25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Saturday, December 20, 2008

Sepetang Bersama Anjalay Devi

Selepas selesai pertandingan nyanyian solo Saloma/P. Ramlee malam tu, keesokannya aku cadang nak balik Kuantan tapi tak boleh lagi. Kena tunggu hingga majlis penutup selesai. Maka aku pun hubungi Anjalay dan juga En Lah. Baik sungguhlah Anjalay. Paginya selepas selesai tugas dia bermesyuarat di sekolah, dia terus datang ke tempat penginapan aku di USM. Maka dari pukul 1 tengahari sampailah ke pukul 7 petang Anjalay bawa aku ke serata tempat di Pulau Mutiara ini.

Selepas bertemu dengan Zubaidah di Hotel Vistana, kami lunch di Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar. Zubaidah dan suaminya En Ibrahim turut sama, kebetulan mereka ada program sekolah di Vistana. Banyak cerita yang dibualkan diantara dua orang GB utara ni. Dari riak wajah Kak Ju (Zubaidah) beliau sangat gembira dengan pertemuan singkat kami bertiga. Banyak cerita tak habis-habis keluar dari mulut masing-masing. Maklumlah lama tak jumpa. Lepas makan Anjalay temani aku ke shopping complex. Adalah beli-beli sikit.

Anjalay ajak aku ke rumah dia di Hilir Sg Burung Balik Pulau dan aku pun jumpalah dengan anak Anjalay yang come lote tinggi menggalah macam mak dia juga, baru lepas PMR. Peramah budaknya dan Thiru Mangay namanya. Aku dibawa oleh Anjalay pusing-pusing dengan kereta yang sering dinaiki oleh Anjalay ketika ulang alik UPSI dulu. Rata dibawanya aku. Rupa-rupanya Anjalay sudah bertukar sekolah. Tidak lagi mengajar di SJKT Rajaji, Air Itam yang selalu diceritakannya.

Sepanjang jalan dalam kereta Anjalay berbual tentang sekolah barunya. Dari wajahnya yang ceria, beliau banyak melakukan perubahan yang rata-rata menggembirakan ibubapa pelajar di sekolah barunya itu. Aku kagum dengan Anjalay , GB berbadan besar yang berani membawa perubahan ke sekolah baru nya. Dia buat Hari Augerah Cemerlang di sebuah resort dan juga buat Hari Kanak-kanak dengan bermalam di sekolahnya dan mendapatkan penaja-penaja maka dengan mewah dapat memberi makan kepada murid-murid di sekolahnya. Guru-guru pun suka, ibubapa apatah lagi. Macam tulah Anjalay guru yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan. Berbaktilah kepada anak bangsa.

Aku di bawa oleh Anjalay melewati Bayan Lepas, Bayan Baru, Batu Maung, Teluk Kumbar, Air Terjun Titi Kerayong, Balik Pulau dan Batu Feringhi. Aku ucapkan terima kasih kat Anjalay dahlah susah-susah ajak aku pusing Pulau Pinang,…dibelikannya lagi macam-macam jeruk-jeruk yang biasa kita beli kalau berkunjung ke sini. Anjalay ada menceritakan Usop Rompin pun ada ronda-ronda kat sini masa dia datang Penang dengan En Lah dulu. Tapi dia naik motor En Lah…jalan-jalan makan angin . Selepas penat pusing-pusing naik kereta kami pun berhenti makan. Anjalay bawa aku ke tepi pantai makan cucur udang dan mi kari. Ketika menunggu makanan yang dipesan, En Lah call. Dia datang ke tempat kami bertiga berhenti. Aku bayangkan En Lah dengan kereta yang selalu dibawa ke UPSI. Rupanya kawan kita ni dah pakai kereta baru. Cantik kereta dia.

Kami berempat pun bersembang-sembang di petang yang damai lagi nyaman itu. Sesekali angin bertiup kencang di tepi pantai itu sambil menyaksikan gelagat beberapa orang yang tidak putus-putus hadir berhenti makan di situ. Lewat petang Anjalay menghantar aku kembali ke Saujana M04 USM. Aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Anjalay diatas layanan dan keramahannya kepada aku. Kini, kalau aku ke Pulau Pinang aku sudah ada sahabat yang menanti, di samping rakan-rakan yang lain...itulah Anjalay Devi Krisnasamy. Jaga baik-baik pokok cili api dari Cameron tu Anjalay!

2 comments:

chehassan said...

Bagus la tu... Macm ni la kawan.

kembara kelana said...

aku dapat makan durian..masa jalan dgn anjalay dulu..sedapnya tak terkata..fresh dari kebun

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan