MENERIMA TEMPAHAN KEK HARI LAHIR, HANTARAN PERTUNANGAN/PERKAHWINAN, TART BUAH-BUAHAN UNTUK CENDERAHATI DAN HANTARAN, COKLAT, CUP CAKES, MUFFIN DLL.
Sunday, March 29, 2009
SABTU YANG PADAT
Hari sabtu 28hb penuh dengan aktiviti. Program Kepimpinan untuk Pengawas anjuran Bimbingan dan kaunseling, Program Majlis Tilawah Peringkat Zon, Pertandingan Kawad Kaki Tunas Puteri Pkt Daerah dan dua undangan majlis perkahwinan. Semua agenda ini mengikut jadualnya aku akan hadiri...namun tiada daya tiada upaya melainkan Tuhan yang maha esa. Satu program pun aku tidak dapat pergi angkara di serang migrane yang dasyat. Dah lama tak kena. Makan ubat pun tak lut. Berakhir dengan muntah, tidak bermaya dan akhirnya tertidur di sofa merah....Demikianlah apabila usia sudah di penghujung. Kesihatan diri sangatlah penting.
Rehat-rehat la T jangan terlalu lasak sangat kita ni bukan macam 10 tahun dulu.
ReplyDeleteTi,
ReplyDeleteBanyak bersabar dan bertenang....that's one of the ways untuk tidak stress dan mengelakkan migrain.Beside that find someone you can trust untuk meluahkan rasa....Kesihatan perlu dijaga dalam usia kita yang kian 'muda' ni.Kita masih banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan...Take care..
T,
ReplyDeleteKitakan dah belajar bagaimana mengurus organisasi dan mengurus diri dengan baik. Buat sesuatu mengikut keutamaan. Kita kena tahu yang mana penting dan yang mana genting. Kita juga tahu bagaimana 'empowerment'. Semua perkara yang dinyatakan itu perlu diaplikasikan sekarang dan bukan sekadar ilmu dan pengetahuan tanpa amal. Tapi, walau apapun saya tetap tapik kat T kerana begitu bersemangat dalam menlaksanakan tugas dan tanggungjawab. Cuma nak ingatkan je... Ketika kita bekerja kuat untuk orang lain, orang akan puji dan hormat kat kita, tetapi apabila kita sakit terlantar di mana-mana mungkin orang lain akan menjenguh kita buat seketika saja, lepas itu dibiarkan kita sendirian dengan penyakit yang kita bawa bersama. Sebelum kita berada dalam situasi itu marilah kita menyayangi dengan membelai diri kita supaya sentiasa sihat. Apabila kita sakit: harta, pujian dan penghormatan tidak lagi menjadi keutamaan kepada diri kita kecuali kesihatan dan keredhaan Allah taala.
Sesekali...
ReplyDelete