Dah lama tak update blog. Malas pun ya, sibuk yang paling pasti. Dalam kesibukan mengurus kokurikulum sekolah ada sepucuk surat menghendaki saya hadir latihan dan menyanyi di makan malam untuk rombongan dari jabatan pelajaran negeri Perak yang datang melawat ke negeri Pahang pada 18 April lalu. Berlatih menyanyi dengan live band dalam masa yang sangat singkat lebih kurang setengah jam dan pada malamnya saya menyampaikan 5 buah lagu. Selain saya ada 2 orang lagi penyanyi lain. Mujurlah lancar...tempo betul dan tak lupa lirik. Lagu-lagu yang saya sampaikan ialah "Tak Ingin Sendiri",(lagu Hetty Koes Endang) "Tiada Maaf Bagimu",(lagu Yuni Sahara) "Mari Jalan Bersama"(lagu Saloma), lagu "Sejakku Bertemu Padamu", (lagu Sanisah Huri)dan "Penawar Rindu" Okid Abdullah.
Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En Zainuren Hj Mohd Nor, Penolong Pengarah Unit Naik Pangkat,Hj Zaharudin, ketua Sektor Pengurusan Akademik, Hj Jailani Hj Ludin dan Timbalan Pengarah JPN Perak En Aziz.
Inilah antara gambar yang sempat dirakam menggunakan handphone. Camera digital udah kantoi masa hujan lebat lepas konvo hari tu. Majlis di Dewan BTPN, Beserah ini berakhir jam 11.00 malam.Hala balik jalan sesak oleh kenderaan yang memenuhi setiap ruang di sepanjang Bukit Pelindung, ada lawatan Ketua PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kereta fikiran melayang entah bila aku nak stop menyanyi. Pada 25 APRIL ini pula ada Konsert Diraja yang di adakan di Auditorium RTM, Tanah Putih.
4 comments:
teringin pulak rasanya nak dengar yati menyanyi.... spt semasa di iab dan upsi
nyanyi lagi ti nyanyi...jangan stop
Ti, hiburkan hati sendiri lebih utama dari menghiburkan hati orang lain. Dekatkan hati pada Yang Maha Esa pasti akan mendapat ketenangan dan kedamaian dan petunjuk untuk terus mengharungi hidup ini.Jadikan Ia sebagai tempat mengadu sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
menyibuk betul y.r nie, potong stim btol, amek satu hengget ni, pi beli rokok, main jauh2....hehe
bila masanye yg kau jd datuk y.r???
Post a Comment