Di musim-musim hujan begini, tiada resepi paling mudah selain menyediakan masakan paprik (masakan panas yg sangat digemari anak lelaki saya). Cuma ditukar-tukar bahan asasnya samada ayam, udang, sotong atau ikan. Jangan lupa letak serai atau daun limau purut.
PAPRIK CAMPUR
Bahan-bahan:
Isi ayam,sotong & udang
5 ulas bawang merah (ditumbuk )
2 ulas bawang putih
Serai ( dimayang dan ditumbuk )
Daun limau purut ( dikoyak2kan)
Bunga kobis
Putik jagung
Kacang boncis
Carrot
Cili merah
Brokoli ( pilihan )
Cili giling/boh (sedikit sahaja)
Bahan perasa – garam, ajinomoto, kicap, sos tiram
Cili sos
CARA MEMBUAT:
Tumis bawang2 yang ditumbuk sehingga garing.
Masukkan cili giling/boh, serai yang dimayang dan ditumbuk dgn api sederhana sehingga benar2 garing dan masak.
Masukkan isi ayam, sotong dan udang yang telah digaul dengan garam.Kacau.
Masukkan pula sayur-sayuran dan hirisan cili merah.
Bubuh cili sos. Tambah sedikit air panas yang dicampur sedikit tepung jagung.
Bubuh garam/sos tiram/ajinomoto/kicap kipas udang ikut suka.
Masukkan daun limau purut yang dikoyak2kan.
Angkat. Jgn biar lama atas dapur, nanti sotong jadi keras.
SELAMAT MENCUBA.