Antara usul-usul yang telah dibincangkan dalam mesyuarat AJK persatuan ialah:
- GPK1 DGA32 hakiki perlu diberi kenaikan ke gred DG34 untuk membezakan dengan gred gaji guru DGA32 (KUP).
- GPK1 DGA32 yang lulus PTK aras III perlu diberi kenaikan pangkat ke gred DGA34 (KUP) sama seperti guru DGA29 yang lulus PTK aras III, dan dinaikkan ke gred DGA32 (KUP). Akibatnya ramai guru DGA32 (KUP) bergaji lebih tinggi daripada GPK1 hakiki.
- Elaun Tanggung Kerja RM60 terlalu dan teramat kecil berbanding bidang dan beban tugas pentadbiran yang semakin banyak dan mencabar. Jumlah elaun yang sepadan ialah RM160 atau pun 5% daripada gaji pokok.
- Perlu diwujudkan time-based kepada GPK DGA32 hakiki ke gred DGA34 supaya mereka berpeluang menikmati skim gaji yang lebih baik terutamanya bagi mereka yang tidak berpeluang menjadi Guru Besar. Time-based yang sesuai ialah 5 atau 7 tahun menjawat jawatan hakiki DGA32. Yang penting bukanlah terlalu impikan sangat jawatan GB itu, memandangkan pengisian untuknya pun terhad tetapi biarlah ada pembelaan dari segi gaji sesuai dengan tanggungjawab dan bebanan tugas di sekolah.
- Memberikan kursus-kursus mantap mengenai pengurusan kewangan dan kepimpinan.
- Mengadakan perjumpaan berkala (3 - 4 kali setahun) untuk membincangkan isu-isu perkhidmatan pentadbiran dan akademik serta memantap dan menyeragamkan tugasan PK1 contohnya pengurusan sebagai penilai pertama prestasi dan sebagainya.
- Cuti Guru Besar (35 hari) juga wajar di beri sama juga kepada GPK pentadbiran. Ini kerana ada kedapatan (tidak semua) GB apabila bercuti langsung sukar dihubungi dan menyerahkan bulat-bulat tugas pengurusan dan pentadbiran kepada GPK1 !!! Maka sebab itulah wajah PK1 sering moyok (tidak semua) apabila terlalu banyak perkara yang hendak di fikir dan diselesaikan.
- GPK yang telah mencapai gred DG41 perlu juga diberi peluang kenaikan pangkat kepada GB terutama yang memiliki Diploma NPQH ( National Profesional Qualification of Headship) atau terkini NPQEL.
Itulah diantara usul yang dibincang-bincang, disuara-suarakan sesama gpk1 dan gpk petang untuk di bawa ke tengah.... ke mana? Ironinya penubuhan persatuan ini (hanya GPK1 dan GPK Petang sahaja) yang mengenepikan GPK Ko dan Hem. Mengapakan ini berlaku? Apakah gpk Hem dan Ko tidak menyumbang? Apakah hanya PK Pentadbiran dan PK Petang sahaja yang dilihat sebagai mampu menguruskan sekolah sekali gus memikul tanggungjawab sebagai GB sedangkan lebih ramai lagi guru2 kanan Hem dan Ko senior yang servis nya cuma tinggal dua tiga tahun sahaja (nak pencen dah) yang patut diberi peluang kenaikan pangkat kepada dg34. Sekurang-kurangnya biarlah mereka bersara dengan gred tersebut. Mengapakah diketepikan GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Kokurikulum ini? Mengapa tidak di sekalikan keempat-empat guru kanan ini di bawah satu persatuan yang dinamakan Persatuan Guru-guru Penolong Kanan Daerah Kuantan. Tentulah suara lebih kuat dan perlahan-lahan akan terbela jua suatu hari nanti, jika tidak cepat.....akan sampai jua suatu masa nanti....
Tak habis-habis teraniaya...Semua ini meremukkan hati yang telah sedia patah dan kecewa. Guru-guru biasa (tidak semua) apabila cuti panjang sahaja langsung tidak menjenguk sekolah, telefon pun tak jawab. Cuti terus. Sedangkan GPK jugalah dalam cuti pun terkial-kial naik pejabat sekolah menyiapkan perancangan sekolah untuk tahun hadapan.
4 comments:
Seri,
Saya pun hairanlah, kenapa sekarang ni dah macam2 yang terjadi.
Banyak benar masaalahnya. Kalau nak berpersatuan, biarlah betul-betul berkesan (hubungan, gabungan, perancangan, tindakan dan pelaksanaanya). Kalau kukuh atau teguh persatuan, tidaklah nanti mudah diperlecehkan oleh orang lain. Barulah suara menjadi kuat.
Aslmk, GB pun kekadang GPK ada di sekolah dia pula tak datang.Apa pun buat yang terbaik untuk sekolah.......guru pun ada yang datang `tugas konon'....... tapi x buat apa pun...
Seri,
Di PPD Petaling Perdana baru ditubuhkan MEKAR..Majlis Permuafakatan Penolong Kanan Rendah..tapi persatuan di Kuantan lebih hebat dan banyak resolusi yang dicadangkan untuk diketengahkan. Harap-harap, segala cadangan dapat dipanjangkan ke saluran yang betul. Saya sokong penubuhan persatuan untuk semua penolong-penolong kanan agar 'suara' yang dikumandangkan lebih senada dan seirama...
Post a Comment