Tadi aku ke UPSI....bersama rakan untuk urus jubah konvo...ketika mencuba-cuba, mengacu-acu jubah ke badan, tiba-tiba je aku rasa sebak. Belum lagi naik pentas...bermacam2 perasaan berbaur..Harap-harap pada hari konvokesyen aku tidak terlalu sebak....mungkin aku rasa kepahitan, keperitan, kepayahan aku telah berbayar dengan kejayaan ini...Semoga anak-anak ku mengerti penderitaan ibunya selama ini..kerana selama ini merekalah antara sumber kekuatan aku mencari ilmu dan meningkatkan diri...Semuanya kutempuhi dalam seribu kepayahan dan rasa jerih yang tidak terhingga.....antaranya..berulang-alik Kuantan-IAB pada jam 4 pagi setiap hari Isnin jika gagal balik petang ahad, bekerja keras di bulan puasa mencari rezeki tambahan, anak sakit, anak merajuk, anak lari ketika ibunya belajar di Upsi, perpisahan dan kehancuran hati...cabaran dan godaan, pertukaran sekolah, karenah guru ketika sekolah ditinggalkan, bebanan tugas di sekolah dan asignment yang bertimbun + Projek 1,2,dan 3.....Alhamdullillah...Syukur semuanya dapat ditempuhi berkat kesabaran dan keredhaan Illahi.
Rakan-rakan UPSI yang mengenali diriku, kalian semua adalah kekuatanku juga kerana anda memiliki semangat yang sangat kental, kuat sekeras kerikil...
Sawit Tanjung Pauh
-
Gambar Pada 29/1/25
Luas jangka jika semua tanam 6ekar.
Tebus guna paya seluas 3ekar dan tanah darat 1.5ekar.
Hasil 6ton,
rm6000
Kira2 150pokok lagi perlu...
1 day ago
3 comments:
selamat konvo!
aku paham perasaan kau, segalanya diatas batu jemala kau, aku? pun sama kalau nak datang melawat sekolah aku jumaat ni datanglah, ajak dayang sekali..lama tak jumpa dia
Akhirnya sampai juga kita ke destinasi yang diharapkan. Syukur...kalau diingatkan kembali jauhnya perjalanan dari rompin ke upsi dan balik setiap minggu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu....rasanya tak sanggup dah nak buat itu semua kali kedua. Bagi kawan-kawan yang sambung buat master di upsi... tahniah.... Buat diri sendiri...cukuplah. Berhasrat pulak untuk menuntut ilmu buat bekalan di dunia yang kekal abadi.
Post a Comment