Tahniah buat rakan-rakan yang telah dilantik menjadi GB sebelum lantikan DG41. Bagi GPK yang dapat DG41 sebelum 'merasa' jadi GB akan statiklah dengan jawatan PK dan malang lagi tak boleh tukar sekolah. Kalau tukar juga, jadi guru biasa lah.. (maklumat sahih yang saya dapat dalam mesyuarat pengurusan PK Daerah Petaling di Pulau Pangkor pd 18-20 Nov. yang lalu) Mengapa begini jadinya?? Maka menjeruk rasa le PK macam kita ni (kenaikan pangkat berdasarkan merit- markah prestasi tertinggi. GB pula bagi markah ciput...alahai.. Maka, renung-renungkanlah.. siapa agaknya yang mendengar luahan hati golongan marhaen (pinjam perkataan Usop) seperti kita ini.
Cabaran untuk menambah ilmu, meraih segulung ijazah telah dapat dibuktikan menerusi UPSI namun untuk kes PK yang dah lama berada di jawatan hakiki dinafikan hak mereka untuk ke jawatan GB. Memanglah jawatan GB adalah DG34 namun, tidak adakah pertimbangan, pengecualian untuk KUP (yang dah hampir pencen) seperti kami ini? Itu isu sebenarnya.. tentang semangat dan komitmen kerja, selagi hayat dikandung badan, jiwa pendidik tidak akan pernah luntur walau pandangan semakin kabur, kornea pun mulai berselaput...aduh sedih!!
5 comments:
Kadang-kadang tertanya-tanya apakah pengiktirafan yang diperolehi dari IAB dan UPSI dalam pengurusan sekolah tidak diberhargake? Yes! Ilmu yang diperolehi banyak membantu kita dalam pentadbiran tapi ianya berhenti disitu sahaja kerana faktor lain lebih penting!Bukan rezeki kita....Allah dah tentukan.... mungkin ada hikmahnya.... perjuangan perlu diteruskan...semoga rezeki yang diperolehi diberkatiNya... namun jauh disudut hati...terasa terkilan! Sedar diri Who am I? I'm just noboday trying to be someboday...but nobody knows me!!!!
ANI APA KHABAR
DARI JAUH I DENGAR SEKOLAH U CATAT KEPUTUSAN KEDUA TERBAIK DI ROMPIN..U MEMANG PK 1 YANG HEBAT....ORANG MASIH TAK NAMPAK KEHEBATAN ANI MEMIMPIN SEKOLAH....
ENTAH APA YANG DIA ORANG NAMPAK TAK TAU LAH ATAU SAJA MEMBUTAKAN MATA PADA PERMATA YANG BERKILAU DI SEKOLAH INI...
aku doakan semoga gpk semua cepat jadi GB, percayalah akan ada perubahaan nanti...perubahaan dalam KPM amat dinamik....doa, cuma ada cpk yang tak mohon 41 sebab nak jadi GB dulu....ni salah....dan nanti kena surat tunjuk sebab kerana melanggar kontrak...tidak melaporkan diri selepas habis belajar...
Ti, terima kasihlah atas pujian tu. I ni tak hebat mana hanya menjalankan amanah yang diberikan. Manusia kerdil yang hanya mengharapkan keredhaanNya.Dah 4 tahun tak naik gaji harapkan tahun hadapan dapatlah kenaikan macam orang lain. Itulah rezeki I yang telah ditentukan olehNya.
saja nak kongsi rasa kecewa..saya dapat DGA32 (hakiki)tahun 95 sbg.GPK koko(dulu DG5)..dapat DG41 tahun 2004..sampai sekarang dah lalui semua jawatan PK..pencen lagi 9 thn..x rasalah jadi GB..slogan "pencapaian diutamakan" x bermakna.hakikatnya dikenakan "tindakan gantung samapai pencen"..x tahu sampai bila boleh bertahan tengok rakan2 DGA32 dah lama jadi GB..
Post a Comment