
Syukur Alhamdullillah....
Kejayaan yang dirai bersama-sama pada 16hb Mac 2009 lalu dapat dihadiri oleh keluarga terdekat yang selama ini sangat memahami erti keperitan mengharungi dunia mahasiswa di lewat usia dan akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim . Semoga ianya menjadi teladan dan inspirasi kepada anak-anak yang bersama-sama menyaksikan majlis gemilang ini. Kebetulan anak baru dapat keputusan SPM dan sedang sibuk online ke UPU. Rupanya anak-anak saya begitu mengikuti ucapan Pro Canselor YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj Yahaya bin Ibrahim PSM,DSA,DPMP,JSM,AMN,DJN,PJK pada masa itu. Adalah sesuatu yang berkesan di hatinya...