25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Wednesday, November 26, 2008

Cuppy Cakes ( Kek Cawan)



Kek cawan (Cuppy Cakes)
Ia comel, berhias cantik dan memikat selera. Apa lagi jika bukan kek cawan atau kek mangkuk? Sejak kebelakangan ini, ia sudah menjadi satu hidangan popular atau trend terutama di kota atau bandar besar. Malah, setiap majlis tidak akan lengkap tanpa kehadiran kek-kek kecil yang juga dikenali dengan nama cuppies ini. Tetamu juga diberi kek cawan sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Ramai suri rumah menceburi bidang perniagaan dengan membekalkan kek seumpama ini kepada jiran-jiran, sahabat-handai dan saudara-mara. Saya tidak terkecuali mendapatkan kemahiran menyediakan kek cawan ini. Baru ni saya menghadiri kelas cup cakes dimana bayaran untuk seorang peserta ialah RM250.00 Bagi orang yang meminati seni halus dan kerja berseni memang sesuai membuat dan menghias kek comel ini. Saya merasa sangat puas apabila hasil kerja saya menjadi dan mula menerima tempahan dari rakan taulan di sekolah dan di sekitar taman perumahan. Kek ini menjadi tumpuan di majlis hari jadi, pertunangan atau perkahwinan (sebagai hantaran). Terkini, ia menjadi satu kemestian di mana-mana majlis pelancaran produk terbaru syarikat korporat. Ini adalah kerana hiasan di atas kek boleh diubahsuai mengikut kehendak atau cita rasa pelanggan.

Ada beberapa saiz mangkuk kertas atau paper cups. Juga pelbagai corak dan warna. Apa yang paling penting adalah memastikan mangkuk kertas diletakkan ke dalam patty tins yang sama saiz. Dengan cara ini sahaja bentuk kek akan kekal cantik semasa dibakar. Ada juga mangkuk kertas yang sudah dibentukkan dengan kertas keras dan boleh dibakar begitu saja (tanpa perlukan patty tins). Jangan isikan adunan sehingga tiga suku penuh kerana kek akan menjadi sama rata dengan tepi keliling bila sudah masak. Ini merugikan kerana anda perlu membuang bahagian atasnya untuk menyapu aising. Jadi, sebaik-baiknya timbang setiap adunan (di dalam mangkuk kertas) supaya sama banyak. Jika tidak, ada kek yang akan penuh dan ada yang kurang. Bila kurang, anda terpaksa gunakan lebih banyak aising.

Aising mentega yang digunakan di sini tidak manis. Ia tidak seperti aising mentega yang biasa. Rasanya yang lemak itu tidak menjemukan. Anda juga tidak perlu menggunakan gula aising yang banyak seperti membuat aising mentega yang popular (mentega campur gula aising). Jadi, lebih ramai orang yang akan gemarkan aising mentega susu. Aising atau krim ini sangat sesuai bagi menghias sebarang jenis kek.

Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam Bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an). Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.

Jangan gunakan mentega tulen untuk membuat aising kerana ia mudah cair. Pilihlah mentega (susu) yang bercampur dengan sayuran (kelapa sawit). Ia lebih murah daripada mentega tulen dan baunya juga tidak sekuat atau seharum mentega tersebut. Kekeliruan mungkin timbul dengan bahan Quick 75. Ia juga dikenali dengan nama ovalette. Diperbuat daripada sumber soya, Quick 75 atau Sponge Cake Emulsifier mampu menggebukan kek. Kini Quick 75 sudah jarang kedapatan di kedai bahan asas membuat kek sebaliknya diganti dengan keluaran terbaru yang dipanggil P3. Bukan mp3 ya. Ia sejenis batter type cake emulsifier. Selain itu, pastikan telur bersaiz besar (Gred A) serta masih baru. Telur lama kehilangan faktor yang dapat membuat kek lebih ringan dan 'cair' di dalam mulut.

Paling penting untuk diingati adalah semasa membakar kek. Jangan atur kek dalam susunan bulat mengikut bentuk tin pembakar. Ini akan membuat kek di bahagian 'belakang' dan 'tepi' berdekatan dinding mengembang dengan cepat. Suhu di situ lebih panas. Adunan mungkin melimpah keluar dari mangkuk kertas dan ini merosakkan atau mencomotkan kek kerana ia akan melekat pada bahagian tepinya. Susun mangkuk kertas dalam bentuk membulat atau gunakan tin pembakar bulat seperti tudung periuk. Jika boleh elakkan menggunakan loyang kerana bahagian keliling yang tinggi melambatkan proses membakar. Selalu pusingkan bahagian belakang ke sebelah hadapan bila kek sudah separuh masak. Jika mahu menggunakan kipas dalaman dan kepanasan atas dan bawah semasa membakar, turunkan suhu kepada 160 C-170 C. Ketepatan suhu bergantung pada ketuhar masing-masing, berapa lama digunakan dan jenama. Ketuhar yang lebih canggih dan mahal mempunyai kepanasan dalaman yang lebih sekata. Manakala ketuhar yang menggunakan gas kadangkala membuat kek berbau kurang enak

Untuk mendapatkan corak yang diinginkan, lakarkan terlebih dulu di atas kertas. Tandakan warna-warna yang anda inginkan. Isikan ke dalam beg aising dengan nozzle yang sesuai. Misalnya, bentuk bintang pecah 5 atau 8, bentuk daun (yang boleh menjadi kelopak bunga matahari) atau bentuk bergerigi sebelah (yang boleh menjadi corak pada tepi bakul/basket weave).
InsyaAllah pada entri akan datang saya akan masukkan resepinya serta lagunya sekali. Maklumlah selepas penat memasak saya suka menyanyiiiiiii. Selamat memahami apa itu kek cawan.






1 comment:

mantan said...

Seri,

Firstly, the cup cakes, really comel indeed. I think its not easy to make. But in the hands of the expert, noting is impossible!.

Secondly, the visitors counter: Just go to my blog. On the right column, you will see "Terima Kasih Kerana Singgah. Anda Pengunjung Ke:"

Under that you will find a small green box displaying the number of visitors to my blog.

Just under the box, you will find the word "Clever Counter" (in blue). Actually its the link to another website. Just click it. You will now arrive at the clever counter's website. Just follow the instructions. In a few minutes you will have the counter on your blog.Try it.

Happy Blogging!

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan