25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Wednesday, December 31, 2008

PADI & PATI

Cuti sekolah kali ni, aku tidak begitu ghairah untuk pergi bercuti. Selain ke Pulau Pinang 5 hari untuk PSKPP dan bersantai di Cherating aku banyak menghabiskan masa di rumah Bonda di Rawang. Anak-anak saudara dah meningkat remaja, mereka bijak-bijak bercerita perkara-perkara yang menjadi pengalaman baru dalam hidup. Ada yang baru tamat belajar, ada yang baru dapat kerja, ada yang baru lepas SPM, ada yang baru dapat kekasih, ada yang baru beli motor, ada juga yang baru bertunang menghitung hari untuk berumahtangga.

Baru-baru ini aku dan Aliff anak lelaki yang baru lepas menduduki SPM sepakat untuk ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan komuter. Dengan berpakaian santai berseluar jeans dan t-shirt putih, bertudung biru dan bersandal aku bertolak awal pagi dan meletakkan kereta di Rawang dan terus ke stesen komuter. Pada era 80an aku biasa ulang alik KL Rawang dengan menggunakan bas berwarna merah putih Len Omnibus dari KL ke Tg Malim. Di stesen komuter suasana kelihatan gelap dibanjiri manusia. Beginikah keadaannya setiap hari? Kebetulan mungkin hari itu cuti umum, keadaan sangat sesak.

Di dalam komuter mujur aku dapat duduk. Aliff berdiri. Di kiri kanan aku kelihatan wajah-wajah asing menguasai ruang. Entah dari ceruk mana datangnya mereka ini. Dari cakap-cakap yang didengar, bahasa yang diguna mampu menterjemahkan mereka ini orang Bangladesh, mugkin Myanmar, mungkin Kemboja dan Aceh dan Thailand. Aku menjadi semakin tertekan kerana walaupun dapat tempat duduk tetapi tetap terhimpit oleh kerana asakan manusia yang kian memenuhi komuter di setiap setesen. Perjalanan sangat lesu, entah kenapa tidak seperti kebiasaan, laju dan sejuk. Kehangatan suhu tubuh manusia menjadikan kedinginan air cond tidak terasa.


Mujur dalam beg tangan aku ada kipas tangan maka berkipas-kipaslah aku yang kehangatan. Aku perhatikan lagak dan gaya mereka yang mengundang pelbagai rasa tidak selesa.Bising dan riuh. Ada yang sentiasa bercakap di telefon bimbit. Aku rimas.Dengan bau badan yang memeningkan, keadaan bising dengan pertuturan yang tidak aku fahami membuatkan aku tertanya-tanya d manakah orang-orang tempatan kini. Rata-rata di dalam komuter ini terlalu ramai PADI (Pendatang Asing Dengan Izin) atau PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Dari sumber yang aku dengar, mereka ini akan keluar beramai-ramai ke KL apabila cuti umum, membeli belah atau bertemu kawan atau melepaskan penat setelah bekerja sepanjang minggu.

Apabila tiba di KL aku turun di Bank Negara dan berjalan ke Sogo. Sekali lagi aku bertemu dengan longgokan orang asing. Wajah-wajah mereka sangat mudah dikenali untuk menggambarkan mereka ini bukan rakyat Malaysia. Aku dengan sengaja berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bukan tujuan untuk membeli belah tetapi saja meninjau. Oleh kerana penat berjalan aku mengambil teksi ke Chow Kit road. Keadaan di situ sudah jauh berbeza. Sekali lagi aku bertemu dengan orang asing yang bertutur dalam bahasa Siam berniaga di kaki lima. Apa yang aku lihat kebanyakan peniaga terdiri dari orang asing yang mungkin orang Indonesia dan lain2. Dulu keadaan tidak begini. Di era 70an dan 80an, seronok membeli belah di sini. Barang murah dan tidak sesak. Masih boleh menaiki beca dengan tambang hanya 0.40sen dari Stadium TPCA Jln Raja Muda ke Chow Kit.

Setelah penat berjalan aku mengambil keputusan untuk pulang dengan menaiki bus. Aku menahan bas Metro No. 43 di hadapan KLMU dan terus naik menuju ke Rawang. Sekali lagi keadaan dalam bas pada ketika itu gelap dan penuh dengan penumpang. Kedengaran suara percakapan yang bukan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Sekumpulan pendatang asing lagi.Nampaknya di tanahair kita ini di sana sini sudah penuh dengan pendatang asing. Di kawasan perindustrian Rawang sendiri orang-orang luar di mana-mana menjalani kehidupan harian dengan girang dan makmurnya mereka duduk di sini. Di tempat aku sendiri kelihatan peniaga-peniaga kecil yang asalnya warga Acheh yang diberi permit atas tiket mangsa tsunami pada 2004 dulu, kini mereka mulai berdikari berniaga kecil-kecilan di mana mereka berada. Soalnya mengapa seperti begitu mudah? Dari kecil-kecil berniaga buah, goreng pisang, gerai makan, pakaian dan akhirnya menguasai ekonomi...Orang kita yang datang membeli di gerai mereka. Apa sudah jadi? Apa akan jadi 5 tahun, 10 tahun lagi? Sangatlah bimbang....

3 comments:

chehassan said...

Mengapa jadi begini, tanya Perdana Menteri dan Timbalannya, sebab dia paling berkuasa di negara kita. Kita bincangpun takda guna, baik kita bincang yang lain. Cuma pesan kepada anak cucu kita, berhati-hati jangan sampai tergadai semuanya.

mantan said...

Selepas habis membaca posting tentang PADI dan PATI itu,saya hanya ingin bercerita:

“Awak cikgu?” dia bertanya. “Siapa yang awak ajar?”

“Pelajar pintar semuanya,” sambil tersenyum saya memberi jawapan.

“Er… maksud saya, bangsa mereka?” dia bertanya lagi.

“Kebanyakannya, orang mendatang, terpaksalah saya belajar banyak bahasa

supaya saya dapat terus bekerja.” saya menjawab dan senyum lagi.

“Oh!”

“Ada juga Bangla dan Kampuchea..” saya terus memberitahu.

“Ah…”

“Myanmar dan Nepal pun ada..” saya maklumkan sambil senyum.

“Uh…”

“Orang Indon pun ramai juga..” dengan suara yang lebih jelas saya khabarkan.

“Ya.. ke begitu… tapi tak ada lagi ke orang Melayu yang hendak diajar?” dia bertanya dan terus pergi.

Tidak sempat saya memberi jawapan.

Anonymous said...

No Deposit Casino tyuueooru
Best Casino

Also, check out whether or not their customer service is available 24/7.
[url=http://www.nhgaa.org/]No Download Casino[/url]
Reliable Online Casinos
Get free welcome bonus when depositing for the first time! You'll get 100% free with your first deposit or up to $20.
http://www.nhgaa.org/ - Top Online Casino
In fact, there is no risk at all.

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan