25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Friday, December 5, 2008

RIMUP

Bersama rakan-rakan yang menghadiri kursus RIMUP di Pantai Timur
Bagaimana dengan program RIMUP di sekolah anda kini? KPM telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.
Banyak program yang boleh dibuat melalui RIMUP ini jika dirujuk kepada kertas konsep/kertas kerjanya. Baru-baru ni timbul satu cetusan idea dari seorang Guru Besar yang begitu pemikir orangnya. Katanya RIMUP ni bukan setakat intergrasi kaum, penyatuan bangsa-bangsa di malaysia ini atau melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, sambutan perayaan, karnival permainan dan sukan, kebudayaan tapi boleh juga dijadikan satu medan untuk menyatukan atau merapatkan hubungan murid senang dan murid susah atau erti kata lain, murid kaya dan murid miskin. Apakah pengisian untuk penyatuan ini. Bagaimana ? Tentu ada kaedah yang menarik yang boleh difikirkan supaya aktiviti di bawah RIMUP ini tidak menjadi stereotype, rutin tahunan yg biasa-biasa. Biarlah ia menjadi luar biasa tetapi berbisa dalam meninggalkan kesan muhibah perpaduan antara kaum di negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk ini. Memupuk semangat perpaduan dan cinta kepada Malaysia dan sejarahnya perlu di semai dari peringkat awal lagi ( sek rendah) supaya akan akan datang tidak timbul isu-isu perkauman yang sensitif contohnya ketuanan melayu, DEB, isu SK, SJK dan sebagainya.. Matapelajaran sejarah memang sewajarnya di ajar di peringkat rendah sebagai salah satu pemangkin kepada keberkesanan pelaksanaan RIMUP ini.
Harapan saya agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri dalam program seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang aman dan makmur. Bagaimana pelaksanaan, penglibatan dan kesan RIMUP di sekolah anda? Entahlah...perancangan, pelaksanaan jika tidak disusuli dengan pemantauan maka akan menjadi hangat-hangat tahi ayam sajalah.

3 comments:

chehassan said...

RETORIK. Itu pendapat saya. Di sekolah suruh kita buat macam2 tapi depa dok bertengkak sampai hari ni tak habis2. Saya, ikhlas, setuju dengan cadangan Mukhris. Tengok Indonesia, Thailand, satu bahasa satu negara. Pelikkan, dah lebih 50 tahun, ada lagi yang tak boleh cakap Malaysia. So what?

mantan said...

Sekian lama RIMUP diperkenalkan, apakah kejayaannya? Intergasi kaum yang bagaimana yang kita harapkan? Inilah antara persoalannya? Bukti kejayaan RIMUP tidak dapat diukur seperti kita mengukur kejayaan peperiksaan. RIMUP bersifat konseptual. Segala rancangan pelaksanaannya, jika inginkan kejayaan perlu mengambilkira hal ini. Sekolah selalunya, merancang supaya pelaksanaan /aktivitinya berkaitannya dibuat secara "merentasi" kurikulum. Oleh sebab sesuatu yang "rentas" ini "tersembunyi" di belakang tabir kurikulum, maka ia menjadi kabur dan menjauh. Akan selalulah kita dengar klise "secara tidak langsung" mendominasi segala aktiviti yang tidak memberi pulangan "gred peperiksaan". Jika demikian, apakah yang kita harapkan daripada RIMUP. Barangkali RIMUP hanyalah setitis embun ketika musim banjir! Jadilah.
Adalah juga.

kunan said...

Program RIMUP bolehlah sekadar diadakan, kerana melalui pemerhatian yang saya dapat lihat ialah selagi kita tidak betulkan allignment yang telah lari jauh, maka setiap program yang dijalankan seperti buih di lautan saja.

Perpaduan di kalangan orang Melayu pun belum tercapai, bagaiman kita nakkan perpaduan semua kaum, sebab masing-masing ada kepentingan sendiri. Selagi kita mempunyai semangat untuk kepentingan diri bukan jatidiri, maka selagi itulah tak jadi apa-apa yang kita usahakan, kecuali menghabiskan beras saja. Perpaduan tidak akan berlaku selagi kita mempunyai prasangsaka antara satu sama lain (Che Hassan kata kita perlu juga berprasangka. Memang betul dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja, kerana ada prasangka baik dan ada prasangka buruk.

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan