25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Monday, December 1, 2008

Syukur Alhamdullillah

Keputusan Peperiksaan yang ditunggu telah tiba. Debaran telah reda dan saya redha dengan keputusan yang dicapai. Apa pun saya bersyukur kerana telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan ijazah. Harga sebuah ijazah ini terlalu mahal buat saya. Sepanjang tiga tahun (2005-2006-2007-2008) mengharungi pengajian Mod Intensif PPGB ini terlalu banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Syukur Alhamdullillah, Allah kurniakan semangat yang kental dan padu dalam meniti fasa demi fasa di UPSI seiring memikul tanggungjawab dan tugas di sekolah juga. Pada awal memulakan pengajian saya sering bertanya kepada diri mampukah aku meredah perjalanan yang memerlukan ketabahan dan ketahanan mental yang bukan sedikit. Alhamdullillah kini, segala kepahitan yang lalu telah berbayar dengan seribu kemanisan. Benarlah kata pepatah, “Belajar itu pahit tapi hasilnya manis ’’


Saya juga berharap rakan2 lain turut respon dan berkongsi keputusan yang diperolehi. Kepada rakan-rakan yang sms dengan keputusan masing2 saya ucapkan terima kasih dan tahniah juga atas kecemerlangan yang dicapai. Kita sama-sama belajar satu kumpulan, satu team yang cemerlang dan apalah salahnya saling mengetahui khabar masing-masing. Tiada rahsia dalam keputusan peperiksaan ini. Semuanya diatas usaha dan ketabahan kita. Yang penting nanti kita sama-sama akan hadiri Istiadat Konvokesyen pada Mac 2009.Wahai rakan sebilik ku ..di manakah kalian? Halipah. Hasmah. Noormala. Zubaidah dan teman akrabku Siti Dayang. How are you now? Moga kalian gembira menerima keputusan peperiksaan hari ini. Masih nak sorok keputusan ke? Hmmmm sukati korangla. Aku tak kisah biar satu dunia tau kerna setakat itu kemampuanku, belajar diperingkat andragogy ni…Smile…Che Hassan, Rosli, Yati Aziz, Nafsiah, Ani… sekalung tahniah dari Yati Rasul. Kalaulah ada fasa 9 kan bagus ! Kengkawan sambung buat master tak?

16 comments:

kembara kelana said...

steady tu ti, result aku dalam blog aku

Anonymous said...

tahniah, tahniah dan tahniah!!!

Anonymous said...

Congratulations!
Semoga semuanya terus berjaya dengan semua A.

Anonymous said...

Seri,
Dalam list Rakan Blogger dalam side column blog seri ada link ke blog saya. Tapi tak boleh guna tu.
Untuk memudahkan seri ke blog saya,siti kena tukar url spt ni:-

http://blogsimantanguru.blogspot.com/

ada prktn blog sebelum simantanguru

mantan said...

Seri, here are a few tips and tricks that will help your blog load faster.

Posts

Your blog's load time can be affected by the number of posts you display on your main page. You can easily edit the number of posts displayed of the main page from the Settings | Formatting tab. You can then select the number of posts you want to display on the main page. We recommend displaying 10 or fewer posts on the main page.

Third Party JavaScript and Links

For optimal blog load speed, we recommend using Google/Blogger widgets, JavaScipt and links. However, if you need to use third party JavaScipt and links, your blog will load much faster if you put all JavaScript at the bottom of your blog. If you have third party JavaScript and links in your sidebar, put them in at the bottom of the sidebar.

Images and Media

The more images, videos and other multi-media you have on your blog the longer it will take to load. It is important to optimize the load speed of your images and media. Here are a few tips to increase the load speed of your media:

Decrease the size of your images or use thumbnails that link to the full-size image.
If you use third party images, consider uploading them to Picasa Web Albums.

Blogger post editor.

If you have a large number of images to display, you can upload all your images (eg. Your kuih bauhulu ang cuppy cakes) to a Picasa Web Album and link to the album in your post or sidebar.

Seri Suryati said...

sir wahab
i wish you could sit beside me and teach me all this like usop did before. Now after upsi i seldom meet my ICT sifu usop!

WR said...

Tahniah semuanya. Saya kagum dengan semangat cikgu2. Berbaloi pengorbanan kalian.

Seri Suryati said...

terima kasih la cikgu waruna
semua berkat kesabaran dan ketabahan mahasitua

Anonymous said...

Seri, kalau ada kawan-kawan yang nak buat master saya tabiklah. Bagi saya setakat ni memang tak ada rancangan lagi. Cukuplah rasanya. Nak kata serik tu tidak tapi nak korbankan hari minggu atau hari cuti berat rasanya. Satu lagi,ingat fasal buat assigment,projek, tesis ke..demam dibuatnya...

Anonymous said...

nafa sambungla....teruskan cita-cita....pandai jer saya ni suruh org belajar tapi saya sendiri pun rasa berat dah nak sambung. saya nak belajar benda lain pulak. Ilmu ni banyak cabang. yang penting kita terus belajar.naf, raya haji ni saya balik sg choh...datanglah rumah mak saya..rindu lah kat lesung pipit nafsia tu..ha hai

Anonymous said...

Yati, raya haji ni saya seperti biasalah kat Johor. Lepas tu cadang nak ke utara pada 11 hingga 14 Disember. Ada cikgu saya naik pelamin teringin nak makan kenduri kat Kedah. kalau boleh jumpa kwn2 bagus juga. Jumpa Cik Hassan ke, ingat nak ajak Cik Hassan ke Hadnyai (betul ke ejaannya?).. tapi takut tak selamat dengan keadaan negara tu sekarang.. Saya pun rindu kat Ti..nanti kita jumpa, nak rasa cup cakes okay..

kunan said...

Tahniah kepada semua rakan-rakan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan akan dianugerahkan ijazah sarjana muda pendidikan. Tak kira anda mendapat markah tinggi atau kurang tinggi (kalau nak tinggi bawa naik ke bangunan KLCC). Yang penting kita naik bas yang sama. Ada lagi yang lebih penting iaitu kita praktikkan apa yang kita telah belajar seperti mana semangat Che Hassan. Belajar untuk mendapat markah adalah satu perkara, mempraktikkannya adalah satu perkara yang lain. Mudah bagi orang kafir untuk menjadi muslim tetapi agak sukar untuk menjadi mukmin dan mukmin yang berilmu kerana ianya sangat berbeza. Orang muslim adalah orang Islam. Mukmin adalah orang yang mengamalkan Islam, manakala orang Mukmin berilmu mempunyai 70 martabat, setiap martabat itu jika dibuat perbandingan bersamaan 500 tahun perjalanan. Itu adalah cara bagaimana kita menilai sesuatu perkara dalam hidup kita. Takpa lah rakan kita mendapat markah tinggi kerana itu usaha mereka dan anugerah yang tuhan berikan kepada mereka. Bersyukurlah kita.

Saya, Hassan Embong dan Joni telah mengisi borang untuk sambung master di UMT dengan menggunakan keputusan fasa 1-6. Doakan kami agar semangat belajar dan terus belajar dapat diteruskan untuk mendapat tempat orang-orang mukmin yang berilmu di sisi Allah subhanahuwataala. Amin.

Seri Suryati said...

tengku
bila kita dpt jumpa ye
nak ambil cd gambar2 jamuan akhir kat upsi dulu tu
syabas tengku sambung master
tengku ada tokoh
teruskan usaha

chehassan said...

Nap, betul ejaan Hatyai ditulis dan disebut begitu. Tak percaya mai tengok. Sakan hangpa no..nak sambung buat masterlah dan mcm2. bagu la tu. Yang belum jadi GB saya sokong buat master. Saya rasa dah taknak kerana 3 tahun lagi InsyaAllah dg44, jadi buat apa susah2. Saya nak jaga sekolah jadi yang terbaik.

Anonymous said...

Tahniah atas keputusan yang memberangsangkan. Cuba lah buat master di UMP.

Anonymous said...

terima kasih beri semangat...di UMP kat Gambang tu takde Pengurusan Pendidikanla nak buat master...

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan