Bersama Nafsiah Hussein
Nafsiah yang ku kenali...seorang wanita yang kuat semangat dan mempunyai daya pemerhatian yang tajam....tapi kadang2 moody. Kami seusia ...seawal mengenali beliau di IAB , Naf akrab dengan Yati Aziz. Suka berhujah dan memperkatakan tentang sesuatu isu terutama selepas topik2 perbincangan di kuliah. Nafsiah seorang yang kuat berusaha dan cekal. Ini ternyata apabila dia sanggup berulang dengan jarak yang jauh dari rumah ke IAB ketika mengikuti kursus NPQH pada 2005. Beliau juga kuat belajar apabila tiba waktu peperiksaan. Ini terbukti apabila beliau mendapat pointer yang tinggi dalam final exam. Nafsiah juga seorang pendengar yang baik, memahami rakan namun adakalanya sensitif. Saya juga suka berkongsi macam2 cerita dengan Nafsiah....Semoga Nafsiah terus cemerlang dalam kerjaya perguruan dan juga dalam hidup ini.
Nafsiah yang ku kenali...seorang wanita yang kuat semangat dan mempunyai daya pemerhatian yang tajam....tapi kadang2 moody. Kami seusia ...seawal mengenali beliau di IAB , Naf akrab dengan Yati Aziz. Suka berhujah dan memperkatakan tentang sesuatu isu terutama selepas topik2 perbincangan di kuliah. Nafsiah seorang yang kuat berusaha dan cekal. Ini ternyata apabila dia sanggup berulang dengan jarak yang jauh dari rumah ke IAB ketika mengikuti kursus NPQH pada 2005. Beliau juga kuat belajar apabila tiba waktu peperiksaan. Ini terbukti apabila beliau mendapat pointer yang tinggi dalam final exam. Nafsiah juga seorang pendengar yang baik, memahami rakan namun adakalanya sensitif. Saya juga suka berkongsi macam2 cerita dengan Nafsiah....Semoga Nafsiah terus cemerlang dalam kerjaya perguruan dan juga dalam hidup ini.
9 comments:
Yati, terima kasih le atas imbasan kembali kenangan lewat coretan khusus berkait pemerhatian T mengenai diri ini. Walau berbeza emosi, ragam, tingkah dan sensitiviti, namun kita berlagu nada yang sama,kita berkongsi sendu nan pilu dalam meniti laluan berliku demi secangkir ilmu..Tahniah buat rakan-rakan yang telah dilantik jadi GB sebelum lantikan DG41. Bagi PK yang dapat DG41 sebelum 'merasa' jadi GB akan statik dengan jwtn PK dan malang lagi tak boleh tukar sekolah.Kalau tukar, jadi guru biasa.. (maklumat sahih yang saya dapat dalam mesyuarat pengurusan PK Daerah Petaling di Pulau Pangkor pd 18-20 Nov. yang lalu).. Mengapa begini jadinya?? Maka menjeruk rasa le PK macam kita ni(kenaikan pangkat berdasarkan merit- markah prestasi tertinggi. GB bagi markah ciput...alahai.. Maka, renung-renungkanlah.. siapa agaknya yang mendengar luahan hati golongan marhaen (pinjam perkataan Usop) seperti kita ini...betul tak T?
Seri,
Melihat pada gambar tu, kedua-duanya memang punya potensi jadi GB. Cuma barangkali waktunya belum tiba. InsyaAllah, peluang tetap ada. Cuma janganlah cepat putus asa. Kena sentiasa positip kerana itu nanti akan dapat membantu.
Saya sepandangan dengan Seri. Nap ni baik orangnya, tapi sensitif. Pasal peluang jadi GB tu saya sependapat dengan Mantan. Saya sangat berharap dan berdoa, rakan2 saya ini sentiasa maju dan berjaya dalam kerjaya dan hidup.
Seri mari kita nyanyi..
Sesak nafasnya sesak,
Tak tahu aku tak tahu...
Sebak dadanya sebak,
Tak tahu aku tak tahu,
Bengkak jantungnya bengkak
Tak tahu aku tak tahu..
Kelabu matanya kelabu,(dah
separuh abad)
Tak tahu aku tak tahu...
Sendu tangisnya sendu,
Tak tahu aku tak tahu..
Sayu jiwanya sayu,
Tak tahu aku tak tahu..
Layu langkahnya layu..
Sabar ajelah...dah suratan
begitu..
(adaptasi lagu Sudirman - penyu
menangis siapa tahu)
Mantan, Che Hassan, bukan belum
sampai giliran jadi GB tapi pintu
memang dah tertutup langsung buat
PK yang dapat 41..itu peliknya
kementerian kita..cabaran untuk
menambah ilmu, meraih segulung
ijazah telah dapat dibuktikan
namun untuk kes PK yang dah lama
berada di jawatan hakiki dinafi
kan hak mereka untuk ke jawatan
GB.. memang jawatan GB adalah DG34
namun, tidak adakah pertimbangan,
pengecualian untuk KUP (yang dah
hampir pencen)seperti kami ini?
Itu isu sebenarnya.. tentang
semangat, selagi hayat dikandung
badan, jiwa pendidik tidak akan
pernah luntur walau pandangan
sudah semakin kabur...
maaaf aku mencelah..nafa..amboi panjangnya komen..teruja membacanya..sabaq ..insya allah...akan tiba jugak masanya...kata kata sekarang..2010 jadi lain pulak..biasalah tuu..tahniah t dah mula aktif smula blog kau ni..
Mohon laluan Seri. Nafa @ Nap, kenal lagi tak saya? Sabar ye. Moga ada rezeki yang lain.
Mungkin saya antara yang selalu berkongsi daripada hal-hal belajar tempoh hari hinggalah kepada hal-hal peribadi. Kadang-kadang dibuatnya kita ni seperti adik beradik je. Saya rasa bersyukur kepada Allah kerana Naf sorang yang kuat semangat walaupun bermacam-macam halangan dihadapi berbanding rakan-rakan kita yang lain dan akhirnya berjaya ke penghujung dengan mendapat segulung ijazah bersama.
Rindu dengan kawan-kawan..Ti, kita jumpa minggu ni ya..Kunan, cuti Disember ni saya nak cari waktu ke Terengganu, nak makan ikan kembung celup tepung, nak ke rumah abang Hassan, abang Li, insyaalah kalau diberi kelapangan dan kesihatan oleh Allah..
Aida, saya memang ingat dan tetap akan mengenang jasa Aida memberi semangat dan memberi pinjam buku, nota, cd kuliah NPQH dan juga UPSI. Terima kasih banyak-banyak. Aida juga seorang GB yang hebat dan amat wajar menerima anugerah Guru Besar Cemerlang..
Wow jangan gitu, masih banyak kekurangan saya ni. Lama kita tak jumpa ye Nap walaupun satu negeri. Kalau group U all buat reunion / apa-apa program bertemu jemputlah saya, nak juga join.
Post a Comment