Hari-hari yang ku lalui semakin sibuk. Celik je mata, kerja. Balik ke rumah pun bawa fail dan merancang kerja untuk esoknya. Begitulah rutin yang dilalui. Matapun makin kabur mengadap laptop saban hari. Sibuk mengamalkan POLC.Pertukaran dan kemasukan PPD baru adakalanya melampiaskan kesan juga kepada tuntutan kerja yang semakin meningkat. Minggu awal persekolahan berjujuk dengan pelbagai mesyuarat dan ikuti pula dengan penetapan headcount , tov, target pencapaian UPSR dan sebagainya. Guru-guru bagaikan lipas kudung bekerja. Ingin ku catatkan serba sedikit kesibukan, kekalutan dan kemeriahan yang mewarnai dunia sekolah aku dalam seminggu ini.
Dalam kesibukan membuat persiapan Sukan Tahunan yang akan di adakan di Stadium Darul Makmur pada 15 Feb ini, pelbagai program datang seiring. Murid sekolah ini seramai 1300 mulai tangkas mengikut rentak yang di atur guru-guru. Dengan latihan rumah sukan setiap petang, latihan senam robik dan latihan permainan bola jaring, sepak takraw, bola sepak dan hoki untuk ke peringkat zon, segenap ruang di padang sekolah kelihatan penuh dengan murid yang girang bermain.
Minggu ini bertambah lagilah sibuknya.......
Jumaat 30/1/09 ada pgrm Pemuafakatan Ibubapa Pelajar Tahun 6, petangnya pukul 3 pergi pulak ke pejabat adun Pulau Manis bertanyakan perkembangan peruntukan yang dipohon, Alhamdullillah berjaya...lega aku. Terima Kasih YB. Sabtu 31/01/09 ada pula prgm Ceramah Motivasi Pelajar Tahun 6 dari jam 8.30am hingga 4.30 satu hari budak2 tahun 6 di sekolah. Pada hari Ahad 01/02/09 diadakan pula jamuan perpisahan (makan tengahari ) untuk mantan GB(Hj Mohd Helmi) dan meraikan GB baru (Pn Hazizah) di sebuah restoren di Kuantan. Esoknya, Isnin 02/02/09 ada pula mensyuarat Ketua2 JK Sukan, mengatur pelarasan akhir tugas2. Rabu 04/02/09 bertindan-tindan program yang datang dari ppd, perlu di urus...8 org murid ke acara merentas desa, seramai 16 orang murid dari 5 unit beruniform perlu hadir perkhemahan bersepadu peringkat daerah.
Dalam masa yang sama pada tarikh 4 dan 5 Feb adalah hari sukantara sekolah dimana acara-acara dijalankan disebelah pagi. Pada 5 Feb juga seramai 2 orang guru membawa keluar 12 orang murid menyertai permainan bola jaring peringkat zon setelah berlatih selama 3 minggu sejak awal sekolah dibuka. Komitmen guru berkenaan sangat aku puji. Pada 5 hb juga jam 9.00 am sekolah aku menjadi tuan rumah mengendalikan mensyuarat pelarasan olahraga peringkat zon yang akan berlangsung pada 19hb Feb di stadium iaitu 4 hari selepas selesai Sukan tahunan. Pada 5hb ini juga ada mesyuarat PIBG pada pukul 3 petang sebagai persiapan untuk mengadakan mesyuarat agung PIBG. Jumaat 6/2/09 jam 2.30 petang aku perlu hadir mesyuarat pengurusan kokurikulum di PPD.Esoknya 7/2/09 adalah Hari Mesyuarat Agung PIBG di sekolah. Minggu depannya pula acara pra sukan, penyampaian hadiah dan raptai sukan. Taklimat khas perlu diberi dengan terperinci kepada semua guru memandangkan ini kali pertama sekolah ini dibawa keluar menjayakan Sukan Tahunan di stadium. Hari-hari yang dilalui semakin sibuk, jadual ketat dan padat. Aku mohon semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hari-hari mendatang yang menuntut pelbagai tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. . Demikianlah padatnya aktiviti di sekolah dalam masa seminggu. Bekerja selagi terdaya.
MENERIMA TEMPAHAN KEK HARI LAHIR, HANTARAN PERTUNANGAN/PERKAHWINAN, TART BUAH-BUAHAN UNTUK CENDERAHATI DAN HANTARAN, COKLAT, CUP CAKES, MUFFIN DLL.
25KM SEKITAR KUANTAN
25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.
Saturday, January 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
Kacang Kuda Tumis dengan Daun Kari - Kunyap-kunyap...hubs feveret... *Bahan-bahan* Kacang kuda...rendam hingga kembang Kemudian rebus hingga empuk... *Bahan tumis* beberapa helai daun ...4 years ago
-
PEMBANGKANG TERUS MENGHASUT, KERAJAAN PH TERUS MABUK INKLUSIF! - 1. Semakin hari penyokong Pakatan Harapan (PH) terus dilanda kerisauan, kerana pihak pembangkang khususnya dua parti; parti Totok dan parti Lebai terus men...5 years ago
-
-
Kelas Untuk Bulan February - Korean Flower Buttercream ~ New Buttercream Di Johor Bahru 25 th Febuary 2017 Tempat : Masam Manis Cake Salon , Austin Perdana, Johor Bahru, Johor Tarikh :...8 years ago
-
SELAMAT BERSARA & ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN - Pertama kali ingin bersara pada tahun 2011. Apa tidaknya aku mula terjun ke bidang yang tidak sebulu ... Bidang Kokurikulum.. Sebenarnya bidang itu bukan...9 years ago
-
-
-
1 Ramadhan 1436H - To all readers, especially blogger friends and former/present students of AlManar. We wish to inform that our dear Hj Hassan, or fondly known as Pokcik, i...9 years ago
-
Kualiti pasukan bolasepak kebangsaan negara semakin teruk kerana..... - Sukan bolasepak pastinya sukan nombor satu negara. Namun setakat hari ini mutu atau pencapaian pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia memang tidak memuaska...9 years ago
-
-
Cara Menjadi Telemarketer yang Efektif - Penjualan asuransi bisa menjadi profesi yang paling menguntungkan . menyediakan dengan menggunakannya sebagai pendapatan yang sangat baik potensi , kemam...10 years ago
-
KARI UDANG GALAH.....YUMMY! - ASSALAMUALAIKUM.... TUUU DIAAA....HARI NI MAKN KARI UDANG GALAH.....YUMMM3 SEGALA JENIS UDANG ADALAH MY FEBERET...HEEEE BUAT RAKAN2 DAPUR SEKELIAN..MA...11 years ago
-
Tokey Bizi.. - Salam semua..maaf la lama anna takupdate blog..bizi banget lately..banyak pic2 yang tak sempat nak update. Sejak anak2 semua dah sekolah ni bizi mengalahka...11 years ago
-
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2015 - Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu : *Memartabatkan profesion perguruan.* · ...12 years ago
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU - KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini pada p...12 years ago
-
Kebahagiaan - Sudah begitu lama ruangan ini sepi. Entah dari mana datangnya keinginan untuk menukil sedikit tinta yang kesepian.Saya terbaca secebis perkongsian tentang ...12 years ago
-
Kek Terbaru Kami - *Opera Cake* Rainbow Cake With Italian Buttercream Red Velvet Cake Snowy Peach Cake With Custard Cream Tiramisu *Chocolate Mascarpone* Royal Caremel N...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)
(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
PENGALAMAN BERTUGAS
02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor
02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang
02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang
01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.
02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan
16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah
01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan
23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.
01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan
17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan
10 comments:
Ingat kencang dilanda taufan. Rupanya sibuk! A'ah tengok pada apa yang dicatat tu, sibuk sungguhh. Jaga kesihatan...
akhirnya kau buat posting..selepas puas makan buah limau
yati tu sibuk dgn tugas2 di sekolah la sof... apa citer makan limau pulak? kalu makan pun tak kan ler sampai berkotak2...
moga yati ceria wp sentiasa sibuk!
Jangan terlalu sibuk hal dunia....ingat kita ada dunia yang kekal abadi yang perlu bekalan secukupnya untuk dibawa nanti
kalau ada pesta sukan mesti cikgu yati dijemput jadi pengacara majlis, suara sedap.... bertambah la sibuk tu.
Semua sibuk T musim sukan ni , I pun sibuk juga dengan pertandingan bola jaring yang akan diadakan pada 9 Februari nanti.Apa pun buat yang termampu dan terbaik dan nawaitu kita betul.Tak gitu.........Tentu T ligat bergerak kesana kemari.........
Seri,
Sesibuk mana pun kalau kita rasa gembira bertugas, tak lah terasa sangatpenatnya.
Aku dpt byangkan bagaimana sigenit yatie, mengurus kesibukkanya, GPK KO KENA CERGAS fIZIKAL & Mentalkan.Buat daku sibuk melengkapkan data anak org asli Penderas yg tak ada surat beranak,Dari Januari - 02/02 aku masih blm dpt anta data yg diminta.Tak ada sbranak sehingga ke thn 6 pun ada.Masuk sekolah cara haram pun ada,arini aku cekup abang untuk bawa balek utk jumpa ibu bapa supaya bawa dokumen utk didaftar lewatanak di thn 1. Yang gelihatinya turun aje kereta 4 ekor anjing dah menjelirkan lidahnya kpd aku..aju menjerit hai halau anjingni..aku melompat naik ke pelantar dgn kasut sekali. Adik muridtu bogel aje..aku tanya mana mak kamu kpd 2 kakaknya. Tak ade masuk hutan. Aku semula melompat kereta takut diterkam anjing,,,itulah halnya kesibukan ari2 buat masani .Tapi yang pasti aku happy aje ..buat semuatu...balek tak pernah awal...bawa balek failtu dah sampai tak muat beg...nak cari maklumat anak-anak org aslini..nak pastikan bantuan tak terlepas pandang....selamat berjayale yatie
Ai begitulah halnya kalau kita mengajar di sekolah orang asli Pah.
Dulu 2003 saya mengajar kat SK Runchang sekolah 100% orang asli tapi saya sebagai GPK Hem. tak susah nak pilih2 sapa yg layak ke tak layak nak dpt SPBT ke, RMT ke, One Off ke (dulu) atau bantuan2 lain. Mereka semua layak dapat. Soal takde sijil lahir tu perkara biasa bagi anak2 orang asli ni.tapi kita sebagai guru kena pastikan akta pendidikan wajib tidak terlepas pandang. Masa di Runchang memang saya pergi rumah ke rumah kempen ngajak bebudak asli agar ke sekolah tak ponteng dan siasat kenapa register sentiasa berjujuk dengan telur ayam.Soal anjing ni dia bela macam kucing jer...merata-rata meminggir di sekeliling sekolah, dalam sekolah pun masuk. Masa di Runchang seronok juga berkhidmat di sana cuma jauh sangat dari rumah, setiap hari berulang 70km. pergi balik dah 140km. Enrolment murid cuma 230 dan guru cuma 23 orang.Ketika di sana saya sempat ajak budak2 rajin berdandan diri.Saya bekalkan cermin berdiri dalam kelas serta sikat, bedak dan ketip kuku. Setiap pagi mana2 murid yang kurang rapi saya suruh dia ngadap cermin, bersikat dan berbedak. Kelas pun berbau harum dengan bedak Holiday On Ice.Nak nagajar pun takde timbul masalah bau-bauan yang kurang enak...tapi satu perkara yang menggembirakan aku anak-anak orang asli ni memang tau sayang dan hormat guru. Masa musim nenas besar, saya selalu diberi nenas percuma...tapi saya beli dari budak2 tu, dapatlah juga saya buat jem untuk tart nenas saya. Mengajar di sekolah orang asli memang enjoy walaupun mencabar. Pah jangan susah hati....teruskan berbakti kepada anak bangsa.
Pada saya sibuk itu menyeronokan kerana pengisian masa seharian kita terisi dengan memberi manafaat kepada orang lain dan kita sendiri. Malanglah kepada orang-orang yang seharusnya sibuk tetapi tidak berbuat apa-apa. Boleh dikatakan semua orang mengalami zaman bertenang dan zaman kesibukan itu. Cuma bagaimana kita handle saja yang berbeza. Mungkin dengan ilmu pengurusan masa yang kita pelajari dapat membuatkan kita cemerlang menguruskan kerja kita dengan tertibnya sendiri.
Post a Comment