25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Wednesday, October 27, 2010

Generasi hari ini buta sejarah


Generasi hari ini ramai yang buta sejarah...contoh paling mudah dah paling dekat...baru2 ni ketika menonton movie Magika, terdengar di telinga ini..suara dari barisan belakang panggung, “ee eee..kenapa darah perempuan tu putih ya”? Kata2 ini lahir dari seorang pelajar tingkatan empat. Apakah dia tidak tahu sejarah pengkisahan Mahsuri dan sumpahannya. Cerita Magika memaparkan  konsep muzikal menggabungkan elemen cerita2 metos melayu seperti Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mahsuri, Nenek Kebayan, Badang, Puteri Bunian, Orang Minyak, Puteri Gunung Ledang  Awang Kenit dan banyak lagi. Layar cerita ini sangat menarik sesuai dengan latar pemandangan yang cantik kehijauan penuh magika. Membawa kanak2 menonton cerita ini mampu mendedahkan kepada mereka cerita2 purba, lagenda dan metos yang semakin tidak melekat di jiwa dan fikiran anak2 sekarang berbanding cerita2 disney seperti Cinderella, Snow White, Alice In Wonderland dan Harry Porter....fikirkanlah salah siapa? Ibubapa? Guru? Atau Sistem Pendidikan? Maka dengan itu saya selaku seorang pendidik, sangat bersetuju dan menyokong keputusan kerajaan menetapkan matapelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi SPM mulai 2013 dan menjadikannya matapelajaran teras dalam KSSR mulai 2014. SEJARAH adalah fakta dan hakikatnya, tiada siapa boleh mengubahnya...Apabila anak kita mempelajari sejarah Negara, selain lulus peperiksaan mereka akan menghayati, mengambil pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku...

Friday, August 6, 2010

Karnival Kesenian dan Kebudayaan Daerah Kuantan

kugiran cilik sk wira, d'warrior
 
raptai di taman budaya kuantan

Sebanyak 23 item persembahan dari sekolah-sekolah sekitar Kuantan menampilkan pelbagai acara kebudayaan. Antaranya koir, nyanyian solo, kugiran cilik, diabola, kompang formasi, gendang harmoni, jazz band, orchestra bertali, nasyid, tarian , ensemble pergendangan, rekorder dan banyak lagi...Program di adakan di Taman Budaya bersebelahan Hotel Seri Malaysia pada 5 Ogos lalu.

Sunday, August 1, 2010

aura bayi

lebam di pipi dan di dahi adalah kerana terjatuh...semakin besar semakin lasak, dah 11 bulan.....

Thursday, July 29, 2010

Ke Muzeum Sg Lembing


Minggu lepas bawa murid dari Kelab Rukunegara melawat Muzeum Sg Lembing....ternyata murid-murid kurang pengetahuan tentang pelombongan bijih timah....mereka melihat bagaimana pekerjaan di lombong itu mengajar manusia tabah bekerja mencari sesuap nasi....betapa bahaya dan menakutkan pabila melihat kesan-kesan sejarah di situ.

Friday, June 11, 2010

Thursday, June 3, 2010

Majlis Perkahwinan di Pantai Balok Kuantan






Dengan Elina Mas Ayu menyanyikan lagu-lagu Pengantin Baru

Mendendangkan Lagu Joget Malam Berinai

Kesibukan Guru Besar aku menguruskan perkahwinan anak perempuannya tempias juga kepada aku. Wedding dibuat di Pantai Rekreasi Air di Balok penuh bercirikan kebudayaan melayu.Pakaian bertema hitam putih majlis bermula pukul 1.30pm di mana ketibaan pengantin di sambut dengan paluan kompang, diikuti persembahan silat lian, majlis tepung tawar kedua pihak pengantin, kemudian semasa pengantin makan beradab dihiburkan pula dengan persembahan tarian zapin dan joget oleh Kelab Seni Tari murid SK Wira. Majlis d teruskan dengan persembahan kugiran dengan lagu2 Selamat Pengantin Baru dinyanyikan oleh guru. Upacara pemotongan kek 5 tingkat di sulami dengan alunan irama lagu "winter sonata","love story" dimainkan menerusi keyboard juga oleh guru.Majlis di hadiri ramai tetamu , rakan taulan sahabat Guru Besar....aku sempat jumpa Shahrin tapi tak nampak Saupi yang turut sama hadir, Pn Norahana tersenyum puas..namun tetap memikirkan lima lagi anaknya.....

Sunday, May 9, 2010

Terus Berpengakap



Tahniah kepada cikgu Bakhtiar, Aziah dan guru-guru pengakap SKW atas usaha menjalankan aktiviti yang menarik perhatian murid.Inilah antara aktiviti ikhtiar hidup...menguji kesabaran dan ketabahan murid disaat-saat sukar. Dah masak tepung tu murid-murid makan dan rasa sendiri usaha mereka.

Friday, March 19, 2010

KUIH TART ERA ATAU TART SUNGAI CHOH


TART SUNGAI CHOH/ TART ERRA
Pernah dengar nama kuih ini?
Inilah kuih tradisi yang dihasilkan oleh orang-orang di kampung saya, tidak ada dijual di mana-mana kedai tapi dibuat oleh orang2 kampung yang berkemahiran di Sg Choh Rawang. Kuih ini manis rasanya, cara memasaknya dibakar secara tradisi menggunakan arang dan periuk pembakar.Boleh dibakar dengan oven tapi hasilnya kurang cantik. Ramuannya mudah saja iaitu tepung, gula, santan dan telur , ada inti kelapa .........tapi nak buat tu rumit. Mula2 adun pastu kena uli, bentuk-bentukkan jadi bulat, isi inti kelapa, sepit-sepitkan kembali jadi bentuk daun, kemudian disapu dengan kuning telur (egg wash)dan bakar dengan api atas bawah...Huh, penat membuatnya...tapi aroma nya bila dah masak ...sangat wangi dan manis baunya.
Macamana boleh dapat nama tart era? Puncanya masa era fazira kahwin dengan yusri dulu, dia tempah kuih ini sebanyak 5000 biji, jadi kuih ini mulai expose kepada orang luar.Era pun asal dari Sg Choh sekampung dengan saya...rumah neneknya pun dekat dengan rumah mak. Kuih ini tahan sebulan lebih. Bila hari raya orang yang biasa buat kuih ni merah-merah matalah bakar kuih ni...tempahan dari orang luar kian meningkat. Mereka mulai mengenali kuih ini...Ada yang kirim kepada anak-anak yang belajar di luar negara....

KEMBALI KEPADA USAHA/MINAT LAMA



pernah menyiapkan 900biji bahulu untuk kenduri kahwin, kawan tempah...








SEJAK HABIS BELAJAR DI UPSI, SAYA MULAI MENYELAK KEMBALI "KITAB-KITAB" RESEPI MASA BELAJAR BAKING PADA TAHUN 2003 DULU, PADA TAHUN ITU SAYA AKTIF MENDALAMI ILMU MEMASAK. ANTARANYA SAYA MENGIKUTI KURSUS MEMBUAT PASTRY, ROTI DAN KEK. SAYA BELAJAR DI SU BAKERY, BAKEWELL DAN JUGA DENGAN CHEF LI. DGN CHEF LI SAYA BELAJAR CARA MEMASAK ANEKA NASI DAN LAUK PAUK, ANTARANYA NASI BUKHARI, NASI HUJAN PANAS, NASI MINYAK, NASI BERIANI DAN LAUK-PAUK SEPERTI IKAN TIGA RASA,RENDANG DAN AYAM MADU. SIJIL JUGA DIPEROLEHI.MODAL BELAJAR PUN HAMPIR 2 RIBU LEBIH. SELEPAS BELAJAR SAYA RAJIN JUGA MENCUBA DAN MULAI BERANI DAN YAKIN MENGAMBIL TEMPAHAN.PADA TAHUN 2004 SAYA MULAI ADA PELANGGAN YG TERDIRI DARI CIKGU2 SEKOLAH DAN GURU TADIKA YANG SERING MEMBUAT MAJLIS HARIJADI MURID DI KELAS. TEMPAHAN YG KERAP SAYA TERIMA IALAH MEMBUAT KEK HARI LAHIR ATAU KEK AISING. RUMIT BUAT KEK NI, BERMAIN DGN BUTTER CREAM, NOZEL DAN KESENIAN MENGHIAS.MENDALAMI LAGI KEMAHIRAN SAYA BELI BERMACAM BUKU MENGENAI KESENIAN MENGHIAS KEK. KALI TERAKHIR SAYA BELAJAR IALAH PADA DISEMBER 2008 IAITU SAYA MENGIKUTI KELAS MEMBUAT KEK CAWAN, DGN BAYARAN RM250 UNTUK SATU SESI.
KINI SAYA KUMPUL KEMBALI SEMUA KEK-KEK YANG PERNAH SAYA BUAT DULU, GAMBAR NYA MASIH SAYA SIMPAN DI LAPTOP SAYA UNTUK TATAPAN DAN PILIHAN BUAT PELANGGAN YANG MASIH SETIA INGIN MENEMPAH KEK-KEK HARIJADI MELALUI SAYA. KEPADA RAKAN-RAKAN TERDEKAT DAN JAUH YANG INGIN MENEMPAH KEK HARIJADI DAN ANEKA MUFIN BOLEHLAH HUBUNGI. SEKURANG2NYA ADA BENDA SAYA NAK BUAT DENGAN ANAK PEREMPUAN BILA BERSARA NANTI, INSYAALLAH.

Hari-hariku Kian Sibuk....entah bila dapat berehat



Thursday, February 18, 2010

Sukan Tarik Tali






Acara kemuncak tarik tali guru vs ibubapa dalam sukan tahunan..3 kali tarik namun kekuatan berpihak kepada guru.Rata-rata guru muda...saja suka-suka.

Monday, February 15, 2010

MEMBELAI DIRI

Cuti hujung minggu/cuti tahun baru cina memberi kelegaan kepada diri sendiri. Dari awal januari hinggalah ke saat ini aku sibuk mengurus orang, mengurus sekolah, guru, murid sehingga tiada masa untuk mengurus diri sendiri. Sejak buka sekolah sesi 2010 kerja terlalu banyak, setiap hari terkejar-kejar.Balik rumah setiap hari jam 3 atau 4 petang. Kesibukanku terlerai apabila sekolah selesai menjalani program yang dirancang sejak hujung Disember lagi iaitu Merentas Desa, Sukantara dan Kejohanan Olahraga/Sukan Tahunan.Setelah setiap petang selama 3 minggu padang meriah dengan latihan rumah sukan dan olahraga, akhirnya kemuncak acara iaitu Sukan Tahunan selesai dijalankan pada 6 Februari yang lalu.

Selesai sukan hari itu, lihat di cermin, wajah menjadi kelat dan berbelang kerana berjemur di tengah padang dan bersama-sama menjayakan aktiviti bersama komuniti.Bila tiba cuti begini....barulah ada sdikit waktu untuk diri sendiri..Semalam aku berjalan-jalan seorang diri mengunjungi Spa. Di situ aku jalani rawatan/pembersihan muka atau facial. Aku hanya rehat dan wajah sendiri di cuci, di masker, di wap dll. Selesai facial, aku pergi potong rambut dan cuci rambut. Saja nak wajah baru. Selesai gunting rambut aku pergi pula mandi sauna selama 20 minit dan minum air halia campur herba.......selepas itu barulah aku menjalani proses urut badan tradisional selama 1 jam.

Selesai urut selesai mandi aku pulang dengan rasa ringan, puas dan selesa. Sekali sekali perlu belai diri sendiri...Saban hari bekerja...tubuh kita ni ibarat mesin perlu di servis juga.

Thursday, January 21, 2010

Cili Api


Salah satu kegemaran aku ialah bercucuk tanam. Aku sukakan kehijauan dan di kelilingi pokok-pokok berdaun lebar di sekeliling rumah ku.Baru2 ni aku tanam pokok cili api dalam polybag.. Hari berlalu dan seronoknya bila tengok dah berbunga dan berbuah...pokok2 ni apabila disiram elok, dpt cahaya matahari cukup dan di baja pasti akan memberikan hasil yang menggembirakan. Sekurang-kurangnya hilang sikit rasa stress dengan tekanan kerja bila tiap2 hari lihat jumlah warna cili hijau bertambah bertukar menjadi merah....Boleh buat sambal.

Tuesday, January 12, 2010

Mengapa AKu

Entah mengapa aku insan malang. Ceritaku terlalu sedih dan lelah untuk dikongsi bersama....Satu demi satu hidupku sentiasa diuji Allah SWT...Aku tidak berdaya lagi...

Tuesday, December 29, 2009

BAYI /BABY/ANAK dan KEHIDUPAN

Pancaran sinar mata bayi ini bagaikan meminta sebuah kehidupan yang selamat, terbela dan terlindung oleh tangan yang memeliharanya...bukan dibuang-buang dalam sungai, tepi longkang, dalam tong sampah, dalam tandas, ditanam dan sebagainya...Dulu-dulu tak ada pun kes macam ni sebab dulu tak ada hand phone tiada internet....sekarang gejala ini kian parah.Komunikasi dalam senyap ini melahirkan banyak anak-anak luar nikah... Kesian bayi yang tidak berdosa....

Sunday, December 6, 2009

AKUM Vs ASSALAM

Pagi semalam dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi cerita tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh"

Beri salam - Assalamualaikum"
Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui
tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran
untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

Friday, December 4, 2009

Dulu PIPP kini NKRA?

Dunia pendidikan sentiasa berkembang. Apa dia NKRA ? Salah satu dari tranformasi oleh KPM. NKRA bermaksud National Key Result Area. Satu bidang keberhasilan negara untuk meningkatkan keberkesanan sektor awam. Ada 6 teras utama. Aspek pendidikan terletak di teras ke 3 iaitu MELUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN. Memberi penekanan kepada empat aspek iaitu :
1. Pra Sekolah
2. Linus (Literasi dan Numerasi)dulunya KIA2M
3. SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi)
4. New Deal (Aku Janji)

Perubahan demi perubahan berlaku. Nampaknya tugas sebagai pendidik semakin mencabar.Dengar-dengarnya untuk bantuan persekolahan pada 2010 ni ada banyak perubahan.

Thursday, December 3, 2009

Persatuan Guru-guru PK Pentadbiran & GPK Petang Daerah Kuantan

Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat pengurusan pendidikan guru-guru penolong kanan pentadbiran dan gpk petang daerah di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Saya pergi kerana menggantikan PK1 yang pergi menunaikan haji. Saya difahamkan semua guru penolong kanan pentabiran dan PK Petang kini telah ujud di bawah satu persatuan yang telah ditubuhkan. Mereka melihat jika Guru Besar ada Majlis Guru Besar (MGB) kenapa tidak guru penolong kanan pula ada Persatuan Guru-guru Penolong Kanan. Selain daripada sesi mesyuarat dan agenda pengurusan yang di bincangkan, persatuan ini telah mengusulkan beberapa perkara yang berkaitan dengan nasib guru-guru penolong kanan yang selama ini tidak mendapat perhatian dan teraniaya.
Antara usul-usul yang telah dibincangkan dalam mesyuarat AJK persatuan ialah:
  1. GPK1 DGA32 hakiki perlu diberi kenaikan ke gred DG34 untuk membezakan dengan gred gaji guru DGA32 (KUP).
  2. GPK1 DGA32 yang lulus PTK aras III perlu diberi kenaikan pangkat ke gred DGA34 (KUP) sama seperti guru DGA29 yang lulus PTK aras III, dan dinaikkan ke gred DGA32 (KUP). Akibatnya ramai guru DGA32 (KUP) bergaji lebih tinggi daripada GPK1 hakiki.
  3. Elaun Tanggung Kerja RM60 terlalu dan teramat kecil berbanding bidang dan beban tugas pentadbiran yang semakin banyak dan mencabar. Jumlah elaun yang sepadan ialah RM160 atau pun 5% daripada gaji pokok.
  4. Perlu diwujudkan time-based kepada GPK DGA32 hakiki ke gred DGA34 supaya mereka berpeluang menikmati skim gaji yang lebih baik terutamanya bagi mereka yang tidak berpeluang menjadi Guru Besar. Time-based yang sesuai ialah 5 atau 7 tahun menjawat jawatan hakiki DGA32. Yang penting bukanlah terlalu impikan sangat jawatan GB itu, memandangkan pengisian untuknya pun terhad tetapi biarlah ada pembelaan dari segi gaji sesuai dengan tanggungjawab dan bebanan tugas di sekolah.
  5. Memberikan kursus-kursus mantap mengenai pengurusan kewangan dan kepimpinan.
  6. Mengadakan perjumpaan berkala (3 - 4 kali setahun) untuk membincangkan isu-isu perkhidmatan pentadbiran dan akademik serta memantap dan menyeragamkan tugasan PK1 contohnya pengurusan sebagai penilai pertama prestasi dan sebagainya.
  7. Cuti Guru Besar (35 hari) juga wajar di beri sama juga kepada GPK pentadbiran. Ini kerana ada kedapatan (tidak semua) GB apabila bercuti langsung sukar dihubungi dan menyerahkan bulat-bulat tugas pengurusan dan pentadbiran kepada GPK1 !!! Maka sebab itulah wajah PK1 sering moyok (tidak semua) apabila terlalu banyak perkara yang hendak di fikir dan diselesaikan.
  8. GPK yang telah mencapai gred DG41 perlu juga diberi peluang kenaikan pangkat kepada GB terutama yang memiliki Diploma NPQH ( National Profesional Qualification of Headship) atau terkini NPQEL.

Itulah diantara usul yang dibincang-bincang, disuara-suarakan sesama gpk1 dan gpk petang untuk di bawa ke tengah.... ke mana? Ironinya penubuhan persatuan ini (hanya GPK1 dan GPK Petang sahaja) yang mengenepikan GPK Ko dan Hem. Mengapakan ini berlaku? Apakah gpk Hem dan Ko tidak menyumbang? Apakah hanya PK Pentadbiran dan PK Petang sahaja yang dilihat sebagai mampu menguruskan sekolah sekali gus memikul tanggungjawab sebagai GB sedangkan lebih ramai lagi guru2 kanan Hem dan Ko senior yang servis nya cuma tinggal dua tiga tahun sahaja (nak pencen dah) yang patut diberi peluang kenaikan pangkat kepada dg34. Sekurang-kurangnya biarlah mereka bersara dengan gred tersebut. Mengapakah diketepikan GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Kokurikulum ini? Mengapa tidak di sekalikan keempat-empat guru kanan ini di bawah satu persatuan yang dinamakan Persatuan Guru-guru Penolong Kanan Daerah Kuantan. Tentulah suara lebih kuat dan perlahan-lahan akan terbela jua suatu hari nanti, jika tidak cepat.....akan sampai jua suatu masa nanti....

Tak habis-habis teraniaya...Semua ini meremukkan hati yang telah sedia patah dan kecewa. Guru-guru biasa (tidak semua) apabila cuti panjang sahaja langsung tidak menjenguk sekolah, telefon pun tak jawab. Cuti terus. Sedangkan GPK jugalah dalam cuti pun terkial-kial naik pejabat sekolah menyiapkan perancangan sekolah untuk tahun hadapan.

Saturday, November 28, 2009

November Disember Kenduri Kahwin di Sana Sini



Umi Ruwaida bt Ramli sekelas dengan anak perempuan aku ketika di sekolah rendah pada tahun 1998...Minggu lepas dah berkahwin.Sempat juga bergambar kenangan dengannya...


Friday, November 27, 2009

KELUHAN GPK LEPASAN UPSI

Tahniah buat rakan-rakan yang telah dilantik menjadi GB sebelum lantikan DG41. Bagi GPK yang dapat DG41 sebelum 'merasa' jadi GB akan statiklah dengan jawatan PK dan malang lagi tak boleh tukar sekolah. Kalau tukar juga, jadi guru biasa lah.. (maklumat sahih yang saya dapat dalam mesyuarat pengurusan PK Daerah Petaling di Pulau Pangkor pd 18-20 Nov. yang lalu) Mengapa begini jadinya?? Maka menjeruk rasa le PK macam kita ni (kenaikan pangkat berdasarkan merit- markah prestasi tertinggi. GB pula bagi markah ciput...alahai.. Maka, renung-renungkanlah.. siapa agaknya yang mendengar luahan hati golongan marhaen (pinjam perkataan Usop) seperti kita ini.
Cabaran untuk menambah ilmu, meraih segulung ijazah telah dapat dibuktikan menerusi UPSI namun untuk kes PK yang dah lama berada di jawatan hakiki dinafikan hak mereka untuk ke jawatan GB. Memanglah jawatan GB adalah DG34 namun, tidak adakah pertimbangan, pengecualian untuk KUP (yang dah hampir pencen) seperti kami ini? Itu isu sebenarnya.. tentang semangat dan komitmen kerja, selagi hayat dikandung badan, jiwa pendidik tidak akan pernah luntur walau pandangan semakin kabur, kornea pun mulai berselaput...aduh sedih!!

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan