25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Monday, February 16, 2009

Satu Kepuasan Bekerja

Kehadiran ibubapa nampak menggalakkan.

Rumah Sukan Kuning dengan maskotnya....kreatif betul cikgu-cikgu dengan anak murid.


GB, GPK HEM dan yang bertopi merah hujung tu lah saya...GPK1 tidak ada, bertukar ke sekolah lain...di belakang tu GPK petang....kami duduk santai sementara menunggu perasmi sampai.

YB Dun Pulau Manis Pekan menyampaikan ucapan perasmian

Ibubapa hadir seawal jam 12.15 tengahhari
Murid-murid dalam perbarisan rumah sukan dan unit beruniform.


Syukur Alhamdullillah…semalam 15 Februari terlaksanalah sudah Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah SK Wira untuk kali ke 12. Selama sebulan merancang dan mengatur tugas akhirnya semalam ianya berjaya direalisasikan dengan baik. Bukan tidak biasa menjalankan sukan di sekolah tetapi ini adalah julung-julung kalinya saya cuba tiup perubahan dengan membawa keluar warga sekolah dan ibubapa merasai dan mengalami suasana sukan berlatar tempat di Stadium Darul Makmur Kuantan. Untuk buat sukan di padang sekolah juga bermasalah sebab pihak kontraktor sedang rancak membina bangunan tambahan sekolah dan telah memakan sedikit ruang padang. Disamping itu keadaan sekeliling padang juga kurang selamat dengan longgokan kayu, batu dan alat-alat pembinaan bangunan.

Pada awal nya dengan peruntukan yang cuma ada RM2300, dengan murid seramai 1200, guru pula 80 lebih mampukah saya menguruskan sukan di lokasi yang terletak sejauh lebih kurang 16km dari sekolah. Namun setelah berbincang dengan GB dan semua pentadbir yang lain keputusan dicapai untuk tetap melaksanakannya walaupun kemelut yuran belum tahu hujung pangkalnya ketika itu.

Maka sejak itu saya mengatur langkah, saya mula mencari penaja/sponsor dari mana-mana yang saya yakin hasilnya positif. Akhirnya dipendekkan cerita sekolah hanya cuma membiayai hadiah, makanan murid, sedikit peralatan sukan sedangkan yang lain-lainnya semuanya dapat pembiayaan dari pihak-pihak yang prihatin meghulur sumbangan. Perbelanjaan lain-lain seperti sewa stadium(RM500.00), pakaian sukan, air mineral, pengangkutan, dan assesories untuk persembahan senam robik semuanya mendapat sokongan bantuan kewangan dari mereka yang prihatin dan bermurah hati. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kedua-dua YB yang membantu memberi sumbangan, Syarikat Bumi Terus Maju yang menaja air minuman, Syarikat milo/nestle, pembekal-pembekal peralatan sukan dan permainan, kedai buku di sekolah.

Bagi penggunaan tenaga empat kerat untuk mengendalikan perihal kepegawaian dan kehakiman saya tidak menghadapi masalah. Dari analisis SWOT yang telah dikenalpasti sekolah ini mempunyai kekuatan dan sokongan kuat dari PIBGnya. Lokasi sekolah yang berhampiran dengan Kem Batu 10, ada antara ahli PIBGnya terdiri dari unit-unit tentera dari Markas 4 Briged Mekanis, Armor Diraja, TUDM , ahli-ahli Motor Kelab Putera DSP. Semuanya saya kumpul dan bersama s/u sukan memberikan taklimat pegawai sukan sehari sebelum sukan dijalankan. Saya berjaya dapatkan T shirt sukan untuk semua guru, kakitangan dan pegawai sukan tanpa mereka bayar sesen pun. Ahli Kelab Motor Putera seramai 10 orang bersama ahli PIBG dan juga pekerja sekolah kesemuanya ringan tulang menghulurkan bantuan. Mungkin mereka sendiri berasa tidak sabar untuk bersama-sama guru dan murid-murid menjayakan di stadium Darul makmur yang gah ini.

YDP PIBGnya pula adalah seorang pegawai perubatan . Unit RESAT (Unit perubatan dari Tentera) juga menyediakan sebuah ambulans dan bantuan anggota perubatan yang memberi rawatan kecemasan kepada murid yang tumbang pada hari sukan. Dari aspek pertolongan cemas saya sudah mendapat bantuan dari mereka. Untuk mengangkut peralatan seperti khemah kecil, payung, bendera dan papan-papan tanda rumah sukan dan unit beruniform, hailer dan peralatan sokongan untuk menjayakan sukan , pihak sekolah memohon bantuan dari lori pikap Malaysian Airports Sdn Bhd. Memandangkan sekolah ini adalah sekolah angkat kepada MAB (Malaysian Airports berhad) maka mudahlah mendapat sedikit priority.

Akhirnya, sukan telah berjaya dilaksanakan hasil dari kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus menjalankan tugas. Pada ahad 15hb tersebut, saya tiba di stadium pukul 12.20 pm dan mendapati pihak ibubapa telah mula berduyun-duyun membanjiri grand stand di bahagian tempat duduk di hadapan. Mereka datang sendiri membawa keluarga dan anak masing-masing. Sementelahan lagi adalah hari Ahad maka tiada sebab untuk tidak ada bersama-sama menyaksikan gelagat anak-anak mereka bersukan. Sekolah cuma menyediakan sebuah bas untuk 40 orang peserta senamrobik dan 9 orang murid Kelab kompang. Mereka kelihatan sangat teruja dan ingin tahu bagaimana suasana anak-anak mereka bersukan di tempat yang belum pernah dikunjungi anak-anak mereka. Cuaca pada hari itu sangat baik. Syarikat Milo juga menyumbangkan sebanyak 1000 cawan minuman milo sejuk . Tiada kesukaran mendapatkan peserta untuk bertanding dalam acara yang ditentukan bermakna tiada yang tidak hadir. Jika murid seramai 1200 hadir beserta dengan ibubapa masing-masing sudah tentulah kehadiran mencecah 3000 lebih. Mereka kelihatan sangat girang menyaksikan gelagat anak-anak mereka berlari mengambil bahagian di atas trek merah bergarisan. Setiap murid diberikan makanan berupa air mineral, cream roll, wafer dan minuman percuma milo.

Acara-acara balapan yang dijalankan adalah seperti lari 40m, 50m, 60m ( Tahap 1) dan 100m, hurdles (tahap 2), 8x50m, 4x100m, dan 4x100 acara sekolah jemputan. Acara dihentikan jam 3 memberi laluan kepada YB berucap dan merasmikan sukan. Paling menarik ialah acara senamrobik yang berjaya mencuri hati ibubapa kerana 40 orang murid ini hanya dilatih selepas cuti Tahun baru Cina , dengan membuat pelbagai formasi dan rentak tarian mereka berjaya mempamerkan persembahan yang sangat baik berlatarbelakangkan muzik poco-poco, memori daun pisang, rentak cha-cha dan lain-lain lagi. Ingat saya nak turut serta menari tapi tak sempat. Acara diakhiri dengan rebut gula-gula murid bawah 7 tahun, acara guru dan ibubapa serta pegawai sukan. Mereka sangat bersemangat menyertai acara walaupun ada yang jatuh tersungkur.

Acara penutup dan penyampaian hadiah diakhiri dengan keputusan kemuncak acara iaitu johan acara perbarisan rumah sukan dan unit beruniform, olahragawan, olahragawati, atlit harapan, johan dan naib johan rumah sukan. Acara diakhiri dengan sorakan hip hip hooray dan bersalaman dengan mantan Guru besar yang turut hadir, Paling membuat saya terharu ialah rasa tanggungjawab semua guru terutama jk kebersihan mengajak murid-murid mengutip sampah di stadium. Dalam sekelip mata stadium kembali bersih seperti sediakali meskipun mereka ada pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja membersihkan kawasan. Saya ucapkan syabas kepada guru2 dan murid-murid semua. Mungkin mereka berasa sangat gembira dan puas kerana inilah kali pertama dapat merasai pengalaman menjalani temasya sukan di stadium yang sayup memandang ini.

Esoknya iaitu pagi Isnin 16hb ada latihan permainan bola sepak kelab Tengku Muda di sini. Pada minggu hadapan giliran sekolah lain pula (SMART) menjayakan aktiviti sukan di stadium ini. Disamping memudahkan pengurusan, dapat memberikan pengalaman, pandangan dan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang dunia sukan. Kini satu lagi tugas menanti saya iaitu pada hari khamis ini 19hb sekolah saya menjadi pengelola bagi kejohanan olahraga peringkat zon, juga dibuat di stadium. Mesyuarat dan pengagihan tugas telah dilaksanakan namun masih banyak perlu diteliti. Dalam masa terdekat menjayakan mesyuarat agung PIBG, Sukan Tahunan dan kejohanan Olahraga Zon...saya sangat letih namun saya sangat puas apabila semuanya berjalan dengan baik . Syukur kepada Allah yang mempermudahkan segala yang dirancang. Tahniah kepada seluruh warga SK Wira dan masyarakat setempat yang memberikan sokongan dan kerjasama yang amat baik dalam merealisasikan sukan di Stadium Darul Makmur. Yang pastinya murid-murid pulang dengan membawa pengalaman baru dan akan menjadi kenangan manis bagi mereka. Banyak lagi gambar-gambar gelagat murid berlari dan aksi guru di hari sukan ini tapi ada pada camera guru yang bertugas di bahagian jurufoto dan dokumentasi...

GPK1 mangajak murid belajar agar cemerlang dalam akademik...GPK Ko mengajak murid bermain agar menyerlah dalam kokurikulum...GPK Hem menjaga kebajikan dan disiplin murid agar berperkerti mulia....maka seimbanglah dunia pembelajaran mereka sesuai dengan FPK. Guru Besar tersenyum melihat panglima dan tentera bekerja keras.

Salam kembali....tidak lagi membawa diri...hidup perlu diteruskan.

Saturday, January 31, 2009

SEKOLAH MULAI KENCANG

Hari-hari yang ku lalui semakin sibuk. Celik je mata, kerja. Balik ke rumah pun bawa fail dan merancang kerja untuk esoknya. Begitulah rutin yang dilalui. Matapun makin kabur mengadap laptop saban hari. Sibuk mengamalkan POLC.Pertukaran dan kemasukan PPD baru adakalanya melampiaskan kesan juga kepada tuntutan kerja yang semakin meningkat. Minggu awal persekolahan berjujuk dengan pelbagai mesyuarat dan ikuti pula dengan penetapan headcount , tov, target pencapaian UPSR dan sebagainya. Guru-guru bagaikan lipas kudung bekerja. Ingin ku catatkan serba sedikit kesibukan, kekalutan dan kemeriahan yang mewarnai dunia sekolah aku dalam seminggu ini.
Dalam kesibukan membuat persiapan Sukan Tahunan yang akan di adakan di Stadium Darul Makmur pada 15 Feb ini, pelbagai program datang seiring. Murid sekolah ini seramai 1300 mulai tangkas mengikut rentak yang di atur guru-guru. Dengan latihan rumah sukan setiap petang, latihan senam robik dan latihan permainan bola jaring, sepak takraw, bola sepak dan hoki untuk ke peringkat zon, segenap ruang di padang sekolah kelihatan penuh dengan murid yang girang bermain.
Minggu ini bertambah lagilah sibuknya.......
Jumaat 30/1/09 ada pgrm Pemuafakatan Ibubapa Pelajar Tahun 6, petangnya pukul 3 pergi pulak ke pejabat adun Pulau Manis bertanyakan perkembangan peruntukan yang dipohon, Alhamdullillah berjaya...lega aku. Terima Kasih YB. Sabtu 31/01/09 ada pula prgm Ceramah Motivasi Pelajar Tahun 6 dari jam 8.30am hingga 4.30 satu hari budak2 tahun 6 di sekolah. Pada hari Ahad 01/02/09 diadakan pula jamuan perpisahan (makan tengahari ) untuk mantan GB(Hj Mohd Helmi) dan meraikan GB baru (Pn Hazizah) di sebuah restoren di Kuantan. Esoknya, Isnin 02/02/09 ada pula mensyuarat Ketua2 JK Sukan, mengatur pelarasan akhir tugas2. Rabu 04/02/09 bertindan-tindan program yang datang dari ppd, perlu di urus...8 org murid ke acara merentas desa, seramai 16 orang murid dari 5 unit beruniform perlu hadir perkhemahan bersepadu peringkat daerah.

Dalam masa yang sama pada tarikh 4 dan 5 Feb adalah hari sukantara sekolah dimana acara-acara dijalankan disebelah pagi. Pada 5 Feb juga seramai 2 orang guru membawa keluar 12 orang murid menyertai permainan bola jaring peringkat zon setelah berlatih selama 3 minggu sejak awal sekolah dibuka. Komitmen guru berkenaan sangat aku puji. Pada 5 hb juga jam 9.00 am sekolah aku menjadi tuan rumah mengendalikan mensyuarat pelarasan olahraga peringkat zon yang akan berlangsung pada 19hb Feb di stadium iaitu 4 hari selepas selesai Sukan tahunan. Pada 5hb ini juga ada mesyuarat PIBG pada pukul 3 petang sebagai persiapan untuk mengadakan mesyuarat agung PIBG. Jumaat 6/2/09 jam 2.30 petang aku perlu hadir mesyuarat pengurusan kokurikulum di PPD.Esoknya 7/2/09 adalah Hari Mesyuarat Agung PIBG di sekolah. Minggu depannya pula acara pra sukan, penyampaian hadiah dan raptai sukan. Taklimat khas perlu diberi dengan terperinci kepada semua guru memandangkan ini kali pertama sekolah ini dibawa keluar menjayakan Sukan Tahunan di stadium. Hari-hari yang dilalui semakin sibuk, jadual ketat dan padat. Aku mohon semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hari-hari mendatang yang menuntut pelbagai tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. . Demikianlah padatnya aktiviti di sekolah dalam masa seminggu. Bekerja selagi terdaya.

Sunday, January 25, 2009

HAPPY CHINESE NEW YEAR


Kepada semua rakan-rakan beragama Buddha yang menyambut Tahun Baru Cina, saya suka mengucapkan selamat bergembira disamping keluarga menyambut hari bahagia ini.Semoga anda semua semakin makmur dan ceria sepanjang hayat. Pastinya meriah bersama keluarga, makan bersama dan bertemu ramai sanak saudara. GONG XI FA CAI to all of you!!

Wednesday, January 21, 2009

KURSUS DI IAB SESI 2009

Saya telah menyemak permohonan kursus yang telah dibuat melalui online di website IAB pada bulan Nov 2008 lalu. Saya berjaya menghadiri 4 kursus dan dua antaranya ialah kursus Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Kluster-2 (8-13 Feb 09) dan Kolokium Kepimpinan Instruksional di IAB Utara(6-9 Jul 09). Kepada rakan-rakan sila semak permohonan anda, boleh lihat juga senarai guru yang terpilih dari PPD masing2. Manalah tau kita boleh jumpa di IAB. Saya suka berkursus dan menghadiri majlis ilmu. Jom kawan-kawan.

Saturday, January 17, 2009

Majlis Assyura di Sekolah

Dalam kesibukan awal tahun perjalanan sekolah, pihak PIBG sempat menganjurkan program memasak bubur assyura pada hari ini. Ramai ibubapa hadir memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan juga tulang empat kerat. Secara tidak langsung program begini mampu merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara sesama pendidik dan ibubapa. Sebanyak 4 buah kawah bubur telah dihasilkan dan telah diagih-agihkan kepada semua yang hadir.

Saturday, January 10, 2009

HARI KONVOKESYEN 2009


ISTIADAT KONVOKESYEN KESEBELAS
(SIDANG PERTAMA MAC 2009)
________________________________________

PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL GRADUAN UPSI

Istiadat Konvokesyen Kesebelas Sidang Pertama Universiti Pendidikan Sultan Idris akan diadakan di Dewan SITC pada tarikh seperti dibawah :-

Tarikh Pengurniaan / Penganugerahan
16 - 18 Mac 2009 (Isnin hingga Rabu)
Tarikh Istiadat Konvokesyen Kesebelas Universiti Pendidikan Sultan Idris ini adalah tertaklukkepada Perkenan Ke Bawah DYMM Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Surat Jemputan Konvokesyen akan dihantar kepada bakal graduan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh Istiadat Konvokesyen berlangsung.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai urusan konvokesyen bolehlah menghubungi Unit Pengijazahan di talian +605-4506313 / 6994 / 6314.

Unit Pengijazahan
Bahagian Akademik
________________________________________
Sistem Kajian Pengesanan Graduan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Friday, January 9, 2009

Letih dan Tertekan

Bidang yang aku ceburi ialah profesion perguruan. Sekolah,guru, murid, buku, dan pengajaran pembelajaran adalah duniaku...Tahun demi tahun, persekitaran dan era globalisasi menuntut banyak perubahan. Di sekolah macam-macam perkara kita kena urus. Semuanya menuntut kesabaran dan kebijaksanaan berhadapan dengan sumber yang ada di dalamnya. Berhadapan dengan murid adalah rutin yang tidak memungkinkan aku tertekan kerana ilmu psikologi membantu aku amat mudah memahami kanak-kanak. Namun berhadapan dengan sesetengah guru yang adakalanya sudah lama berada di zon selesa dan sering bersikap negatif serta berkira dengan tugas adakalanya membuatkan aku kecewa. Tidaklah ramai cuma segelintir. Berurusan dengan oven, mixer, telur dan tepung akan menghasilkan kuih yang cantik gebu, tidak susah berinteraksi dengan mesin....tetapi berurusan dengan manusia yang mempunyai akal fikiran dan beremosi adakalanya memeningkan kepala....Hari-hari yang dilalui di sekolah sangat padat dengan tugas yang tiada noktahnya kecuali mati. Bagaimanakah aku dipenghujungnya nanti?? Semoga aku serta juga rakan-rakan guru terus cekal dan bersemangat kental menghadapi apa saja situasi yang melanda walaupun adakalanya letih dan tertekan....Apapun yang dihadapi harus berbalik kepada "manusia itu tidak sama". Rasa sedih, tertekan dan kecewa semakin bertambah-tambah melihatkan umat Islam terutama kanak-kanak yang tidak berdosa di Gaza City saban hari menderita dan tersiksa angkara syaitan Israel.

Sunday, January 4, 2009

BANJIR DI KUANTAN


Sehari dua ini hujan turun tidak berhenti-henti di Kuantan. Segala urusan harian agak terganggu dan sukar bergerak kerana perlu berpayung ke sana sini. Pastinya ibubapa paling gusar kerana hujan turun di ambang persekolahan. Segala persiapan persekolahan anak-anak sudah siap diatur. Perancangan awal tahun di sekolah juga sudah siap siaga selepas mesyuarat demi mesyuarat dan orientasi Tahun 1 berlalu dengan lancar. Namun kita manusia hanya merancang Allah SWT juga menentukan...semalam ada sekolah terpaksa dibuka untuk mangsa banjir apabila beberapa tempat di sekitar Kuantan dilanda banjir.Menghadapi gelombang banjir kedua ini benar-benar menguji kesabaran, semoga kita semua tabah menghadapi ujian Allah ini.

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009




Kepada semua rakan yang mengenali diri ini...
Suka saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan selamat melangkah ke tahun 2009, bermakna bertambahlah lagi usia kita. Semoga hari-hari yang mendatang terus menjanjikan kebahgiaan dalam apa jua bidang yang dilalui. Selamat Menjalankan Tugas dengan penuh dedikasi dan senyum selalu walaupun banyak kerja!

PADI & PATI

Cuti sekolah kali ni, aku tidak begitu ghairah untuk pergi bercuti. Selain ke Pulau Pinang 5 hari untuk PSKPP dan bersantai di Cherating aku banyak menghabiskan masa di rumah Bonda di Rawang. Anak-anak saudara dah meningkat remaja, mereka bijak-bijak bercerita perkara-perkara yang menjadi pengalaman baru dalam hidup. Ada yang baru tamat belajar, ada yang baru dapat kerja, ada yang baru lepas SPM, ada yang baru dapat kekasih, ada yang baru beli motor, ada juga yang baru bertunang menghitung hari untuk berumahtangga.

Baru-baru ini aku dan Aliff anak lelaki yang baru lepas menduduki SPM sepakat untuk ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan komuter. Dengan berpakaian santai berseluar jeans dan t-shirt putih, bertudung biru dan bersandal aku bertolak awal pagi dan meletakkan kereta di Rawang dan terus ke stesen komuter. Pada era 80an aku biasa ulang alik KL Rawang dengan menggunakan bas berwarna merah putih Len Omnibus dari KL ke Tg Malim. Di stesen komuter suasana kelihatan gelap dibanjiri manusia. Beginikah keadaannya setiap hari? Kebetulan mungkin hari itu cuti umum, keadaan sangat sesak.

Di dalam komuter mujur aku dapat duduk. Aliff berdiri. Di kiri kanan aku kelihatan wajah-wajah asing menguasai ruang. Entah dari ceruk mana datangnya mereka ini. Dari cakap-cakap yang didengar, bahasa yang diguna mampu menterjemahkan mereka ini orang Bangladesh, mugkin Myanmar, mungkin Kemboja dan Aceh dan Thailand. Aku menjadi semakin tertekan kerana walaupun dapat tempat duduk tetapi tetap terhimpit oleh kerana asakan manusia yang kian memenuhi komuter di setiap setesen. Perjalanan sangat lesu, entah kenapa tidak seperti kebiasaan, laju dan sejuk. Kehangatan suhu tubuh manusia menjadikan kedinginan air cond tidak terasa.


Mujur dalam beg tangan aku ada kipas tangan maka berkipas-kipaslah aku yang kehangatan. Aku perhatikan lagak dan gaya mereka yang mengundang pelbagai rasa tidak selesa.Bising dan riuh. Ada yang sentiasa bercakap di telefon bimbit. Aku rimas.Dengan bau badan yang memeningkan, keadaan bising dengan pertuturan yang tidak aku fahami membuatkan aku tertanya-tanya d manakah orang-orang tempatan kini. Rata-rata di dalam komuter ini terlalu ramai PADI (Pendatang Asing Dengan Izin) atau PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Dari sumber yang aku dengar, mereka ini akan keluar beramai-ramai ke KL apabila cuti umum, membeli belah atau bertemu kawan atau melepaskan penat setelah bekerja sepanjang minggu.

Apabila tiba di KL aku turun di Bank Negara dan berjalan ke Sogo. Sekali lagi aku bertemu dengan longgokan orang asing. Wajah-wajah mereka sangat mudah dikenali untuk menggambarkan mereka ini bukan rakyat Malaysia. Aku dengan sengaja berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bukan tujuan untuk membeli belah tetapi saja meninjau. Oleh kerana penat berjalan aku mengambil teksi ke Chow Kit road. Keadaan di situ sudah jauh berbeza. Sekali lagi aku bertemu dengan orang asing yang bertutur dalam bahasa Siam berniaga di kaki lima. Apa yang aku lihat kebanyakan peniaga terdiri dari orang asing yang mungkin orang Indonesia dan lain2. Dulu keadaan tidak begini. Di era 70an dan 80an, seronok membeli belah di sini. Barang murah dan tidak sesak. Masih boleh menaiki beca dengan tambang hanya 0.40sen dari Stadium TPCA Jln Raja Muda ke Chow Kit.

Setelah penat berjalan aku mengambil keputusan untuk pulang dengan menaiki bus. Aku menahan bas Metro No. 43 di hadapan KLMU dan terus naik menuju ke Rawang. Sekali lagi keadaan dalam bas pada ketika itu gelap dan penuh dengan penumpang. Kedengaran suara percakapan yang bukan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Sekumpulan pendatang asing lagi.Nampaknya di tanahair kita ini di sana sini sudah penuh dengan pendatang asing. Di kawasan perindustrian Rawang sendiri orang-orang luar di mana-mana menjalani kehidupan harian dengan girang dan makmurnya mereka duduk di sini. Di tempat aku sendiri kelihatan peniaga-peniaga kecil yang asalnya warga Acheh yang diberi permit atas tiket mangsa tsunami pada 2004 dulu, kini mereka mulai berdikari berniaga kecil-kecilan di mana mereka berada. Soalnya mengapa seperti begitu mudah? Dari kecil-kecil berniaga buah, goreng pisang, gerai makan, pakaian dan akhirnya menguasai ekonomi...Orang kita yang datang membeli di gerai mereka. Apa sudah jadi? Apa akan jadi 5 tahun, 10 tahun lagi? Sangatlah bimbang....

Friday, December 26, 2008

Healthy ways to relax and recharge


• Go for a walk.
• Spend time in nature.
• Call a good friend.
• Sweat out tension with a good workout.
• Write in your journal.
• Take a long bath.
• Light scented candles
• Savor a warm cup of coffee or tea.
• Play with a pet.
• Work in your garden.
• Get a massage.
• Curl up with a good book.
• Listen to music.
• Watch a comedy

Don’t get so caught up in the hustle and bustle of life that you forget to take care of your own needs. Nurturing yourself is a necessity, not a luxury.

• Set aside relaxation time. Include rest and relaxation in your daily schedule. Don’t allow other obligations to encroach. This is your time to take a break from all responsibilities and recharge your batteries.
• Connect with others. Spend time with positive people who enhance your life. A strong support system will buffer you from the negative effects of stress.
• Do something you enjoy every day. Make time for leisure activities that bring you joy, whether it be stargazing, playing the piano, or working on your bike.
• Keep your sense of humor. This includes the ability to laugh at yourself. The act of laughing helps your body fight stress in a number of ways.

Source: National Victim Assistance Academy, U.S. Department of Justice

Dealing with Stressful Situations: The Four A’s

Change the situation:
• Avoid the stressor.
• Alter the stressor.
Change your reaction:
• Adapt to the stressor.
• Accept the stressor.

Stress management strategy #1: Avoid unnecessary stress
Not all stress can be avoided, and it’s not healthy to avoid a situation that needs to be addressed. You may be surprised, however, by the number of stressors in your life that you can eliminate.
• Learn how to say “no” – Know your limits and stick to them. Whether in your personal or professional life, refuse to accept added responsibilities when you’re close to reaching them. Taking on more than you can handle is a surefire recipe for stress.
• Avoid people who stress you out – If someone consistently causes stress in your life and you can’t turn the relationship around, limit the amount of time you spend with that person or end the relationship entirely.
• Take control of your environment – If the evening news makes you anxious, turn the TV off. If traffic’s got you tense, take a longer but less-traveled route. If going to the market is an unpleasant chore, do your grocery shopping online.
• Avoid hot-button topics – If you get upset over religion or politics, cross them off your conversation list. If you repeatedly argue about the same subject with the same people, stop bringing it up or excuse yourself when it’s the topic of discussion.
• Pare down your to-do list – Analyze your schedule, responsibilities, and daily tasks. If you’ve got too much on your plate, distinguish between the “shoulds” and the “musts.” Drop tasks that aren’t truly necessary to the bottom of the list or eliminate them entirely.

Stress management strategy #2: Alter the situation
If you can’t avoid a stressful situation, try to alter it. Figure out what you can do to change things so the problem doesn’t present itself in the future. Often, this involves changing the way you communicate and operate in your daily life.
• Express your feelings instead of bottling them up. If something or someone is bothering you, communicate your concerns in an open and respectful way. If you don’t voice your feelings, resentment will build and the situation will likely remain the same.
• Be willing to compromise. When you ask someone to change their behavior, be willing to do the same. If you both are willing to bend at least a little, you’ll have a good chance of finding a happy middle ground.
• Be more assertive. Don’t take a backseat in your own life. Deal with problems head on, doing your best to anticipate and prevent them. If you’ve got an exam to study for and your chatty roommate just got home, say up front that you only have five minutes to talk.
• Manage your time better. Poor time management can cause a lot of stress. When you’re stretched too thin and running behind, it’s hard to stay calm and focused. But if you plan ahead and make sure you don’t overextend yourself, you can alter the amount of stress you’re under.
Stress management strategy #3: Adapt to the stressor
If you can’t change the stressor, change yourself. You can adapt to stressful situations and regain your sense of control by changing your expectations and attitude.
• Reframe problems. Try to view stressful situations from a more positive perspective. Rather than fuming about a traffic jam, look at it as an opportunity to pause and regroup, listen to your favorite radio station, or enjoy some alone time.
• Look at the big picture. Take perspective of the stressful situation. Ask yourself how important it will be in the long run. Will it matter in a month? A year? Is it really worth getting upset over? If the answer is no, focus your time and energy elsewhere.
• Adjust your standards. Perfectionism is a major source of avoidable stress. Stop setting yourself up for failure by demanding perfection. Set reasonable standards for yourself and others, and learn to be okay with “good enough.”
• Focus on the positive. When stress is getting you down, take a moment to reflect on all the things you appreciate in your life, including your own positive qualities and gifts. This simple strategy can help you keep things in perspective.
Adjusting Your Attitude
How you think can have a profound affect on your emotional and physical well-being. Each time you think a negative thought about yourself, your body reacts as if it were in the throes of a tension-filled situation. If you see good things about yourself, you are more likely to feel good; the reverse is also true. Eliminate words such as "always," "never," "should," and "must." These are telltale marks of self-defeating thoughts.
Source: National Victim Assistance Academy, U.S. Department of Justice

Stress management strategy #4: Accept the things you can’t change
Some sources of stress are unavoidable. You can’t prevent or change stressors such as the death of a loved one, a serious illness, or a national recession. In such cases, the best way to cope with stress is to accept things as they are. Acceptance may be difficult, but in the long run, it’s easier than railing against a situation you can’t change.
• Don’t try to control the uncontrollable. Many things in life are beyond our control— particularly the behavior of other people. Rather than stressing out over them, focus on the things you can control such as the way you choose to react to problems.
• Look for the upside. As the saying goes, “What doesn’t kill us makes us stronger.” When facing major challenges, try to look at them as opportunities for personal growth. If your own poor choices contributed to a stressful situation, reflect on them and learn from your mistakes.
• Share your feelings. Talk to a trusted friend or make an appointment with a therapist. Expressing what you’re going through can be very cathartic, even if there’s nothing you can do to alter the stressful situation.
• Learn to forgive. Accept the fact that we live in an imperfect world and that people make mistakes. Let go of anger and resentments. Free yourself from negative energy by forgiving and moving on.

Thursday, December 25, 2008

Stress Management


How to Reduce, prevent, and Cope with Stress


It may seem that there’s nothing you can do about your stress level. The bills aren’t going to stop coming, there will never be more hours in the day for all your errands, and your career or family responsibilities will always be demanding. But you have a lot more control than you might think. In fact, the simple realization that you’re in control of your life is the foundation of stress management.

Managing stress is all about taking charge: taking charge of your thoughts, your emotions, your schedule, your environment, and the way you deal with problems. The ultimate goal is a balanced life, with time for work, relationships, relaxation, and fun – plus the resilience to hold up under pressure and meet challenges head on.

Identify the sources of stress in your life
Stress management starts with identifying the sources of stress in your life. This isn’t as easy as it sounds. Your true sources of stress aren’t always obvious, and it’s all too easy to overlook your own stress-inducing thoughts, feelings, and behaviors. Sure, you may know that you’re constantly worried about work deadlines. But maybe it’s your procrastination, rather than the actual job demands, that leads to deadline stress.

To identify your true sources of stress, look closely at your habits, attitude, and excuses:

Do you explain away stress as temporary (“I just have a million things going on right now”) even though you can’t remember the last time you took a breather?
Do you define stress as an integral part of your work or home life (“Things are always crazy around here”) or as a part of your personality (“I have a lot of nervous energy, that’s all”).
Do you blame your stress on other people or outside events, or view it as entirely normal and unexceptional?
Until you accept responsibility for the role you play in creating or maintaining it, your stress level will remain outside your control.

Wednesday, December 24, 2008

EGG TART




Specially posted to Ani Rompin


EGG TART ( Short Crust Type)

Ingredients
General Purpose Flour 300g
Corn Flour 75g
Icing Sugar 75g
Egg 50g
Custard Powder 20g
Margarine/shortening 185g

Method:
Sift flour & custard together into mixing bowl, add in balance of ingredients and mix into a smooth dough.

1. To prepare syrup
Water 649g
Sugar 350g
Citric Acid/Lemon/Limau Nipis 3 drops


2. Egg Custard Filling

Syrup (35’Brix) 350g
Vanillin Powder 1g
Custard Powder 15g
Skimmed Milk Powder 30g (dissolved in water)
Chilled water 90g

3. Egg 233g (kacau saja)

Prepare No 1 and No 2 separately.
Pour 1 and 2 into 3 ( beaten egg)
Tapis bancuhan
Sejukkan.

Boil sugar, water & citric acid together until sugar dissolved.
Cool it before using.

Procedure
1. Lightly beat eggs in a bowl.
2. Dissolve custard powder in cold syrup, stir and add in balance of ingredients. Lightly mix well with beaten eggs.
3. Strain to remove coarse material
4. Chill in the chiller for 15-30 minutes.
5. Pour egg tart filling into each mould.
6. Bake at 130/190C for 30-40 minutes.
7. Cool down slightly, glace with glazing gel or intstant jelly.
To prepare instant jelly:
Dissolve 9g instant jelly powders, 40 sugar into 180g water.
Bring to boil.

SELAMAT MENCUBA...For me, egg tart is more delicious when its over baked!

Kemelut di Muara.......


Seandainya dapat kau selam sambil mentafsir tasik hatiku
cuma tenang di permukaan dan di dasarnya bergelora
persoalan demi persoalan
membelenggu akal dan fikiran
tidak ku temu jawapan
seandainya dapat ku lari, jauh ku pergi membawa diri
sebenarnya langkah terkunci antara kesal dan juga kasih
Mengapa...satu persatu..
terlalu banyak sungguh ujian
terpaksa ku terjang
aku pun tidak tahu
apa yang ingin Tuhan tunjukkan
adakah ini dugaanNya
hanyalah sekadar untuk menguji
kesabaran
keimanan
ketabahan
seandainya dapat ku lari jauh ku pergi membawa diri...

Saturday, December 20, 2008

TEMPAHAN KUIH RAYA 2009




TEMPAHAN KUIH RAYA 2009
ARYATIE’S KITCHEN
Taman Seri Mahkota Aman,
Bt 11 Jln Gambang 25150 KUANTAN




BIL ITEM HRG (50BJ)
1 ALMOND LONDON RM22
2 HAZEL NUTS RM22
3 HAVANA SPARKLE RM22
4 ICE CREAM RM22
5 SERI DAHLIA RM15
6 GURISAN HATI RM15
7 CRUNCHIES LIMAU RM18
8 TART GULUNG RM18
9 MARMAR CARRIES RM18
10 CHOCOLATE OATS RM18
11 TART BENGKULU RM25
12 SHORT BREAD CARAMEL RM23


FOR FURTHER INQUIRY & BIRTHDAY CAKE ORDERS KINDLY CONTACT:
PN NOORHAYATI RASUL ( Qualified from Su Baking Art Enterprise ) (HP : 013-9365785)
TMN SERI MAHKOTA AMAN, BT 11, 25150 KUANTAN.
TERIMA KASIH.

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN

Sepetang Bersama Anjalay Devi

Selepas selesai pertandingan nyanyian solo Saloma/P. Ramlee malam tu, keesokannya aku cadang nak balik Kuantan tapi tak boleh lagi. Kena tunggu hingga majlis penutup selesai. Maka aku pun hubungi Anjalay dan juga En Lah. Baik sungguhlah Anjalay. Paginya selepas selesai tugas dia bermesyuarat di sekolah, dia terus datang ke tempat penginapan aku di USM. Maka dari pukul 1 tengahari sampailah ke pukul 7 petang Anjalay bawa aku ke serata tempat di Pulau Mutiara ini.

Selepas bertemu dengan Zubaidah di Hotel Vistana, kami lunch di Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar. Zubaidah dan suaminya En Ibrahim turut sama, kebetulan mereka ada program sekolah di Vistana. Banyak cerita yang dibualkan diantara dua orang GB utara ni. Dari riak wajah Kak Ju (Zubaidah) beliau sangat gembira dengan pertemuan singkat kami bertiga. Banyak cerita tak habis-habis keluar dari mulut masing-masing. Maklumlah lama tak jumpa. Lepas makan Anjalay temani aku ke shopping complex. Adalah beli-beli sikit.

Anjalay ajak aku ke rumah dia di Hilir Sg Burung Balik Pulau dan aku pun jumpalah dengan anak Anjalay yang come lote tinggi menggalah macam mak dia juga, baru lepas PMR. Peramah budaknya dan Thiru Mangay namanya. Aku dibawa oleh Anjalay pusing-pusing dengan kereta yang sering dinaiki oleh Anjalay ketika ulang alik UPSI dulu. Rata dibawanya aku. Rupa-rupanya Anjalay sudah bertukar sekolah. Tidak lagi mengajar di SJKT Rajaji, Air Itam yang selalu diceritakannya.

Sepanjang jalan dalam kereta Anjalay berbual tentang sekolah barunya. Dari wajahnya yang ceria, beliau banyak melakukan perubahan yang rata-rata menggembirakan ibubapa pelajar di sekolah barunya itu. Aku kagum dengan Anjalay , GB berbadan besar yang berani membawa perubahan ke sekolah baru nya. Dia buat Hari Augerah Cemerlang di sebuah resort dan juga buat Hari Kanak-kanak dengan bermalam di sekolahnya dan mendapatkan penaja-penaja maka dengan mewah dapat memberi makan kepada murid-murid di sekolahnya. Guru-guru pun suka, ibubapa apatah lagi. Macam tulah Anjalay guru yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan. Berbaktilah kepada anak bangsa.

Aku di bawa oleh Anjalay melewati Bayan Lepas, Bayan Baru, Batu Maung, Teluk Kumbar, Air Terjun Titi Kerayong, Balik Pulau dan Batu Feringhi. Aku ucapkan terima kasih kat Anjalay dahlah susah-susah ajak aku pusing Pulau Pinang,…dibelikannya lagi macam-macam jeruk-jeruk yang biasa kita beli kalau berkunjung ke sini. Anjalay ada menceritakan Usop Rompin pun ada ronda-ronda kat sini masa dia datang Penang dengan En Lah dulu. Tapi dia naik motor En Lah…jalan-jalan makan angin . Selepas penat pusing-pusing naik kereta kami pun berhenti makan. Anjalay bawa aku ke tepi pantai makan cucur udang dan mi kari. Ketika menunggu makanan yang dipesan, En Lah call. Dia datang ke tempat kami bertiga berhenti. Aku bayangkan En Lah dengan kereta yang selalu dibawa ke UPSI. Rupanya kawan kita ni dah pakai kereta baru. Cantik kereta dia.

Kami berempat pun bersembang-sembang di petang yang damai lagi nyaman itu. Sesekali angin bertiup kencang di tepi pantai itu sambil menyaksikan gelagat beberapa orang yang tidak putus-putus hadir berhenti makan di situ. Lewat petang Anjalay menghantar aku kembali ke Saujana M04 USM. Aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Anjalay diatas layanan dan keramahannya kepada aku. Kini, kalau aku ke Pulau Pinang aku sudah ada sahabat yang menanti, di samping rakan-rakan yang lain...itulah Anjalay Devi Krisnasamy. Jaga baik-baik pokok cili api dari Cameron tu Anjalay!

Tuesday, December 16, 2008

Kejohanan Pesta MSKPPM ke 36 Pulau Pinang 2008 (PESSCA)/ Pertandingan Akhir Kebudayaan


(8 peserta akhir)
MSKPPM (Majlis Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia) merupakan acara tahunan yang disertai oleh warga pendidik dari serata negeri di Malaysia. Ia terdiri dari dua bahagian iaitu sukan dan kebudayaan. Bagi bahagian sukan yang biasa menjadi acara kejohanan ialah Bola Sepak (Senior dan Veteran), Bola Jaring, Sepak Takraw, Hoki, Badminton dan Bowling manakala acara kebudayaan ialah Pertandingan Nyanyian Solo Lagu P. Ramlee dan Saloma. Pada tahun ini Pulau Pinang menjadi tuan rumah dimana semua kontinjen dari setiap negeri berlabuh di perkampungan hostel USM. Saya dan pasukan Bola Tampar menginap di M04 Saujana.. Kali terakhir saya ke USM ini ialah pada tahun 1997 ketika mengikuti kursus Pra Sekolah ( Lawatan Ke Pusat Hadanah) . Kali pertama pula ialah pada tahun 1982 dimana ketika itu saya mewakili Maktab Perguruan Seri Kota Kuala Lumpur bagi program Pestarama dalam acara nyanyian solo. Pada ketika itu saya masih ingat, lagu yang saya bawa ialah lagu "Kalaulah Ada Jodoh" nyanyian Muhaini Suratman dan "Women In Love" nyanyian Barbara Streisand. Masa tu saya tewas sebab demam kuat apabila tiba di Pulau Pinang. Pensyarah saya ketika itu bersusah payah membawa saya ke klinik sebab tekak saya merah dan bengkak. Hmmmm....menyanyi jugalah tapi siksanya perit anak tekak. Tak sangka setelah hampir 26 tahun saya datang sekali lagi untuk pesta MPSKPP pula. Menyanyi lagi.

Pada Isnin 17 Nov 2008, saya menyertai pertandingan kebudayaan/nyanyian solo di peringkat daerah membawa lagu "Mengapa Di Rindu" dan berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Setiap tahun konsep nyanyian tertakluk kepada pihak yang menganjur pertandingan. Adakalanya lagu irama Malaysia, lagu P.Ramlee Saloma, lagu asli atau lagu Inggeris serta pilihan. Tahun ini pertandingan kebudayaan menghendaki semua peserta menyanyikan lagu P Ramlee ( Lelaki) dan Saloma ( Perempuan). Pada 14 haribulan Dis (Ahad) jam 9 pagi di adakan saringan dimana daripada 30 orang hanya 8 orang akan dipilih ke pertandingan akhir.Pertandingan di adakan di Auditorium P. Ramlee. Tak sangka pula saya layak ke pertandingan akhir sebab semua peserta hebat-hebat dan sangat berbakat. Jadi pada malam nya menyanyilah saya sekali lagi. Ketika saringan saya menyanyikan lagu “Darah Muda” ( rentak twist) dan di pertandingan akhir saya tukar kepada lagu lain nyanyian Saloma iaitu “Mari Jalan Bersama” ( rentak cha-cha/rumba).

Bagi pertandingan ini saya perhatikan semua peserta hebat2 belaka. Salah seorang peserta merupakan kakak kepada penyanyi/guru vocal Shafinaz dan beberapa orang lagi sudah biasa menyanyi dengan pihak-pihak kebudayaan. Jadi persaingan sangat sengit. Saya sangat berdebar ketika di peringkat akhir berbanding saringan. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh guru lelaki ialah ’Kisah Rumahtangga’, “Aduh Sayang’,“Azizah’’, “Tidurlah Permaisuri’ , “Dimanakan Ku Cari Ganti’, “ Dari Masa Hingga Masa“, “Anakku Sazali’, “Bunyi Guitar“ dan banyak lagi manakala peserta perempuan pula menyanyikan lagu “Mengapa Di Rindu, “Bila Larut Malam“,“Bossanova“, “Alunan Biola“, “Apa Guna Berjanji“, “Jelingan Manja“,“Jangan Tinggal Daku“,“Hilang Terang Timbul Gelap“ „“Perwira dan “Darah Muda“. Semuanya dari 15 buah negeri.

Malam itu pakaian saya paling simple, solekan pun tipis saja dan sangat terkejut bila diumumkan sebagai naib johan. Saya rasa puas dapat nyanyikan lagu Saloma sebab saya memang menyukai lagu-lagu Allahyarhamah Puan Sri Saloma ini sejak kecil lagi. Dari ekor mata ketika di atas pentas saya ada melihat beberapa pasang kaki yang bergoyang-goyang ketika saya menyanyikan lagu Jalan Bersama itu. Mungkin kerana lagu itu rentak temponya yang "catchy" seolah mengajak orang menari. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’Seri Utama(Dr) HJ Abdul Rahman Bin Hj Abbas, YDP Negeri Pulau Pinang. Apapun saya gembira dapat berkenalan dengan guru-guru dari negeri lain yang semuanya ternyata berbakat. Tahniah dari saya kerana menyertai pertandingan ini ,sama-sama berkongsi pengalaman walau dalam masa yang singkat. Kepada Saloma Selangor iaitu Nor Akma yang mendendangkan lagu Bosanova, gelagat anda sangat mencuit hati dan membuatkan saya tak kering gusi kerana telatahnya yang happy go lucky dan bersahaja.Lebih menyerikan saat-saat saya berada di Penang ini saya dapat bertemu dengan Che Hassan, Zubaidah, Anjalay dan Abdullah, rakan sepengajian di UPSI.

Nama P.Ramlee dan Saloma sudah menjadi lagenda dalam seni suara tanah air dan memang sewajarnya lagu-lagu nya dipelihara dan diingati generasi baru. Saya berpendapat jika pertandingan ini di panjangkan ke peringkat sekolah menengah mungkin sesuai dan mampu memperkenalkan nama yang gah ini kepada pelajar-pelajar yang cenderung dalam bidang muzik atau seni suara. Selain menghayati irama dan lagu, senikata lagu-lagu penyanyi ini banyak terkandung nilai-nilai dan mesej tertentu untuk kita sama-sama renungkan. Semoga program MSKPPM ini terus mewarnai dunia pendidikan dan diharapkan lebih ramai lagi guru-guru memeriahkan lagi acara-acara yang dipertandingkan.

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan