Kuih Bahulu Dulu dan Sekarang
Kuih Bahulu
Di musim cuti begini aku punyai sedikit ruang masa. Maka akan kembalilah ke hobi lama aku iaitu meluangkan masa mencuba resepi-resepi yang sebelum ini terkumpul dalam buku-buku resepi. Mengumpul dan mencuba resepi memang minat aku sejak remaja lagi. Semalam dan hari ini aku rasa happy semacam sebab dua benda aku berjaya buat. Pertama aku dapat menghasilkan blog sendiri dan kedua aku berjaya mengadun resepi kuih bahulu. Acuannya dah lama beli tapi tak pernah buat. Satu beli sendiri dan satu lagi yang arwah abah beli. Semua orang tahu dan kenal kuih bahulu ini. Kuih tradisi kita orang melayu. Kuih ini bahan asasnya hanya tepung gandum, gula dan telor. Kalau dulu-dulu aku masih ingat bagaimana payahnya nenek aku nak buat kuih ini.
Dua minggu puasa je dia mulalah mengumpul telur itik. Nak buat bahulu satu hari tak boleh buat kerja lain. Kerja aku mengumpul sabut kelapa dan tukang beli arang. Maka bermula dari pagi nenek aku akan mengenjut telur dalam pasu. Bergilir-gilirlah mengenjut sampai telur tu kembang. Nak hilangkan bau hanyir telur tu dibubuhnya esen ros. Kemudian nak bakar pula satu sengsara lagi. Selalunya kakak sulung aku kena bahagian ni. Nenek dan kak long aku tukang jaga api dan acuan kuih yang bertutup ni. Maka berairlah mata bermain asap dan kehangatan bara duduk di bawah pokok jambu di belakang rumah.Nak jaga api atas dan bawah bukan mudah. Inilah kepakaran nenek aku. Menjelang asar baru siap kuih bahulu yang dipukul dalam pasu besar dan dapat dihasilkan dalam satu tong biskut macam tong minyak tanah dulu-dulu. Banyak tu. Ada bentuk buah cermai. Ada bentuk ikan.
Hari ini aku buat bahulu cara moden. Aku tak guna dapur tungku dan arang tapi tentulah oven. Aku tak guna esen ros tapi ikut cita rasa sendiri macam-macam perasa boleh letak. Samada pandan paste, orange, lemon paste, vanilla atau banana.. Semua perasa ni memang wangi baunya. Aku tak guna acuan bertutup tapi acuan terbuka yang mampu membakar 24 hingga 50 biji sekali gus mengikut size oven. Resepi yang aku cuba hari ni memang tidak mengecewakan kerana tidak terlalu manis bersakar. Pukul adunan pun dah tak pakai pengenjut telur lagi sebaliknya kita dah ada ‘mixer’. Segalanya menjadi mudah kini. Kuih bahulu juga sentiasa ada dalam pasaran kerana telah dikomersialkan oleh pencinta kuih tradisi termasuk aku sendiri. Dalam masa sejam setengah saja aku mampu menyiapkan kuih bahulu yang sebanyak di dalam gambar di atas. Pagi tadi juga aku bawa ke sekolah dan ajak kengkawan yang ada di ofis makan sama. Hujan-hujan begini memang sedap bancuh kopi dan cicah kuih bahulu ni.
My Blog List
-
belian paya ladang
-
1..racun hangus... 2 tong
2..pelekat ...1 bot
3...Baja 15x3 atau 16x3....4 kampit
4...baja 12.12.17.....4 kampit
2 days ago
-
Kacang Kuda Tumis dengan Daun Kari
-
Kunyap-kunyap...hubs feveret...
*Bahan-bahan*
Kacang kuda...rendam hingga kembang
Kemudian rebus hingga empuk...
*Bahan tumis*
beberapa helai daun ...
4 years ago
-
PEMBANGKANG TERUS MENGHASUT, KERAJAAN PH TERUS MABUK INKLUSIF!
-
1. Semakin hari penyokong Pakatan Harapan (PH) terus dilanda kerisauan,
kerana pihak pembangkang khususnya dua parti; parti Totok dan parti Lebai
terus men...
5 years ago
-
Percubaan
-
1. Begitu lama saya meninggalkan blog ini tanpa membuat sebarang update
status di dalam nya. Beberapa kali saya berazam untuk mengaktifkannya
semula namun ...
5 years ago
-
Wowww!!!Photobook RM9
-
Assalamualaikum..
Lama tak kongsi mengenai Pixajoy. Haha Saya masih setia dengan Pixajoy.
Setakat ni berpuas hati dengan servis Pixajoy.
Pagi-pagi buta ...
6 years ago
-
Kelas Untuk Bulan February
-
Korean Flower Buttercream ~ New Buttercream
Di Johor Bahru 25 th Febuary 2017
Tempat : Masam Manis Cake Salon , Austin Perdana, Johor Bahru, Johor
Tarikh :...
7 years ago
-
Update on Pakcik
-
Dear children of Al Manar - past and present, blogger friends and regular
visitors.
On behalf of the family, with a heavy heart we wish to inform that Hj...
8 years ago
-
SELAMAT BERSARA & ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN
-
Pertama kali ingin bersara pada tahun 2011. Apa tidaknya aku mula terjun ke
bidang yang tidak sebulu ... Bidang Kokurikulum.. Sebenarnya bidang itu
bukan ...
9 years ago
-
Indah bila dikenang
-
[image: Preview]
9 years ago
-
SENI TEMARI
-
Temari cake. Cute
9 years ago
-
-
Harap maklum bahawa saya akan bercuti daripada mengambil
sebarang tempahan dalam jangka masa
yang panjang. Terima kasih..
10 years ago
-
Cara Menjadi Telemarketer yang Efektif
-
Penjualan asuransi bisa menjadi profesi yang paling menguntungkan .
menyediakan dengan menggunakannya sebagai pendapatan yang sangat baik
potensi , kemam...
10 years ago
-
KARI UDANG GALAH.....YUMMY!
-
ASSALAMUALAIKUM....
TUUU DIAAA....HARI NI MAKN KARI UDANG GALAH.....YUMMM3
SEGALA JENIS UDANG ADALAH MY FEBERET...HEEEE
BUAT RAKAN2 DAPUR SEKELIAN..MA...
11 years ago
-
Tokey Bizi..
-
Salam semua..maaf la lama anna takupdate blog..bizi banget lately..banyak
pic2 yang tak sempat nak update. Sejak anak2 semua dah sekolah ni bizi
mengalahka...
11 years ago
-
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2015
-
Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan iaitu :
*Memartabatkan profesion perguruan.*
· ...
12 years ago
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU
-
KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin,
87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini
pada p...
12 years ago
-
Kebahagiaan
-
Sudah begitu lama ruangan ini sepi. Entah dari mana datangnya keinginan
untuk menukil sedikit tinta yang kesepian.Saya terbaca secebis perkongsian
tentang ...
12 years ago
-
Kek Terbaru Kami
-
*Opera Cake*
Rainbow Cake With Italian Buttercream
Red Velvet Cake
Snowy Peach Cake With Custard Cream
Tiramisu
*Chocolate Mascarpone*
Royal Caremel
N...
12 years ago
-
-
KUTERUSKAN PERJALANAN
(Catatan pada hari ulangtahun genap usia,
dengan ihsan Illahi)
Pasti waktu berlalu, kini, nanti kembali
Kuingati, kuteruskan kembara ...
12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)
(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
PENGALAMAN BERTUGAS
02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor
02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang
02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang
01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.
02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan
16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah
01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan
23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.
01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan
17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan
5 comments:
yati
wahhh dah pandai ubah ubah template blog ler pulak...bagus, lagi kau explore lagi banyak kau akan dapat mengenai blog ini...
sebut pasal kuih, aku kat rumah jadi tukang test kuih..bang makan bang, rasa macamana, kadang kadang aku saja usik zai..emmm tak sedap, berubah muka dia.
rupanya orang perempuan ni bila memasak selepas itu dia memantau respon orang yang makan ler pulak.
kau pandai masak tetapi siapa nak makan masakan kau ti? maka kau kena selalu ajak kawan kawan datang rumah.
Jangan marah
seri,
hmmm... slurrp..slurrrpp...(meaning: "sedap")...the appetizing Kuih Bahulu.
When "Hujan-hujan datang lagi" we can eat the Kuih Bahulu with air kopi.
Beautiful blog!. More beautiful if you can embed a visitors' counter.
cikgu wahab,
its true that i like to cook and i knew that i am talented in cooking but i dont like to eat them. Cooking and singing is just a satisfaction to fullfilled my lonely life besides to gain side income. Can you teach me how to embed the visitor's counter. Which part should i browse and go thru?
Boleh bg resrpi bahulu moden tu x....alien3815@yahoo.com.my
Boleh bg resrpi bahulu moden tu x....alien3815@yahoo.com.my
Post a Comment