25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum...kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri ini, suka saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada anda seisi keluarga. Semoga selamat sampai ke kampung masing-masing bertemu sanak saudara......... Saya pulang berhari raya di kampung Sungai Choh Rawang, Selangor.
Saya mohon kemaafan jika ada sebarang kesilapan dan ketelanjuran bahasa di sepanjang pergaulan dan perkenalan dengan anda rakan upsi dan semua yang mengenali diri ini.

SELAMAT HARI RAYA ( VERSI ORI... ) saloma

SELAMAT AIDIL FITRIKEPADA SAUDARA SERTA SAUDARI
SETAHUN HANYA SEKALI
MERAYAKAN HARI YANG MULIA INI
DI MASA BULAN REMDAN
KITA BERPUASA HINGGA SEBULAN
PABILA SYAWAL MENJELMA
HARI RAYA DISAMBUT DENGAN GEMBIRA
( KORUS 1 )
MISKIN KAYA MEMAKAI BAJU BARU WARNA-WARNI
MENGUNJUNGI SANAK KAUM FAMILI
SUNGGUH HEBAT PEMANDANGAN DI HARI RAYA INI
TUA MUDA WAJAH BERSERI-SERI
SELAMAT HARI RAYA PADA SAUDARI SAUDARA
SEMUA MARILAH DENGAN GEMBIRA
MERAYAKAN AIDILFITRI YANG MULIA
DI SANA KELIHATAN BERMACAM KUIH KETUPAT DAN RENDANG
MINTAK BU KUIH SEPOTONG
SAYA MAHU MAKAN KERNA PERUT KOSONG
DAM DAM DUM BUNYI MERCUN
KANAK-KANAK SEGERA DATANG BERDUYUN
DAM DAM DUM MERCUN BERDENTUM
SEMARAKLAH HARI RAYA INI TAHUN

( KORUS 2 )
MAAFKANLAH JIKA ADA TERLANJUR PERKATAAN
DIHARAP SUPAYA JANGAN DISIMPAN
KUBERDOA SELAMAT PANJANG UMUR MURAH REZEKI
SEMOGA TUHAN AKAN MEMBERKATI
SELAMAT HARI RAYAHARI
UNTUK KITA BERSUKA RIA
SELAMAT MARI UCAPKAN
UNTUK KITA HINGGA SAMPAI TAHUN DEPAN SELAMAT HARI RAYA !

4 comments:

kunan said...

T, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Tentu T seronok beraya di samping ibu tersayang dan mungkin adik beradik turut sama beraya dengan emak. Kirim salam saya kepada keluarga T.

Tahun ni, tak dapatlah rasa kuih yang T buat. Apa pun kita sama-sama rayakannya dengan seadanya.

Jumpa lagi T....

ani said...

Ti, walaupun kita senegeri, antara rompin dengan kuantan hanya 2 jam, tapi tak berkesempatan untuk saling berkunjung... so sempena hari raya ni I ucapkan selamat hari raya dan mohon maaf banyak-banyak kalau ada tersilap tutur kata.
Raya tahun inilah I tak menang tangan dari pagi raya pertama hingga raya ke dua...ramai sungguh anak buah dan sahabat handai yang hadir. Selalunya pagi raya sempat bergambar dengan anak-anak tapi tahun ni tak sempat langsung.Malam pun ada tetamu...First time tiga hari raya kuih semua dah habis!..

Semalam anak-anak mula balik ke tempat belajar...kali ini tak bawa apa-apa kuih macam selalu.

Sunyi pulak rasanya....hanya tinggal amid je kat rumah.InsyAllah esok mulalah nak puasa enam pulak.

myhas said...

Assalamualaikum Ti,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.Dikesempatan ini Akak mohon maaf diatas segala keterlanjuran cara dan bicara sama ada sengaja ataupun tidak disengajakan. Rindu pulak dengan kuih tat nenas Ti. Kalau dekat boleh juga buat tempahan untuk hari raya.
Bilalah agaknya boleh berjumpa dan berbual seperti dulu. Tahun ni first time beraya dengan menantu.
Jumpa lagi dilain masa dan ketika. Didoakan semoga dikurniakan Allah kesejahteraan di dunia dan diakhirat.
- Akak - rakan serumah (UPSI)

kembara kelana said...

tie...aku pun mintak maaf jugak kat kau..alamat blog aku http://asemblaj.blogspot.com

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan