25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Friday, April 24, 2009

Lawatan Penandaarasan MGB Kuantan ke SK Temin Jerantut

Pada 22 April baru-baru ni saya mengikuti rombongan 2 buah bus lawatan benchmark Majlis Guru Besar Kuantan ke SK Temin Jerantut.Saya mewakili GB, dia ke Terengganu program Pemantapan Pendidikan Khas. Tiba di SK Temin pukul 10.30am. Selesai minum kami diberi taklimat ringkas serta ditayangkan video mengenai kejayaan dan kekuatan sekolah.Bagi saya secara peribadi,selain kejayaan akademik dan kokurikulum sekolah ini cantik di segi fizikalnya, kawasan yang luas membuatkan pelbagai sudut kawasan dapat diujudkan contohnya di bawah konsep rangkaian pintar pss nya, di bahagian outdoor boleh di ujudkan Anjung Herba, Kolam Sains Akuatik, Sains Tani, Taman Kaktus, Taman Kecergasan, Sains Ternak, Kios RMT, Pondok-pondok Ilmu, Temin Gateway, Taman Lalulintas Jalanraya dan sebagainya.

Tak sempat nak tengok semuanya, bagi saya satu tempat yang menarik ialah Bilik Seni. Macam muzium di dalamnya. Sekolah ini memang hebat di bawah pentadbiran Guru Besarnya sejak 1997 iaitu Tn Hj Hamidon bin Abu bakar, AMP.AMN (DG41). Moto sekolah ini simple saja tapi menepati dengan kewujudannya " Temin Hebat" maka memang hebat. Banyak brosur yang saya bawa balik. Dokumentasi lengkap, sekolahnya bersih dan setiap bilik darjah sangat berinfo.
Apa yang dapat saya simpulkan, Guru Besar sekolah ini sangat berwawasan orangnya, berpandangan jauh dan bersifat kebapaan membimbing guru dan mendidik murid dengan hasrat murid berjaya dunia akhirat. Hampir sejam lebih melawat sekitar sekolah dan bilik-bilik khas namun masih ada tempat yang tidak terlawat....Tengaharinya kami dijamu dengan masakan kampung termasuklah sayur keladi dan ikan patin bakar. Sebelah petangnya dari jam 2.30 hingga 4.30 kami diberi taklimat PKKP dan juga Peranan Sektor TKSU (P) dalam Memperkasakan Laluan Kerjaya, disampaikan oleh Presiden KGMMB, Tn Hj Mohamed Sabri.Banyak maklumat tentang hiraki perjawatan yang disampaikannya.
Lawatan ini sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada pengurus sekolah dalam mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan.


Tak dapat nak pamerkan semua gambar, terlalu banyak. Saya cadang nak datang sekali lagi, kali ini dengan rombongan guru-guru sekolah. Tapi tak taulah entah bila...........

3 comments:

Al-Manar said...

I have not been here for some time. Padon me for asking. What is 'penandaarasan'? Memang jahil betul, kan?

Seri Suryati said...

Penandaarasan means 'benchmarking'. Kalau penanda aras bermaksud 'benchmark'. Biasalah sekolah yang baik menjadi 'benchmark' kepada sekolah lain.
Apa khabar Pak Cik ...lama tak singgah sini ye. Moga sihat selalu.

Anonymous said...

Bestnya dapat melawat dan mencari pengalaman di tempat orang lain. Saya teringin sngat tengok gambar2 yg puan dah ambil. boleh tak upload supaya idea bernas tu boleh dikongsi bersama? tqvm

Siti Sg Buloh Selangor

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan