Di SK Wira terdapat seorang guru muzik bernama Elina Mas Ayu bt Rosli. Seorang guru muda option muzik yang berbakat. Selain komited dengan tugas, beliau pandai menyanyi dan bermain gitar. Beliau juga merupakan penyanyi kombo Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, selalu dipanggil menyanyi jika ada majlis-majlis tertentu. Antara aktiviti menyanyi di luar sekolah pada tahun ini adalah menyanyi di Konsert Diraja Simfoni Kasih, Majlis Penutupan Pert. Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan, Majlis Jamuan Makan Malam Meraikan Rombongan JPN Perak, dan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuantan.
Sebelum beralih pentadbiran baru cikgu Ayu tiada sokongan untuk memantapkan seni muzik di sekolah walaupun semangat dan hasratnya jauh ke hadapan Segalanya muram. Apabila saya masuk sebagai GPK Kokurikulum ke SK Wira, saya ingin mencuba sesuatu yang baru untuk mencari suatu niche area di sekolah ini....bukan melalui sukan atau permainan tetapi melalui kebudayaan. Saya mulai berbincang dengan beberapa orang guru yang saya rasakan adalah aset kepada sekolah ini tetapi sebelum ini mereka tiada dorongan dan sokongan dari pihak pentadbir. Saya mencadangkan kepada Cikgu Ayu agar kita cuba tubuhkan kumpulan kugiran atau live band dari kalangan murid. Saya lihat di Kuantan ini tidak ada lagi sekolah yang mempunyai kumpulan murid yang menganggotai kugiran bermain alat-lat muzik. Saya mendapat respons yang sangat baik dari GPK lain dan apabila bertukar pentadbir, masuk pula Guru Besar baru yang sangat positif dalam memperkasakan sekolah, tanpa berlengah saya duduk berbincang dan akhirnya kami sebulat suara sepakat sehati mencapai keputusan menubuhkan kugiran cilik..Akhirnya pada 17 Julai 2009 segalanya menjadi realiti apabila peralatan kugiran dibawa dari Melaka, bernilai ribuan ringgit kini telah berada di Bilik Muzik. Bilik Muzik di upgrade kan. Perbincangan demi perbincangan dilakukan , saya mulai mengatur langkah, selain Cikgu Ayu mula mengajar asas-asas bermain chord gitar , saya cuba juga mencari tenaga pengajar dari luar untuk membimbing murid ini. Jadual latihan saya atur dengan penuh disiplin dan mendapat sokongan ibubapa. Kini kugiran murid ini berusia hampir 5 bulan.
Drumer seorang murid dari Tahun 5, Syafiq Balqis, pemain bass gitar Azwan, pemain lead pula Adli. pemain rythm pula Hafiz, Pemain tamborin dan sepasang penyanyi. Hanya 2 orang murid yang datangnya dari kelas cemerlang manakala yang lainnya dari kelas hujung. Maksudnya murid ini walaupun tidak cemerlang dalam akademik tetapi bijak dan berbakat dalam bidang seni. Mereka sangat mudah menguasai tempo lagu, chord-chord gitar yang diajar oleh guru muzik. Penyanyinya pula adalah Johan dari Pertandingan Bintang Kecil yang saya adakan di sekolah memang untuk mencari murid berbakat menyanyi. Hasilnya lahirlah Muzamil dan Siti Norhana yang sangat berbakat dari segi vokal dan showmanship.
Hasilnya persembahan pertama mereka ialah pada Program Rimup baru-baru ini dengan lagu yang dibawakan bertajuk "Hidup Bersama" Itulah persembahan permulaan dengan satu lagu yang mengambil masa hampir sebulan berlatih. Kini apabila telah menguasai kemahiran, satu lagi tugas mereka menunggu....kini sedang giat berlatih untuk mengadakan persembahan pada Hari Anugerah Kecemerlangan...Lagu yang akan mereka mainkan nanti berjudul " Situasi" oleh Bunkface dan "Aku Stacy". Jumaat 20hb ni raptai penuh dan esoknya Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2009. Sempatlah dapat result UPSR.
Harapan saya kumpulan kugiran ini terus mantap dibawah asuhan guru muzik dan sokongan Guru Besar. Di bawah unit Kokurikulum saya menubuhkan Persatuan Seni Budaya di mana dibawahnya terdapat empat unit iaitu Kelab Kugiran, Kelab Koir, Kelab Tarian dan Kelab Kompang. Semuanya sudah ada perancangan untuk menyahut cabaran, mewarnai dunia Kokurikulum murid dan meriah di persada seni sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, InsyaAllah. Doakanlah hasrat murni guru-guru yang ingin melihat anak-anak murid berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum serta membanggakan ibubapa, guru, sekolah dan semua pihak.
tahniah ti....kau memang ada bakat
ReplyDeletesalam...tlg smpaikan salam pada cikgu elina mas ayu yea..dr seorang teman yg pernah mengenalimu cikgu elina...
ReplyDelete-2001- :)