25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Showing posts with label kuih tradisi. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisi. Show all posts

Friday, March 19, 2010

KUIH TART ERA ATAU TART SUNGAI CHOH


TART SUNGAI CHOH/ TART ERRA
Pernah dengar nama kuih ini?
Inilah kuih tradisi yang dihasilkan oleh orang-orang di kampung saya, tidak ada dijual di mana-mana kedai tapi dibuat oleh orang2 kampung yang berkemahiran di Sg Choh Rawang. Kuih ini manis rasanya, cara memasaknya dibakar secara tradisi menggunakan arang dan periuk pembakar.Boleh dibakar dengan oven tapi hasilnya kurang cantik. Ramuannya mudah saja iaitu tepung, gula, santan dan telur , ada inti kelapa .........tapi nak buat tu rumit. Mula2 adun pastu kena uli, bentuk-bentukkan jadi bulat, isi inti kelapa, sepit-sepitkan kembali jadi bentuk daun, kemudian disapu dengan kuning telur (egg wash)dan bakar dengan api atas bawah...Huh, penat membuatnya...tapi aroma nya bila dah masak ...sangat wangi dan manis baunya.
Macamana boleh dapat nama tart era? Puncanya masa era fazira kahwin dengan yusri dulu, dia tempah kuih ini sebanyak 5000 biji, jadi kuih ini mulai expose kepada orang luar.Era pun asal dari Sg Choh sekampung dengan saya...rumah neneknya pun dekat dengan rumah mak. Kuih ini tahan sebulan lebih. Bila hari raya orang yang biasa buat kuih ni merah-merah matalah bakar kuih ni...tempahan dari orang luar kian meningkat. Mereka mulai mengenali kuih ini...Ada yang kirim kepada anak-anak yang belajar di luar negara....

Wednesday, November 26, 2008

Kuih Bahulu Dulu dan Sekarang


Kuih Bahulu
Di musim cuti begini aku punyai sedikit ruang masa. Maka akan kembalilah ke hobi lama aku iaitu meluangkan masa mencuba resepi-resepi yang sebelum ini terkumpul dalam buku-buku resepi. Mengumpul dan mencuba resepi memang minat aku sejak remaja lagi. Semalam dan hari ini aku rasa happy semacam sebab dua benda aku berjaya buat. Pertama aku dapat menghasilkan blog sendiri dan kedua aku berjaya mengadun resepi kuih bahulu. Acuannya dah lama beli tapi tak pernah buat. Satu beli sendiri dan satu lagi yang arwah abah beli. Semua orang tahu dan kenal kuih bahulu ini. Kuih tradisi kita orang melayu. Kuih ini bahan asasnya hanya tepung gandum, gula dan telor. Kalau dulu-dulu aku masih ingat bagaimana payahnya nenek aku nak buat kuih ini.

Dua minggu puasa je dia mulalah mengumpul telur itik. Nak buat bahulu satu hari tak boleh buat kerja lain. Kerja aku mengumpul sabut kelapa dan tukang beli arang. Maka bermula dari pagi nenek aku akan mengenjut telur dalam pasu. Bergilir-gilirlah mengenjut sampai telur tu kembang. Nak hilangkan bau hanyir telur tu dibubuhnya esen ros. Kemudian nak bakar pula satu sengsara lagi. Selalunya kakak sulung aku kena bahagian ni. Nenek dan kak long aku tukang jaga api dan acuan kuih yang bertutup ni. Maka berairlah mata bermain asap dan kehangatan bara duduk di bawah pokok jambu di belakang rumah.Nak jaga api atas dan bawah bukan mudah. Inilah kepakaran nenek aku. Menjelang asar baru siap kuih bahulu yang dipukul dalam pasu besar dan dapat dihasilkan dalam satu tong biskut macam tong minyak tanah dulu-dulu. Banyak tu. Ada bentuk buah cermai. Ada bentuk ikan.

Hari ini aku buat bahulu cara moden. Aku tak guna dapur tungku dan arang tapi tentulah oven. Aku tak guna esen ros tapi ikut cita rasa sendiri macam-macam perasa boleh letak. Samada pandan paste, orange, lemon paste, vanilla atau banana.. Semua perasa ni memang wangi baunya. Aku tak guna acuan bertutup tapi acuan terbuka yang mampu membakar 24 hingga 50 biji sekali gus mengikut size oven. Resepi yang aku cuba hari ni memang tidak mengecewakan kerana tidak terlalu manis bersakar. Pukul adunan pun dah tak pakai pengenjut telur lagi sebaliknya kita dah ada ‘mixer’. Segalanya menjadi mudah kini. Kuih bahulu juga sentiasa ada dalam pasaran kerana telah dikomersialkan oleh pencinta kuih tradisi termasuk aku sendiri. Dalam masa sejam setengah saja aku mampu menyiapkan kuih bahulu yang sebanyak di dalam gambar di atas. Pagi tadi juga aku bawa ke sekolah dan ajak kengkawan yang ada di ofis makan sama. Hujan-hujan begini memang sedap bancuh kopi dan cicah kuih bahulu ni.

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan