Bidang yang aku ceburi ialah profesion perguruan. Sekolah,guru, murid, buku, dan pengajaran pembelajaran adalah duniaku...Tahun demi tahun, persekitaran dan era globalisasi menuntut banyak perubahan. Di sekolah macam-macam perkara kita kena urus. Semuanya menuntut kesabaran dan kebijaksanaan berhadapan dengan sumber yang ada di dalamnya. Berhadapan dengan murid adalah rutin yang tidak memungkinkan aku tertekan kerana ilmu psikologi membantu aku amat mudah memahami kanak-kanak. Namun berhadapan dengan sesetengah guru yang adakalanya sudah lama berada di zon selesa dan sering bersikap negatif serta berkira dengan tugas adakalanya membuatkan aku kecewa. Tidaklah ramai cuma segelintir. Berurusan dengan oven, mixer, telur dan tepung akan menghasilkan kuih yang cantik gebu, tidak susah berinteraksi dengan mesin....tetapi berurusan dengan manusia yang mempunyai akal fikiran dan beremosi adakalanya memeningkan kepala....Hari-hari yang dilalui di sekolah sangat padat dengan tugas yang tiada noktahnya kecuali mati. Bagaimanakah aku dipenghujungnya nanti?? Semoga aku serta juga rakan-rakan guru terus cekal dan bersemangat kental menghadapi apa saja situasi yang melanda walaupun adakalanya letih dan tertekan....Apapun yang dihadapi harus berbalik kepada "manusia itu tidak sama". Rasa sedih, tertekan dan kecewa semakin bertambah-tambah melihatkan umat Islam terutama kanak-kanak yang tidak berdosa di Gaza City saban hari menderita dan tersiksa angkara syaitan Israel.
5 comments:
Amalkan segala ilmu sarjana muda kelas dua atas. InsyaAllah.
Aslmk, berdoalah kita untuk buat yang terbaik kepada semua insan di muka bumi ini.
Cikgu yati, berhati-hati, letih dan tertekan jika tidak diuruskan dengan baik akan mendatangkan komplikasi yang negatif kepada kesihatan diri.
Setakat ni InsyaAllah...semuanya terkawal dan boleh diurus dengan baik. Cara untuk menghilangkan stress mudah je...Saya gemburkan tanah, buang rumput liar di taman atau saya bancuh sesuatu dalam mixer bowl kat dapur tu sampai jadi kuih atau saya lepaskan suara dgn alunan muzik yg maximum...pintu tertutup rapat...dan berpoco-poco...ahhh lega lepas tu.
Seri,
Mengurus manusia, jika kena gayanya, tidaklah sesukar mana, tetapi jika tersilap langkah...
Post a Comment