25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Monday, May 25, 2009

Bertuah Dapat Peluang


empat sahabat....

aliff, syauqi, awang & azrai


show di Kuantan Plaza
aliff


pengalaman manis naik heli




Dalam diam-diam anakanda Aliff bertuah dapat peluang naik helikopter. Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur tak sampai sejam. Di dalam penerbangan singkat itu, sempat dia berposing-posing dalam heli. Seronok dengar cerita dia di pawana dan melihat awan , begitu teruja. Dunia anak bujang ini sangat tidak di duga. Mula membuat persembahan pada hari guru di tingkatan 4 dan 5 di sekolah SMART, Kuantan. Minat muziknya menjurus kepada drum terus menjadi drumer bersama rakan sekelas tubuh band dan beradu nasib di pertandingan Battle of the Band di Kuala Lumpur cuti lalu. Tapi tewas. Ada peluang lagi buat show bila ada program MPK di Kuantan Plaza dan Malam Minggu di Teluk Cempedak. Mereka empat sahabat sangat akrab. Sering bersama berlatih. Kadang-kadang ibu yang naik risau takut mereka ni jadi leka...sentiasalah berpesan-pesan.
Muzik menyatukan mereka dan membawa peluang jauh perjalanan. Kini empat sahabat ( Aliff, Syauki, Azrai dan Awang) berpisah membawa harapan dan cita-cita masing-masing. Ada yang meneruskan pengajian di tingkatan 6 (azrai & Syauqi), ada yang masuk UIAM (aliff)dan ada yang ke UM (awang)...Semoga anak-anak muda ini terus cemerlang dan berjaya dalam hidup. Terasa sunyi bila anak-anak pergi belajar.....

6 comments:

Puteri Azizul said...

Tahniah T anak dapat p belajar untuk bekalan mereka di hari muka...

mantan said...

Seri,
Jangan terlalu risau. Walaupun zaman remaja penuh pancaroba, tetapi zaman itu dapat dilalui dengan sempurna jika betul laluannya. Saya percaya Aliff dan rakan-rakannya akan berjaya.

seri said...

terima kasih cikgu W.
anak lelaki saya ni banyak bina diri dia sendiri. 5 tahun duduk di asrama...masa spm pun pantau jarak jauh jer sebab ibu ketika itu sibuk di upsi. mujurlah selesai laluan satu persatu.

ani said...

Tahniah T atas kejayaan anak....Susah senang mendidik anak akan terubat jika anak kita berjaya.Kejayaan sahaja tidak mencukupi T, tapi pastikan anak-anak kita menjadi insan yang solih dan solihah kerana merekalah yang akan dapat membantu kita didunia yang kekal abadi.

kembara kelana said...

tahniah tie..tahiah jugak pada alif. anak yang berjayakerana dibelakangnya ada ibu yang kuat dan berjaya

Al-Manar said...

Terima kasih melayar keAlmanar. Aliff sepatutnya bersyukur dan berbangga kerana berada didalam keluarga pendidik. Engineering banyak cawangan. Kalau ingin sedikit pandangan warga mas sila hubungi saya melalui e-mail. Seorang budak (bernama Aliff juga) saya anjurkan diploma mechanical engineering di UTM walaupun mendapat 8A. Sementara dua orang budak yang saya sebut dalam Almanar membuat asasi medics dan pergigian di UIAM juga, tempat anak cikgu. Salah satu tarikkan utama kepada yang berdua keUIAM ialah kampus mereka akan datang (selepas asasi)berada diKuantan – dekat balik kampung ke KT!

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan