25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Tuesday, December 29, 2009

BAYI /BABY/ANAK dan KEHIDUPAN

Pancaran sinar mata bayi ini bagaikan meminta sebuah kehidupan yang selamat, terbela dan terlindung oleh tangan yang memeliharanya...bukan dibuang-buang dalam sungai, tepi longkang, dalam tong sampah, dalam tandas, ditanam dan sebagainya...Dulu-dulu tak ada pun kes macam ni sebab dulu tak ada hand phone tiada internet....sekarang gejala ini kian parah.Komunikasi dalam senyap ini melahirkan banyak anak-anak luar nikah... Kesian bayi yang tidak berdosa....

Sunday, December 6, 2009

AKUM Vs ASSALAM

Pagi semalam dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi cerita tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh"

Beri salam - Assalamualaikum"
Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui
tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran
untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

Friday, December 4, 2009

Dulu PIPP kini NKRA?

Dunia pendidikan sentiasa berkembang. Apa dia NKRA ? Salah satu dari tranformasi oleh KPM. NKRA bermaksud National Key Result Area. Satu bidang keberhasilan negara untuk meningkatkan keberkesanan sektor awam. Ada 6 teras utama. Aspek pendidikan terletak di teras ke 3 iaitu MELUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN. Memberi penekanan kepada empat aspek iaitu :
1. Pra Sekolah
2. Linus (Literasi dan Numerasi)dulunya KIA2M
3. SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi)
4. New Deal (Aku Janji)

Perubahan demi perubahan berlaku. Nampaknya tugas sebagai pendidik semakin mencabar.Dengar-dengarnya untuk bantuan persekolahan pada 2010 ni ada banyak perubahan.

Thursday, December 3, 2009

Persatuan Guru-guru PK Pentadbiran & GPK Petang Daerah Kuantan

Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat pengurusan pendidikan guru-guru penolong kanan pentadbiran dan gpk petang daerah di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Saya pergi kerana menggantikan PK1 yang pergi menunaikan haji. Saya difahamkan semua guru penolong kanan pentabiran dan PK Petang kini telah ujud di bawah satu persatuan yang telah ditubuhkan. Mereka melihat jika Guru Besar ada Majlis Guru Besar (MGB) kenapa tidak guru penolong kanan pula ada Persatuan Guru-guru Penolong Kanan. Selain daripada sesi mesyuarat dan agenda pengurusan yang di bincangkan, persatuan ini telah mengusulkan beberapa perkara yang berkaitan dengan nasib guru-guru penolong kanan yang selama ini tidak mendapat perhatian dan teraniaya.
Antara usul-usul yang telah dibincangkan dalam mesyuarat AJK persatuan ialah:
  1. GPK1 DGA32 hakiki perlu diberi kenaikan ke gred DG34 untuk membezakan dengan gred gaji guru DGA32 (KUP).
  2. GPK1 DGA32 yang lulus PTK aras III perlu diberi kenaikan pangkat ke gred DGA34 (KUP) sama seperti guru DGA29 yang lulus PTK aras III, dan dinaikkan ke gred DGA32 (KUP). Akibatnya ramai guru DGA32 (KUP) bergaji lebih tinggi daripada GPK1 hakiki.
  3. Elaun Tanggung Kerja RM60 terlalu dan teramat kecil berbanding bidang dan beban tugas pentadbiran yang semakin banyak dan mencabar. Jumlah elaun yang sepadan ialah RM160 atau pun 5% daripada gaji pokok.
  4. Perlu diwujudkan time-based kepada GPK DGA32 hakiki ke gred DGA34 supaya mereka berpeluang menikmati skim gaji yang lebih baik terutamanya bagi mereka yang tidak berpeluang menjadi Guru Besar. Time-based yang sesuai ialah 5 atau 7 tahun menjawat jawatan hakiki DGA32. Yang penting bukanlah terlalu impikan sangat jawatan GB itu, memandangkan pengisian untuknya pun terhad tetapi biarlah ada pembelaan dari segi gaji sesuai dengan tanggungjawab dan bebanan tugas di sekolah.
  5. Memberikan kursus-kursus mantap mengenai pengurusan kewangan dan kepimpinan.
  6. Mengadakan perjumpaan berkala (3 - 4 kali setahun) untuk membincangkan isu-isu perkhidmatan pentadbiran dan akademik serta memantap dan menyeragamkan tugasan PK1 contohnya pengurusan sebagai penilai pertama prestasi dan sebagainya.
  7. Cuti Guru Besar (35 hari) juga wajar di beri sama juga kepada GPK pentadbiran. Ini kerana ada kedapatan (tidak semua) GB apabila bercuti langsung sukar dihubungi dan menyerahkan bulat-bulat tugas pengurusan dan pentadbiran kepada GPK1 !!! Maka sebab itulah wajah PK1 sering moyok (tidak semua) apabila terlalu banyak perkara yang hendak di fikir dan diselesaikan.
  8. GPK yang telah mencapai gred DG41 perlu juga diberi peluang kenaikan pangkat kepada GB terutama yang memiliki Diploma NPQH ( National Profesional Qualification of Headship) atau terkini NPQEL.

Itulah diantara usul yang dibincang-bincang, disuara-suarakan sesama gpk1 dan gpk petang untuk di bawa ke tengah.... ke mana? Ironinya penubuhan persatuan ini (hanya GPK1 dan GPK Petang sahaja) yang mengenepikan GPK Ko dan Hem. Mengapakan ini berlaku? Apakah gpk Hem dan Ko tidak menyumbang? Apakah hanya PK Pentadbiran dan PK Petang sahaja yang dilihat sebagai mampu menguruskan sekolah sekali gus memikul tanggungjawab sebagai GB sedangkan lebih ramai lagi guru2 kanan Hem dan Ko senior yang servis nya cuma tinggal dua tiga tahun sahaja (nak pencen dah) yang patut diberi peluang kenaikan pangkat kepada dg34. Sekurang-kurangnya biarlah mereka bersara dengan gred tersebut. Mengapakah diketepikan GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Kokurikulum ini? Mengapa tidak di sekalikan keempat-empat guru kanan ini di bawah satu persatuan yang dinamakan Persatuan Guru-guru Penolong Kanan Daerah Kuantan. Tentulah suara lebih kuat dan perlahan-lahan akan terbela jua suatu hari nanti, jika tidak cepat.....akan sampai jua suatu masa nanti....

Tak habis-habis teraniaya...Semua ini meremukkan hati yang telah sedia patah dan kecewa. Guru-guru biasa (tidak semua) apabila cuti panjang sahaja langsung tidak menjenguk sekolah, telefon pun tak jawab. Cuti terus. Sedangkan GPK jugalah dalam cuti pun terkial-kial naik pejabat sekolah menyiapkan perancangan sekolah untuk tahun hadapan.

Saturday, November 28, 2009

November Disember Kenduri Kahwin di Sana Sini



Umi Ruwaida bt Ramli sekelas dengan anak perempuan aku ketika di sekolah rendah pada tahun 1998...Minggu lepas dah berkahwin.Sempat juga bergambar kenangan dengannya...


Friday, November 27, 2009

KELUHAN GPK LEPASAN UPSI

Tahniah buat rakan-rakan yang telah dilantik menjadi GB sebelum lantikan DG41. Bagi GPK yang dapat DG41 sebelum 'merasa' jadi GB akan statiklah dengan jawatan PK dan malang lagi tak boleh tukar sekolah. Kalau tukar juga, jadi guru biasa lah.. (maklumat sahih yang saya dapat dalam mesyuarat pengurusan PK Daerah Petaling di Pulau Pangkor pd 18-20 Nov. yang lalu) Mengapa begini jadinya?? Maka menjeruk rasa le PK macam kita ni (kenaikan pangkat berdasarkan merit- markah prestasi tertinggi. GB pula bagi markah ciput...alahai.. Maka, renung-renungkanlah.. siapa agaknya yang mendengar luahan hati golongan marhaen (pinjam perkataan Usop) seperti kita ini.
Cabaran untuk menambah ilmu, meraih segulung ijazah telah dapat dibuktikan menerusi UPSI namun untuk kes PK yang dah lama berada di jawatan hakiki dinafikan hak mereka untuk ke jawatan GB. Memanglah jawatan GB adalah DG34 namun, tidak adakah pertimbangan, pengecualian untuk KUP (yang dah hampir pencen) seperti kami ini? Itu isu sebenarnya.. tentang semangat dan komitmen kerja, selagi hayat dikandung badan, jiwa pendidik tidak akan pernah luntur walau pandangan semakin kabur, kornea pun mulai berselaput...aduh sedih!!

Wednesday, November 25, 2009

Epilog Nostalgia dari UPSI


Bersama Nafsiah Hussein
Nafsiah yang ku kenali...seorang wanita yang kuat semangat dan mempunyai daya pemerhatian yang tajam....tapi kadang2 moody. Kami seusia ...seawal mengenali beliau di IAB , Naf akrab dengan Yati Aziz. Suka berhujah dan memperkatakan tentang sesuatu isu terutama selepas topik2 perbincangan di kuliah. Nafsiah seorang yang kuat berusaha dan cekal. Ini ternyata apabila dia sanggup berulang dengan jarak yang jauh dari rumah ke IAB ketika mengikuti kursus NPQH pada 2005. Beliau juga kuat belajar apabila tiba waktu peperiksaan. Ini terbukti apabila beliau mendapat pointer yang tinggi dalam final exam. Nafsiah juga seorang pendengar yang baik, memahami rakan namun adakalanya sensitif. Saya juga suka berkongsi macam2 cerita dengan Nafsiah....Semoga Nafsiah terus cemerlang dalam kerjaya perguruan dan juga dalam hidup ini.

IRON LADY

Pn Norahana bt Hashim, Guru Besar SK Wira Kuantan
Dari kiri Noorhayati (PK Ko), Nur Rashidah(PK Pentadbiran) ,Norahana (GB), Noorzaitun (PK Hem) dan Norasiha (PK Petang)

Sekolah menang lagi dalam pertandingan Beyond Borders 2009 tajaan Malaysian Airport Holding Berhad baru-baru ini membawa pulang wang tunai RM10,000. Berikutan itu pihak MAHB menggelarkan Guru Besar ini sebagai iron lady kerana semangat dan kewibawaan yang ditunjukkan ketika ditemubual di pentas pengadilan pertandingan akhir. Pertandingan dan penglibatan murid dalam pertandingan itu memberi kesan positif dalam pencapaian Sains. Keupayaan murid berbahasa Inggeris juga meningkat.




Thursday, November 19, 2009

SK WIRA SEKOLAH ANGKAT MAHB

Antara barisan guru yang menjayakan Program Beyond Borders, Projek Sains "Little Einstein"
Dari kiri, Nora, Norahana(GB), Norziana, Norzilawati, Noorhayati dan Noorzaitun


SK Wira amat bertuah kerana telah menjadi sekolah angkat Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) untuk sesi 2008-2009. Pada tahun 2008, sekolah ini mencatat kejayaan membanggakan kerana telah menjadi johan dan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM10000 menerusi program Pintar 'Beyond Borders' dengan tema 'X-Pro Beyond Borders'.

Program ini mencungkil bakat kanak-kanak untuk menulis esei yang dikenali sebagai Golden Pen Award , seorang pelajar berjaya menjadi naib johan dan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM700 ( Masyitah Mirza bt Saad) Projek Beyond Borders membolehkan Airport Kuantan terpilih sebagai The Most Supportive Regional Airport atas sokongan padu yang telah diberikan kepada SK Wira untuk menjayakan projek tersebut.

Pada tahun ini, pada 7 Nov 2009 lalu sekali lagi sekolah ini menjadi johan bagi Projek Beyond Borders dan mendapat hadiah RM10000 melalui projek Sains "Little Einstein''. Selain itu murid mendapat saguhati dalam pertandingan Act It Up dan penulisan esei Bahasa Inggeris (Golden Pen Award) yang membolehkan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM150 tiap seorang. Penerbangan ke Kuala lumpur dan penginapan di Hotel Pan Pacific 5 orang guru dan 5 orang murid termasuk Guru Besar dibiayai sepenuhnya oleh pihak MAHB. Terima kasih. Bertuah SK Wira menjadi sekolah angkat MAHB.



Jamuan Akhir Tahun 2009

Dari kanan, Pn Norahana Guru Besar, Pn Elina Mas Ayu guru muzik dan aku....

Pada 14 Nov lalu sekolah mengadakan jamuan akhir tahun, serba ringkas tapi meriah. Makan malam di sulami dengan cabutan hadiah-hadiah bertuah. Dalam kesibukan guru-guru menyiapkan markah peperiksaan, jamuan pada malam itu sedikit sebanyak meredakan tekanan dan bebanan tugas yang tak kunjung selesai selagi sekolah belum menutup tirai cuti.

Sunday, November 15, 2009

Kugiran Cilik Sekolah

Persembahan di hari anugerah kecemerlangan pelajar SK Wira

Raptai persembahan hari anugerah kecemerlangan pelajar

Juara Pertandingan Bintang Kecil 2009 Kategori Lelaki

Elina Mas Ayu Guru Muzik SK Wira

Bertubuh kecil tapi berbakat besar

En Wahid sedang menunjuk cara bermain drum


Cikgu Elina Mas Ayu sedang melatih murid mengenal asas chord gitar.

Di SK Wira terdapat seorang guru muzik bernama Elina Mas Ayu bt Rosli. Seorang guru muda option muzik yang berbakat. Selain komited dengan tugas, beliau pandai menyanyi dan bermain gitar. Beliau juga merupakan penyanyi kombo Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, selalu dipanggil menyanyi jika ada majlis-majlis tertentu. Antara aktiviti menyanyi di luar sekolah pada tahun ini adalah menyanyi di Konsert Diraja Simfoni Kasih, Majlis Penutupan Pert. Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan, Majlis Jamuan Makan Malam Meraikan Rombongan JPN Perak, dan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuantan.

Sebelum beralih pentadbiran baru cikgu Ayu tiada sokongan untuk memantapkan seni muzik di sekolah walaupun semangat dan hasratnya jauh ke hadapan Segalanya muram. Apabila saya masuk sebagai GPK Kokurikulum ke SK Wira, saya ingin mencuba sesuatu yang baru untuk mencari suatu niche area di sekolah ini....bukan melalui sukan atau permainan tetapi melalui kebudayaan. Saya mulai berbincang dengan beberapa orang guru yang saya rasakan adalah aset kepada sekolah ini tetapi sebelum ini mereka tiada dorongan dan sokongan dari pihak pentadbir. Saya mencadangkan kepada Cikgu Ayu agar kita cuba tubuhkan kumpulan kugiran atau live band dari kalangan murid. Saya lihat di Kuantan ini tidak ada lagi sekolah yang mempunyai kumpulan murid yang menganggotai kugiran bermain alat-lat muzik. Saya mendapat respons yang sangat baik dari GPK lain dan apabila bertukar pentadbir, masuk pula Guru Besar baru yang sangat positif dalam memperkasakan sekolah, tanpa berlengah saya duduk berbincang dan akhirnya kami sebulat suara sepakat sehati mencapai keputusan menubuhkan kugiran cilik..Akhirnya pada 17 Julai 2009 segalanya menjadi realiti apabila peralatan kugiran dibawa dari Melaka, bernilai ribuan ringgit kini telah berada di Bilik Muzik. Bilik Muzik di upgrade kan. Perbincangan demi perbincangan dilakukan , saya mulai mengatur langkah, selain Cikgu Ayu mula mengajar asas-asas bermain chord gitar , saya cuba juga mencari tenaga pengajar dari luar untuk membimbing murid ini. Jadual latihan saya atur dengan penuh disiplin dan mendapat sokongan ibubapa. Kini kugiran murid ini berusia hampir 5 bulan.

Drumer seorang murid dari Tahun 5, Syafiq Balqis, pemain bass gitar Azwan, pemain lead pula Adli. pemain rythm pula Hafiz, Pemain tamborin dan sepasang penyanyi. Hanya 2 orang murid yang datangnya dari kelas cemerlang manakala yang lainnya dari kelas hujung. Maksudnya murid ini walaupun tidak cemerlang dalam akademik tetapi bijak dan berbakat dalam bidang seni. Mereka sangat mudah menguasai tempo lagu, chord-chord gitar yang diajar oleh guru muzik. Penyanyinya pula adalah Johan dari Pertandingan Bintang Kecil yang saya adakan di sekolah memang untuk mencari murid berbakat menyanyi. Hasilnya lahirlah Muzamil dan Siti Norhana yang sangat berbakat dari segi vokal dan showmanship.
Hasilnya persembahan pertama mereka ialah pada Program Rimup baru-baru ini dengan lagu yang dibawakan bertajuk "Hidup Bersama" Itulah persembahan permulaan dengan satu lagu yang mengambil masa hampir sebulan berlatih. Kini apabila telah menguasai kemahiran, satu lagi tugas mereka menunggu....kini sedang giat berlatih untuk mengadakan persembahan pada Hari Anugerah Kecemerlangan...Lagu yang akan mereka mainkan nanti berjudul " Situasi" oleh Bunkface dan "Aku Stacy". Jumaat 20hb ni raptai penuh dan esoknya Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2009. Sempatlah dapat result UPSR.
Harapan saya kumpulan kugiran ini terus mantap dibawah asuhan guru muzik dan sokongan Guru Besar. Di bawah unit Kokurikulum saya menubuhkan Persatuan Seni Budaya di mana dibawahnya terdapat empat unit iaitu Kelab Kugiran, Kelab Koir, Kelab Tarian dan Kelab Kompang. Semuanya sudah ada perancangan untuk menyahut cabaran, mewarnai dunia Kokurikulum murid dan meriah di persada seni sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, InsyaAllah. Doakanlah hasrat murni guru-guru yang ingin melihat anak-anak murid berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum serta membanggakan ibubapa, guru, sekolah dan semua pihak.











Saturday, November 7, 2009

Jual Rumah


Setelah berfikir panjang, timbang tara segala aspek, aku buat keputusan untuk jual rumahku ini dan akan berhijrah ke tempat lain. Selain mengiklankan di MUDAH DAPAT, rakan terdekat, property negotiator, aku masukkan di blog ini yang sekian lama sepi. Terlalu sibuk sehingga blog pun hampir terkubur. Satu persatu aku selesaikan masalah dan cabaran hidup yang memerlukan ketabahan dan kekuatan diri.....membuatkan aku menyepi diri.....Namun hidup perlu diteruskan....

Tuesday, October 6, 2009

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum...kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri ini, suka saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada anda seisi keluarga. Semoga selamat sampai ke kampung masing-masing bertemu sanak saudara......... Saya pulang berhari raya di kampung Sungai Choh Rawang, Selangor.
Saya mohon kemaafan jika ada sebarang kesilapan dan ketelanjuran bahasa di sepanjang pergaulan dan perkenalan dengan anda rakan upsi dan semua yang mengenali diri ini.

SELAMAT HARI RAYA ( VERSI ORI... ) saloma

SELAMAT AIDIL FITRIKEPADA SAUDARA SERTA SAUDARI
SETAHUN HANYA SEKALI
MERAYAKAN HARI YANG MULIA INI
DI MASA BULAN REMDAN
KITA BERPUASA HINGGA SEBULAN
PABILA SYAWAL MENJELMA
HARI RAYA DISAMBUT DENGAN GEMBIRA
( KORUS 1 )
MISKIN KAYA MEMAKAI BAJU BARU WARNA-WARNI
MENGUNJUNGI SANAK KAUM FAMILI
SUNGGUH HEBAT PEMANDANGAN DI HARI RAYA INI
TUA MUDA WAJAH BERSERI-SERI
SELAMAT HARI RAYA PADA SAUDARI SAUDARA
SEMUA MARILAH DENGAN GEMBIRA
MERAYAKAN AIDILFITRI YANG MULIA
DI SANA KELIHATAN BERMACAM KUIH KETUPAT DAN RENDANG
MINTAK BU KUIH SEPOTONG
SAYA MAHU MAKAN KERNA PERUT KOSONG
DAM DAM DUM BUNYI MERCUN
KANAK-KANAK SEGERA DATANG BERDUYUN
DAM DAM DUM MERCUN BERDENTUM
SEMARAKLAH HARI RAYA INI TAHUN

( KORUS 2 )
MAAFKANLAH JIKA ADA TERLANJUR PERKATAAN
DIHARAP SUPAYA JANGAN DISIMPAN
KUBERDOA SELAMAT PANJANG UMUR MURAH REZEKI
SEMOGA TUHAN AKAN MEMBERKATI
SELAMAT HARI RAYAHARI
UNTUK KITA BERSUKA RIA
SELAMAT MARI UCAPKAN
UNTUK KITA HINGGA SAMPAI TAHUN DEPAN SELAMAT HARI RAYA !

Sunday, August 23, 2009

Tips Kejutkan Orang Bersahur

Kita dalam bulan puasa sekarang ni, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya:

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia... 3. Renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,1. Jerit nama dia kuat kuat...2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit.3. Simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju korang.4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!6. Jerit api! api! api!7. Letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

Tapi kalau still tak ada effect gak,1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali...2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir………..1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya……..

selamat bersahur selamat berpuasa!

Thursday, August 6, 2009

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU PKT DAERAH

TOKOH GURU 2009



26 JUN 09 dah berlalu...Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah di sambut secara sederhana di Dewan Wisma Belia Kuantan. Tiga orang tokoh guru yang terpilih adalah Wan Mustama, Hj Hamid dan Hj Tajudin....























Monday, August 3, 2009

KEM 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH

Minggu ini daerah Kuantan dijadualkan mengadakan program perkhemahan 1 Malaysia peringkat daerah melibatkan 200 orang murid sekolah rendah tahun 4 dan 5 di Pusat Ko Sultan Ahmad Shah, Pandan . Mesyuarat dan perbincangan di kalangan jawatankuasa sekolah berjalan dengan baik dan teratur namun dalam menangani isu jangkitan H1N1 yang kian membimbangkan ini.......
pihak kementerian kesihatan meminta semua pihak menangguhkan segala aktiviti yang melibatkan pendedahan diri dalam kelompok yang ramai...
Bagi saya risiko untuk dijangkiti penyakit ini melalui aktiviti perkhemahan kemungkinan besar mudah berlaku kerana faktor persekitaran, kebersihan, udara, dan sebagainya yang kita sedia maklum....Persoalannya mengapa pihak jabatan lambat bertindak dan membuat keputusan...Adakah hendak tunggu pelajar ini diserang h1n1 baru nak hentikan atau tangguhkan aktiviti pendidikan luar ini.
Sama-sama lah kita renungkan....setakat post ini ditulis sudah 8 orang korban wabak ini di negara kita.....

Friday, July 10, 2009

SAJA SUKA-SUKA


Seronok juga berangan-angan jadi cover magazine.................... Seandainya dapat kau selam.........sambil mentafsir tasik hatiku....cuma tenang di permukaan dan di dasarnya...bergelora...

Aku saja suka-suka.....tengok diri aku...cermin diri aku... yang serba kekurangan.....insan kerdil yang tidak dilihat oleh sesiapa....


Tuesday, June 16, 2009

02 JULAI 2009

Itu adalah tarikh temuduga saya bertempat di BTPN, Beserah Kuantan pada pukul 10 pagi. Sama dengan Saupi. Kawan lain dari Kuantan, Shahrin dan Tang Kam Long pada 01 Julai. Yusof Rompin kena 03 Julai di tempat yang sama juga. Mana Halipah....Jamal....Shahar dan gang2 Pahang. Biasanya sebagai intro, penemuduga ini suka tanya asal usul nama sekolah tempat kita mengajar.
Usop, apa di sebalik Aur tu?
Shahrin.....pelabuhan?
Halipah....apa Penderas tu?
Saupi....siapa Fakeh tu?
Aku? Wira? Biasa jer...anak-anak tentera di situ....

Sedia je la......tenang jer..

Monday, May 25, 2009

Bertuah Dapat Peluang


empat sahabat....

aliff, syauqi, awang & azrai


show di Kuantan Plaza
aliff


pengalaman manis naik heli




Dalam diam-diam anakanda Aliff bertuah dapat peluang naik helikopter. Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur tak sampai sejam. Di dalam penerbangan singkat itu, sempat dia berposing-posing dalam heli. Seronok dengar cerita dia di pawana dan melihat awan , begitu teruja. Dunia anak bujang ini sangat tidak di duga. Mula membuat persembahan pada hari guru di tingkatan 4 dan 5 di sekolah SMART, Kuantan. Minat muziknya menjurus kepada drum terus menjadi drumer bersama rakan sekelas tubuh band dan beradu nasib di pertandingan Battle of the Band di Kuala Lumpur cuti lalu. Tapi tewas. Ada peluang lagi buat show bila ada program MPK di Kuantan Plaza dan Malam Minggu di Teluk Cempedak. Mereka empat sahabat sangat akrab. Sering bersama berlatih. Kadang-kadang ibu yang naik risau takut mereka ni jadi leka...sentiasalah berpesan-pesan.
Muzik menyatukan mereka dan membawa peluang jauh perjalanan. Kini empat sahabat ( Aliff, Syauki, Azrai dan Awang) berpisah membawa harapan dan cita-cita masing-masing. Ada yang meneruskan pengajian di tingkatan 6 (azrai & Syauqi), ada yang masuk UIAM (aliff)dan ada yang ke UM (awang)...Semoga anak-anak muda ini terus cemerlang dan berjaya dalam hidup. Terasa sunyi bila anak-anak pergi belajar.....

Wednesday, May 20, 2009

HARI GURU 2009


Kek Hari Guru 2009


Guru Pra Sekolah menyerikan perayaan dengan lagu "Kenanganku"

Tarian "Joget Berhibur" bersama murid Tahun 5

Guru-guru Tahun 3 menyampaikan rangkaian lagu nursery rymes dan "Tiada lagi"

Persembahan dari guru-guru Tahun 2 "Aci-aci Buka Pintu"


Dari staf pejabat SKW

Dikir Hari Guru oleh guru agama
Murid berhimpun di bawah kanopi sumbangan 4 briged mekanis dan briged tenggara.


Boria Hari Guru dari guru tahun 5
Guru pendidikan khas

GPK1, GPK HEM, GB, GPK KO & GPK PTG


Memeriahkan suasana

Hormat lagu Negaraku



Tegak berdiri menyanyikan lagu

Lafaz Ikrar Guru


Bacaan Perutusan oleh Guru Besar



Action Song dari murid Tahun 3

Antara tetamu yang hadir...Lt Kol, YDP PIBG

Berarak masuk dari pintu pagar sekolah dengan paluan kompang oleh murid


Dari kiri GPK Ko Pn Noorhayati, GPK Hem Pn Noorzaitun, GPK1 Pn Nur Rashidah, GURU BESAR Pn Norahana dan GPK Petang Pn Nor Asiha.

Sambutan yang berbeza pada tahun ini, murid gembira dan ceria melihat bakat guru mereka dalam aneka persembahan..









My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan