TART SUNGAI CHOH/ TART ERRA
Pernah dengar nama kuih ini?
Inilah kuih tradisi yang dihasilkan oleh orang-orang di kampung saya, tidak ada dijual di mana-mana kedai tapi dibuat oleh orang2 kampung yang berkemahiran di Sg Choh Rawang. Kuih ini manis rasanya, cara memasaknya dibakar secara tradisi menggunakan arang dan periuk pembakar.Boleh dibakar dengan oven tapi hasilnya kurang cantik. Ramuannya mudah saja iaitu tepung, gula, santan dan telur , ada inti kelapa .........tapi nak buat tu rumit. Mula2 adun pastu kena uli, bentuk-bentukkan jadi bulat, isi inti kelapa, sepit-sepitkan kembali jadi bentuk daun, kemudian disapu dengan kuning telur (egg wash)dan bakar dengan api atas bawah...Huh, penat membuatnya...tapi aroma nya bila dah masak ...sangat wangi dan manis baunya.
Macamana boleh dapat nama tart era? Puncanya masa era fazira kahwin dengan yusri dulu, dia tempah kuih ini sebanyak 5000 biji, jadi kuih ini mulai expose kepada orang luar.Era pun asal dari Sg Choh sekampung dengan saya...rumah neneknya pun dekat dengan rumah mak. Kuih ini tahan sebulan lebih. Bila hari raya orang yang biasa buat kuih ni merah-merah matalah bakar kuih ni...tempahan dari orang luar kian meningkat. Mereka mulai mengenali kuih ini...Ada yang kirim kepada anak-anak yang belajar di luar negara....
6 comments:
alahai ti, sedap2nye kuih yg kau buat....terliur
hehehe
lama tak rasa kuih yang you buat terutama muffin. Berapa harga kuih baulu tu...I minat nak tempah kat you.
ani, i kena sibukkan diri. bahulu tu 30 bj = rm12 , 50 bj = RM15. Bila Ani nak dpt menantu?
yati
jom..buat masters julai ni...hilangkan boring kau tu
Salam. Untung ada kemahiran yang boleh buat duit ni.
assalamualaikum tuan/puan . boleh tak kami ingin membuat kajian kerja projek untuk prauniversiti tentang penghasilan tart.
Post a Comment