAM juga, tempat anak cikgu. Salah satu tarikkan utama kepada yang berdua keUIAM ialah kampus mereka akan datang (selepas asasi)berada diKuantan – dekat balik kampung ke KT!
ReplyDelete