25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Tuesday, December 16, 2008

Kejohanan Pesta MSKPPM ke 36 Pulau Pinang 2008 (PESSCA)/ Pertandingan Akhir Kebudayaan


(8 peserta akhir)
MSKPPM (Majlis Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia) merupakan acara tahunan yang disertai oleh warga pendidik dari serata negeri di Malaysia. Ia terdiri dari dua bahagian iaitu sukan dan kebudayaan. Bagi bahagian sukan yang biasa menjadi acara kejohanan ialah Bola Sepak (Senior dan Veteran), Bola Jaring, Sepak Takraw, Hoki, Badminton dan Bowling manakala acara kebudayaan ialah Pertandingan Nyanyian Solo Lagu P. Ramlee dan Saloma. Pada tahun ini Pulau Pinang menjadi tuan rumah dimana semua kontinjen dari setiap negeri berlabuh di perkampungan hostel USM. Saya dan pasukan Bola Tampar menginap di M04 Saujana.. Kali terakhir saya ke USM ini ialah pada tahun 1997 ketika mengikuti kursus Pra Sekolah ( Lawatan Ke Pusat Hadanah) . Kali pertama pula ialah pada tahun 1982 dimana ketika itu saya mewakili Maktab Perguruan Seri Kota Kuala Lumpur bagi program Pestarama dalam acara nyanyian solo. Pada ketika itu saya masih ingat, lagu yang saya bawa ialah lagu "Kalaulah Ada Jodoh" nyanyian Muhaini Suratman dan "Women In Love" nyanyian Barbara Streisand. Masa tu saya tewas sebab demam kuat apabila tiba di Pulau Pinang. Pensyarah saya ketika itu bersusah payah membawa saya ke klinik sebab tekak saya merah dan bengkak. Hmmmm....menyanyi jugalah tapi siksanya perit anak tekak. Tak sangka setelah hampir 26 tahun saya datang sekali lagi untuk pesta MPSKPP pula. Menyanyi lagi.

Pada Isnin 17 Nov 2008, saya menyertai pertandingan kebudayaan/nyanyian solo di peringkat daerah membawa lagu "Mengapa Di Rindu" dan berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Setiap tahun konsep nyanyian tertakluk kepada pihak yang menganjur pertandingan. Adakalanya lagu irama Malaysia, lagu P.Ramlee Saloma, lagu asli atau lagu Inggeris serta pilihan. Tahun ini pertandingan kebudayaan menghendaki semua peserta menyanyikan lagu P Ramlee ( Lelaki) dan Saloma ( Perempuan). Pada 14 haribulan Dis (Ahad) jam 9 pagi di adakan saringan dimana daripada 30 orang hanya 8 orang akan dipilih ke pertandingan akhir.Pertandingan di adakan di Auditorium P. Ramlee. Tak sangka pula saya layak ke pertandingan akhir sebab semua peserta hebat-hebat dan sangat berbakat. Jadi pada malam nya menyanyilah saya sekali lagi. Ketika saringan saya menyanyikan lagu “Darah Muda” ( rentak twist) dan di pertandingan akhir saya tukar kepada lagu lain nyanyian Saloma iaitu “Mari Jalan Bersama” ( rentak cha-cha/rumba).

Bagi pertandingan ini saya perhatikan semua peserta hebat2 belaka. Salah seorang peserta merupakan kakak kepada penyanyi/guru vocal Shafinaz dan beberapa orang lagi sudah biasa menyanyi dengan pihak-pihak kebudayaan. Jadi persaingan sangat sengit. Saya sangat berdebar ketika di peringkat akhir berbanding saringan. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh guru lelaki ialah ’Kisah Rumahtangga’, “Aduh Sayang’,“Azizah’’, “Tidurlah Permaisuri’ , “Dimanakan Ku Cari Ganti’, “ Dari Masa Hingga Masa“, “Anakku Sazali’, “Bunyi Guitar“ dan banyak lagi manakala peserta perempuan pula menyanyikan lagu “Mengapa Di Rindu, “Bila Larut Malam“,“Bossanova“, “Alunan Biola“, “Apa Guna Berjanji“, “Jelingan Manja“,“Jangan Tinggal Daku“,“Hilang Terang Timbul Gelap“ „“Perwira dan “Darah Muda“. Semuanya dari 15 buah negeri.

Malam itu pakaian saya paling simple, solekan pun tipis saja dan sangat terkejut bila diumumkan sebagai naib johan. Saya rasa puas dapat nyanyikan lagu Saloma sebab saya memang menyukai lagu-lagu Allahyarhamah Puan Sri Saloma ini sejak kecil lagi. Dari ekor mata ketika di atas pentas saya ada melihat beberapa pasang kaki yang bergoyang-goyang ketika saya menyanyikan lagu Jalan Bersama itu. Mungkin kerana lagu itu rentak temponya yang "catchy" seolah mengajak orang menari. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’Seri Utama(Dr) HJ Abdul Rahman Bin Hj Abbas, YDP Negeri Pulau Pinang. Apapun saya gembira dapat berkenalan dengan guru-guru dari negeri lain yang semuanya ternyata berbakat. Tahniah dari saya kerana menyertai pertandingan ini ,sama-sama berkongsi pengalaman walau dalam masa yang singkat. Kepada Saloma Selangor iaitu Nor Akma yang mendendangkan lagu Bosanova, gelagat anda sangat mencuit hati dan membuatkan saya tak kering gusi kerana telatahnya yang happy go lucky dan bersahaja.Lebih menyerikan saat-saat saya berada di Penang ini saya dapat bertemu dengan Che Hassan, Zubaidah, Anjalay dan Abdullah, rakan sepengajian di UPSI.

Nama P.Ramlee dan Saloma sudah menjadi lagenda dalam seni suara tanah air dan memang sewajarnya lagu-lagu nya dipelihara dan diingati generasi baru. Saya berpendapat jika pertandingan ini di panjangkan ke peringkat sekolah menengah mungkin sesuai dan mampu memperkenalkan nama yang gah ini kepada pelajar-pelajar yang cenderung dalam bidang muzik atau seni suara. Selain menghayati irama dan lagu, senikata lagu-lagu penyanyi ini banyak terkandung nilai-nilai dan mesej tertentu untuk kita sama-sama renungkan. Semoga program MSKPPM ini terus mewarnai dunia pendidikan dan diharapkan lebih ramai lagi guru-guru memeriahkan lagi acara-acara yang dipertandingkan.

15 comments:

mantan said...

Tahniah seri,
Kalau dah ada bakat menyanyi tu, semuanya menjadi. Berilah lagu apapun, jadi. Kalau suara tu dah memang sedap, sedalap lagunya...

Anonymous said...

terima kasih cikgu W
sebenarnya saya suka menyanyi taktaulah kenapa
dari tahun ke tahun kata nak bersara tapi tak boleh juga
di sekolah nyanyi
di IAB nyanyi
di UPSI nyanyi
di PSKPP nyanyi
entah bila nak berhenti
cikgu wahab suka lagu p.ramlee?

chehassan said...

Tahniah T. I pun rasa happy kerana dapat melayan u sebagai kawan ketika d penang. Menariknya, isteri saya yang beria2 sangat nak tengok Yati nyanyi sebab saya selalu khabarkan kpdnya bahawa Yati bagus sekali menyanyi. Apapun yang penting, happy dan diri terhibur.

mantan said...

Seri,
Saya memang minat lagu-lagu p. ramlee dan lagu-lagu lama. Lagu-lagu sekarang ni susah nak dihayati seninya.

Stesen radio Klasik Nasional menjadi pilihan utama saya. Kalau pandu kereta tu, seronok dengar lagu-lagu klasik.

Seri, masuklah prtandingan Bintang Klasik tu...

WR said...

Tahniah cikgu Yati. Cikgu Yati ada pakej nak jadi penyanyi, walaupun solekan tipis, rupa ada. Digandingkan pulak dengan bakat semulajdi pasti berhasil.

Anonymous said...

terima kasih kak waruna...
saya masih ingat masa saya kecik-kecik dulu cikgu ada panggil sorang-sorang dan bertanyakan apa cita-cita bila dewasa nanti. Cikgu tu nak isi dalam borang rekod 001. Saya nyatakan cita-cita saya mengikut 3 urutan:
1. singer
2. teacher
3. nurse
Saya bersyukur akhirnya saya jadi cikgu dan berdampingan dengan murid. Menyanyi ni hanya suka-suka dan menjadi sulaman saja di sepanjang karier perguruan. Nak kata jadi penyanyi tu tidak lagi lah sebab dah masuk kategori veteran dah. Menyanyi di rumah jerlah hiburkan hati...tapi kadang2 tu dipanggil juga....

Anonymous said...

Tahniah Cikgu Seri !

Anonymous said...

Ti,
Tahniahlah.I juga tumpang seronok. Pas ni pasti banyak terima undangan menyanyi. Pasti tahun depanni, apa saja pertandingan dalam koko, sekolah u pasti menang sebab GPK Ko selalu nyanyi kat padang, anak murid lebih bersemangat!!!!

Anonymous said...

yati
aku suka dengar kau nyanyi, tetapi aku tak suka terus menyanyi. aku suka kau dapat naib johan, tetapi aku tak suka kau kalah. aku suka kau solek nipis ke, tebal ke atau tak solek lansung tapi aku tak suka kau naik pentas sebab aku jeles. aku suka kau gembira tetapi aku tak suka kongsi dengan orang lain, dgn aku jer tak per. aku suka kau marah kat aku sebab kalau kau marah dan muncunmg..kau kelihatan lagi lawa...

Ayah Ngah said...

I promised to drop in and here I am.It is interesting to browse through your postings. A rather unusual picture begins to emerge in my mind of a young teacher, educated, professional, free and cheerful and varied in her interests – cooking, singing, writing and people. Somehow, something is amiss. I do not notice signs of a family. Is this right? I hope you do not get me wrong.

Wish you all the best,cik gu
Ayah Ngah

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ayah Ngah said...

I am truly sorry to hear that you went through some hard times. I firmly believe that a ‘hard time’ is a ‘hikmah’. It is a kind of reminder from our Creator that we need to do something. It is up to us to realise and believe this fact. If we can accept that the ‘bad time’ is a reminder from Him and we are able to find what we have not done right, we can then accept that bad time as a ‘hikmah’. We make a change, adjust ourselves and move ahead. Some time in the future we will be grateful for the ‘bad time’ because He did give us a reminder. It is a pity if we choose to do things ‘yang menghiburkan hati duka’ instead of searching our soul to decide what really we must do. This may not please us initially. What we want is something really worthwhile in the long run.

I will remain as Ayah Ngah for a while. If you wish that I say more I would prefer not to express it in the open blog. POST YOUR CONTACT e-MAIL so that whatever I say, for that matter what you say too, will not be an open discussion.

You need not ask me to continue writing in English because my written BM is totally unacceptable. Once I handed Ali Jusoh, the novelist, a piece of my work in Malay. He had a good laugh and said, “ Ini bahasa Inggeris, bukan Melayu. Tulis sajalah dalam BI!”
Another novelist, Arifin Ngah, however persuaded me to write my life experience in Malay. He promised to edit it but I simply have no patience.
Ayah Ngah

Anonymous said...

Ayah Ngah,
You didnt answer my question.....its ok if you dont wanna let me know...anyway tq for responding my comments.
Here is my email addrs: serisuryati@yahoo.com

Al-Manar said...

I have failed to send a message to the e-mail address given

Anonymous said...

almanar,
you can use this addrs too:
noorhayatirasul@yahoo.com

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan