25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Wednesday, December 10, 2008

BAGAIMANA MELATIH BERFIKIR KREATIF

Kreatif merupakan sebuah istilah pendek dan
sederhana, namun dari sebuah kreativiti akan terjadi sebuah
kejayaan yang besar. Banyak penemuan besar sains dan
teknologi, malahan dalam bidang lain juga bermula
daripada sebuah kreativiti. Maka tidak keterlaluan bila
dikatakan bahawa berfikir kreatif itu merupakan sebuah
kunci keberhasilan.

Soalan yang sering dilontarkan ialah : Bagaimankah untuk
boleh berfikir kreatif yang membawa kesan positif?

Ada beberapa cara yang selalu diamalkan, kita rumuskan
kepada lima cara seperti berikut:

1. Memikirkan semua boleh dilakukan
Percayalah, sesuatu yang akan kita kerjakan mampu kita
selesaikan. Ini bererti kita harus optimis. Buangkan
ungkapan yang bersifat pesimis. Kita jangan berkata, “Saya
mungkin boleh buat kerja ini”, tetapi harus bersikap dan
bernada, “ Saya pasti boleh membuat kerja ini”, atau kita
tambahkan semangat dengan berkata, “Bagi saya tidak ada
kata pasrah!” Peryataan optimis melatih kita berani
menghadapi sesuatu persoalan. Dengan itu cara kita
berfikir pun berkembang kerana kita memberi isyarat
kepada otak yang kita akan meneruskan tekad membuat
sesuatu kerja.

2. Buangkan berfikir cara konservatif

Cara berfikir konservatif ditandai dengan kekhuatiran untuk
menerima perubahan, walaupun perubahan itu membawa
manfaat. Oleh kerana ingin mempertahankan gaya
konservatif, perubahan ditanggapi secara dingin, malahan
dipersepsikan sebagai sebuah ancaman pada dirinya.
Seseorang itu sudah biasa hidup dalam aman dan merasa
banyak manfaat yang telah diperoleh dari cara hidup
konservatif, maka ketika dituntut untuk mengubah pola
pemikirannya bagi tujuan yang lebih baik, seseorang itu
merasa takut akan mengalami sesuatu kerugian.
Ramai orang tidak sedar bahawa cara berfikir konservatif
boleh memasung pemikiran kreatif kerana pemikiran
konservatif membekukan sesuatu yang statik. Padahal
berfikir kreatif bererti unsur statik semestinya dihapuskan.

3. Bersikap terbuka dengan input

Setiap masukan bahan mentah, baik idea, usulan mahupun
kritik dan pandangan yang baik harus diterima dengan
terbuka. Kemudian kita mengolahnya menjadi ‘barang yang
diproses’ lewat pemikiran kreatif. Jangan takut dengan
kemasukan itu kerana semua itu boleh merangsang kita.
Buang yang keruh dan ambil yang jernih, sebaiknya selepas
ditapis seelok-eloknya.

4. Cuba sedaya yang boleh

Pastikan bahawa kita berusaha dan mencuba membuat
sesuatu kerja yang di luar bidang kita. Hal ini penting
kerana ia akan memberi satu ‘kekayaan’ atau pengalaman
baru yang lain daripada sebelum ini.

5. Harus bersikap proaktif

Kita harus bertindak aktif seperti diibaratkan ‘menjemput
bola’ bukan ‘menunggu bola’. Bertindak proaktif bererti
membuat diri bebas memilih tindakan. Sudah tentunya
tindakan ini harus terlebih dahulu berdasarkan perhitungan
matang. Sesiapa sahaja boleh bersikap proaktif jika kita
berfikir secara kreatif.

Mulalah berfikir dinamik, dengan terus mengolah
pemikiran untuk menemukan pola fikir berkesan.

Indah sekali si Gunung Daik
Dihias pula pohonan nan hijau
Kalau memang benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

5 comments:

Anonymous said...

Jika lapar di Gunung Daik
Mari dikail si ikan haruan
Artikel dipapar sangatlah baik
Elok diamal menjadi panduan

kunan said...

Terima Kasih T, bagi artikal yang boleh memberi manfaat kepada rakan-rakan.

Salah satu ciri orang yang berkarismatik ialah "kreatif", kerana orang kreatif boleh menyelesaikan banyak masalah ketika berlakunya krisis. Ramai orang-orang kaya di dunia adalah orang-orang yang kreatif. Orang kreatif juga dikaitkan juga kepada orang seni, kerana orang seni menghayati alam dan keadaan serta meraka kebanyakannya penyabar.

Wallahuwaklam.

Anonymous said...

Bagi saya, waktu yang paling saya berkreativiti ialah apabila sekali-sekala saya turun ke dapur memasak. Orang yang tak pandai memasak apabila dia memasak, kreativitnya cukup optimum !!Bubuh, isi, taruk sahaja, asalkan boleh makan dan sedaap !

mantan said...

T,
Secara semulajadinya, manusia memang kreatif, selagi otak, akal dan fikiran berfungsi. Yang berbeza antara manusia ialah kemampuan manusia berkreatif dan menggunakan kreativiti masing-masing. Itu pula bergantung kepada banyak faktornya...

(macam cikguyusof tu lah...menggunakan kreativitinya untuk mencipta pantun...betul tak ayahku? Sazili juga kreatif, sebab lapan puluh peratus kreativitinya terserlah ketika memasak).

mantan said...

Dengan kekreatifannya, sri dapat naib johan (peringkat kebangsaan)pertandingan menyanyai tu...Tahniah!

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan