25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Thursday, December 4, 2008

PAPRIK CAMPUR

Di musim-musim hujan begini, tiada resepi paling mudah selain menyediakan masakan paprik (masakan panas yg sangat digemari anak lelaki saya). Cuma ditukar-tukar bahan asasnya samada ayam, udang, sotong atau ikan. Jangan lupa letak serai atau daun limau purut.

PAPRIK CAMPUR

Bahan-bahan:
Isi ayam,sotong & udang
5 ulas bawang merah (ditumbuk )
2 ulas bawang putih
Serai ( dimayang dan ditumbuk )
Daun limau purut ( dikoyak2kan)
Bunga kobis
Putik jagung
Kacang boncis
Carrot
Cili merah
Brokoli ( pilihan )
Cili giling/boh (sedikit sahaja)
Bahan perasa – garam, ajinomoto, kicap, sos tiram
Cili sos

CARA MEMBUAT:

Tumis bawang2 yang ditumbuk sehingga garing.
Masukkan cili giling/boh, serai yang dimayang dan ditumbuk dgn api sederhana sehingga benar2 garing dan masak.
Masukkan isi ayam, sotong dan udang yang telah digaul dengan garam.Kacau.
Masukkan pula sayur-sayuran dan hirisan cili merah.
Bubuh cili sos. Tambah sedikit air panas yang dicampur sedikit tepung jagung.
Bubuh garam/sos tiram/ajinomoto/kicap kipas udang ikut suka.
Masukkan daun limau purut yang dikoyak2kan.
Angkat. Jgn biar lama atas dapur, nanti sotong jadi keras.
SELAMAT MENCUBA.

5 comments:

Anonymous said...

thanks T kerna rajin lampirkan bahan seperti ini yang boleh dikongsi dengan rakan2 .Bolehlah I cuba untuk makan tengah hari ni.

kunan said...

Tempoh hari T dah bagi resepi ini kepada saya dan hassan, tapi sampai hari ini tak buat-buat. Insyaalah saya akan cuba resepi ini, tentu sedap. Saya peminat kumpul resepi je...

Seri Suryati said...

laaaaaa tengku tak cuba lagi? Lama tu. Ni dah habis beljr tentu ada masa untuk mencuba resepi ni. macamana dgn usaha membukukan resepi2 dari buku saya tempoh hari? Dah terbit ke?

kembara kelana said...

terima kasih ti, aku akan suruh bini aku buat...aku sama lah ,,tukang belasah jer..masak aku malas

kunan said...

T, sebenarnya tentang buku resepi tu tak jadi kerana diorang nak cepat sangat (pada tahun ni juga), jadi saya tak sangguplah...

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan