Nampaknya usaha usop mengimbau kenangan di Upsi mengajak aku turut sama mengenang beberapa peristiwa ketika di Tg Malim. Di Fasa 2 ni tubuh badan rasa fit sebab belajar Pendidikan Jasmani. Kita semua aktif dan aku sangat bahagia sekali ketika itu walaupun bersulamkan subjek Psikologi(Dr Kamaruzaman) dan kepimpinan Pendidikan (Tn Hj Nazirmudin) yang menuntut pelbagai teori. Antara pensyarah yang aku tak lupa ialah En Omar bin Salleh yang mengajar PJ ini. Cara dia mengajar ada kelainannya sebab kita-kita ni orang lama belaka. Penyampaian ilmunya bagus tapi banyak benar selingannya ( sekitar kesihatan) kadang2 terkeluar tajuk tapi takpe kita tak mengantuk dan layaaaaaaaaan. Paling tak lupa bila ada satu sesi menguji stamina dan juga kepantasan berlari dibawah komponen kecergasan. Maka dengan itu juga aku, ani, dayang, yati aziz, nafsia, mala, bedah, meng choon dan semuanya berlarilah keliling padang upsi tu. En Omar juga turut sama berlari. Masa tu takut juga kot kot ada teman-teman yang tiba-tiba rebah tapi mujurlah takde. Bayangkan dalam usia 47, 48, 49 dan 50 kita berlari 3 pusingan padang yang luas itu. Mengah, semput, letih dan pucat lesi namun puas!
.... belajar cara betul melontar peluru
Satu perkara lagi En Omar ni suka bagi banyak asignment, latihan dan kuiz. Maka bersengkang matalah kita menyiapkan permainan-permainan yang tersenarai dalam dunia sukan dan permainan. Ani dengan sofbolnya, aku dengan bola baling, mala dengan futsalnya. Setiap malam update tugasan ini bila ada ruang namun sering keletihan kerana terlalu aktif di siang hari. Paling aku tak lupa ialah kita diajar cara menentukan kadar nadi dan juga komponen kecergasan, istilah-istilah seperti mesomorph, ectomorph dan endomorph masih segar dalam ingatan. Walaupun En Omar bagi banyak tugasan namun dia mengajar bersungguh-sungguh. Setiap guru dikalangan kita diberi peluang mempamerkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam permainan . En Hassan dengan badmintonnya, En Alias Othman dengan permainan petanque, Low dengan Taicinya, Shahar dengan poco-poconya.
Apa-apa pun yang telah kita lalui, di fasa 2 yang lalu semuanya sihat tubuh badan kerana sering bersenam! Moga-moga mengekalkan kecergasan fizikal menjadi amalan kita semua tak kiralah apa cara sekalipun.Sepanjang ingatan aku, kita semua enjoy di fasa 2 ini namun menjadi mimpi ngeri kepada Saras kerana terseliuh selepas acara lompat lompat bintang di dewan gym. Sian Saras terpaksa bertongkat selepas itu.
Letih Sop?
8 comments:
best kan...kalo terklenang2 zaman blajaq...... nort tu,dari nama saya-mohd noor.. ikan tu plak,dari skolah rendah lg kawan2 panggil..maklum la...arwah abah sy nelayan..tangkap ikan.. sy sorg je time tu anak nelayan.....
yati
kau mengukir kenangan lama ler pulak, kini satu dunia tau aku kena operate perut. omar apai, menjadi kawan baik dgn aku lepas tu. aku sembang dan ketawa sakan dengan dia masa fasa akhir. aku cakap dgn dia terima kasih beri B+ pada aku sebab aku tak buat semua aktiviti fizikal dia. makin banyak idea kau dgn blog, lama lama kau kena ketagihan blog. beratlah nanti
ruangan komentar kau kena kau tapis dulu, ini adalah tidak mesra pelanggan...tetapi ada security..ikut kau lah ti, blog kau
Ti,
Yang paling I tak lupa si omar ni ialah perkataan "Ternak lemak". sakit telinga maklumlah most of us memang over weight tapi janganlah cakap macam tu.... kecik hati!!!!!
yela Ani
satu perkataan lagi yang i kureng suka dia selalu sebut kita ni pelajar 'tua bangka'.....hiii nak kena cili sungguh!
Puteri Dusun...
Rindunye life kat upsi bila baca imbauan kemmbali yati ni..walaupun dah tua bangka kata Omar tapi tak apa semangat kita semua tetap kuat..walaupun padang upsi begitu besar sekali namum semua berjaya buat pusingan 3 kali...hehehe
Aku terkenang ketika En. Omar demo minyak apai di paha si Jamal. Bila direnjis air, keluar darah(merah). Aku ambik sikit minyak tu gosok2 di tangan. Lepas tu, aku pi cuci di singki, aku terkejut, minyai apai ni, bila bertindak balas dengan air jadi merah (mcm darah)... jadi korang fikirlah sendiri. Tapi, aku beli juga sebotol. Sampai hari ni, masih ada.
ada yg kata bila dah guna minyak tu, memang benar-benar mengatasi masalah yang dialami. anak lelaki aku sapu atas parut jerawat dia, nampakla perubahan, makin kecut parut tu katanya. aku buat koleksi minyak urat jer. che hassan jom lawan badminton!
Post a Comment