Minggu ini daerah Kuantan dijadualkan mengadakan program perkhemahan 1 Malaysia peringkat daerah melibatkan 200 orang murid sekolah rendah tahun 4 dan 5 di Pusat Ko Sultan Ahmad Shah, Pandan . Mesyuarat dan perbincangan di kalangan jawatankuasa sekolah berjalan dengan baik dan teratur namun dalam menangani isu jangkitan H1N1 yang kian membimbangkan ini.......
pihak kementerian kesihatan meminta semua pihak menangguhkan segala aktiviti yang melibatkan pendedahan diri dalam kelompok yang ramai...
Bagi saya risiko untuk dijangkiti penyakit ini melalui aktiviti perkhemahan kemungkinan besar mudah berlaku kerana faktor persekitaran, kebersihan, udara, dan sebagainya yang kita sedia maklum....Persoalannya mengapa pihak jabatan lambat bertindak dan membuat keputusan...Adakah hendak tunggu pelajar ini diserang h1n1 baru nak hentikan atau tangguhkan aktiviti pendidikan luar ini.
Sama-sama lah kita renungkan....setakat post ini ditulis sudah 8 orang korban wabak ini di negara kita.....
2 comments:
Seorang pelajar sekolah saya yang balik dari perkhemahan peringkat negeri telah dikuarantinkan oleh pihak kesihatan. Dengan keluarga-keluarganya dikuarantin sekali kat rumah.
Saya setuju pihak Kementerian dan Jabatan harus membatalkan semua kegiatan luar pada masa ini. Minggu depan kami akan berkumpul di Kuantan kerasa Karnival sekolah-sekolah rancangan kahs pahang. Entahlah....risau juga bawa anak-anak orang ramai-ramai ni !
Sepatutnya ditangguhkan sehingga keadaan mengizinkan. Semua pihaak harus bertanggungjawap dan memainkan peranan masing-masing mengawai h1n1
Post a Comment