25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Tuesday, March 17, 2009

Inspirasi kepada Anak-anak



Syukur Alhamdullillah....
Kejayaan yang dirai bersama-sama pada 16hb Mac 2009 lalu dapat dihadiri oleh keluarga terdekat yang selama ini sangat memahami erti keperitan mengharungi dunia mahasiswa di lewat usia dan akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim . Semoga ianya menjadi teladan dan inspirasi kepada anak-anak yang bersama-sama menyaksikan majlis gemilang ini. Kebetulan anak baru dapat keputusan SPM dan sedang sibuk online ke UPU. Rupanya anak-anak saya begitu mengikuti ucapan Pro Canselor YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj Yahaya bin Ibrahim PSM,DSA,DPMP,JSM,AMN,DJN,PJK pada masa itu. Adalah sesuatu yang berkesan di hatinya...

17 comments:

kembara kelana said...

tahniah, susahnya nak bergambar dengan kau..

Seri Suryati said...

Aku kecewa Yusof.
Kamera aku terjatuh dalam longkang besar masa nak pergi ambil kereta dalam hujan lebat lepas konvo. Camera vivitar tu aku beli tahun 2006 masa sibuk2 buat sandaran NPQH dulu. Mujur juga anak dan kakak ada ambil gambar dari handphone masing-masing.Harapkan gambar yg ditempah aje lah.
Aku kena cari camera lain....
Sop...susahnya aku nak bergambar dgn kau juga...kenapa ya...
Keciwa aku.

mantan said...

Seri,
Sekali lagi tahniah.
Tahniah juga untuk semua sahabat seri yang telah berjaya dan menghadiri konvo itu.

Semoga semuanya itu menjadi perangsang untuk terus majau dalam kerjayadan kehidupan mendatang.

Biarlah kamera tu sesekali nak 'mandi'. Dah begitu taqdirnya...

yusofsipan said...

tahniah seri, saya pun teringin jugak nak bergambar dgn seri tapi bimbang jugak takut2 ada yg akan rasa meluat....

Nak kenalkan dgn wife i pun tak berkesempatan, moga ada masa kita berjumpa pada lain masa....

chehassan said...

Tahniah T. Cerita pasal gambar ni, saya juga betul2 terkilan, bukan saja tak kesempatan nak bergambar dgn rakan2, dgn keluarga pun tak sempat, dek hujan yang sangat lebat dan kelam kabut nak hantar jubah. Esoknya baru teringat, tak ada satupun gambar yang sempat diambil. Harap2 gambar rasmi tulah yang boleh dijadikan kenangan.

Puteri Azizul said...

Tahniah untuk T dan rakan-rakan yang baru konvo, tak sempat jumpa hari konvo kerna hujan lebat...

Anonymous said...

Tahniah T, akhirnya kita sama2 bergelar graduan w/pun di usia hampir mencecah separuh abad..
Semoga segala pengorbanan dan ketabahan kita menjadi perangsang kepada anak2.
Kalau ramai yang terkilan sbb tak dapat bergambar sakan lepas konvo, sy pula terkilan sbb tak dapat dengar suara merdu you malam tu..
Jumpa lagi.

Anonymous said...

yelaa eton...
sebenarnya saya dah berjanji dgn Anas nak berduet dengan dia malam tu lagu2 saloma p.ramlee tapi pada masa yg sama kami semua ke rumah Shahadan berhampiran kalumpang, makan malam di rumah dia... lepas tu dah dekat pukul 10 mlm saya kena balik ke rumah Bonda di Sg Choh Rawang...mujur berteman dgn Siti Dayang..Dia sekeluarga bersantai di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung berhampiran rumah bonda saya.Esoknya jam 11am saya dan anak2 ke studio gambar di Auditorium bergambar individu dan keluarga di situ dgn mengenakan jubah....rupa-rupanya hujan lebat lepas konvo....mujur saya dah bergambar awal.
Zaiton mcmana....

Anonymous said...

Tahniah untuk semua atas kejayaan yang diraih hasil daripada pengorbanan yang bukan sedikit. I pun terkilan tak dapat bergambar dengan rakan-rakan. Keadaan kelam kabut. Kononnya nak bergambar dekat pentas... tapi hampa. Nampak U pun dari jauh je!! Kalau U jadi buat master, tahniah Ti. I taklah sebab nak fokus pada anak-anak. I nak pastikan semua anak-anak ada ijazah Insyallah. I nak belajar perkara lain pulak.I feel that I'm not young anymore dan komitmen untuk keluarga lebih penting.

Anonymous said...

Apalah ertinya jubah dan kelulusan menara gading kalau murid murid tidak menganggapkan yang kita seorang guru yang boleh memberi kefahaman yang baik? Keluarlah dari dunia angan angan kebumi nyata. Murid murid perlukan apa yang kita beri kepada pada tahap mereka, bukan tahap menara gading.
Guru lulusan Maktab saja

Anonymous said...

Apa hal dengan guru lepasan maktab tu.. asyik komen yang negatif saja untuk kita yang bertungkus lumus belajar untuk mempertingkatkan kerjaya kita.. cikgu maktab tahu tak, orang yang berkemahuan belajar itu adalah orang yang hebat, mendalami ilmu untuk memperbaiki kemampuan diri demi berbakti kepada negara dan bangsa..walaupun usia semuannya sudah menginjak senja..kami semua mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat...Kita semua memang HEBAT!!!

Anonymous said...

...dia tak rasa apa yang kita rasa
mungkin satu hari kita boleh paparkan apa cabaran yg kita hadapi semasa berjuang di IAB dan UPSI....produk upsi berjiwa kental banyak ilmu yg dipelajari boleh diamalkan disekolah
sebab ini jurusan pengurusan pendidikan....sangat berkesan untuk mengurus segala sumber yang ada di sekolah....

Anonymous said...

Sikap mempertahankan diri, jauh sekali memasang telinga apa teguran yang datang, itulah menjadi masaalah. Disebalik teguran yang dihalusi munkin ada hikmatnya. Lulusan tadikapun berjubah dan ber 'mortar-board' juga. Tahukah Mawar dan Nobita apa itu mortar-board dan mengapa depanggil mortar? Yang kelulusan Maktabpun ada yang berkebolehan.Saya cuma anak seorang nelayan.Banyak yang saya dapat pelajari daripada seorang nelayan yang tidak pernah disekolahkan dalam hayatnya.
Guru lulusan Maktab saja.

Anonymous said...

Atas kesedaran anak nelayanlah anda perlu ada paradign shift agar ada peningkatan diri dan penambahan ilmu agar tidak di takuk lama...sekarang ni long life learning tak kira umur dah, antara hendak dengan tak nak saja.
Anda pun tak berani menamakan diri anda di sini sebaliknya "animal mouse" aje.

bengang dgn orang yg takde wawasan!!

Anonymous said...

Permata
Tahukah Permat dimana Corpus Christie College? Teguran yang membina cuma boleh dikenali oleh jauhari.Kata kata yang sopan datang dari mereka yang berilmu."Kul hal yastawi llazina ya'lamuna walllazina la ya'lamun"
Harap cikgu Seri dapat menerima mata kata yang ikhlas, walaupun pahit pada pandangan yang tidak berilmu.
Juga cukgu

Anonymous said...

Orang macam 'animal mouse' ni memang tak layak berada dan beri komen dalam blog ini juga dalam blog PPGB upsi kita.. harus didelete saja komen-komennya. Agaknya kita ni melayan orang yang 'gila isim'. Orang yang tak tahu berbahasa tak wajar dilayan bertata cara.Tak payah keluar ayat-ayat yang kononnya diri tu sangat pandai. HIDUP SULUH BUDIMAN. Biarlah katak di bawah tempurungnya.

Anonymous said...

Cikgu Seri
Saya harap Cikgu tidak bersedih melihat blog ini dicemarkan dengan kata kata kesat yang tak terkawal. Jika Cikgu melayari blog cekdet (YAB Dr Mahathir) kita akan melihat ribuan ‘comments’. Banyak sungguh orang orang yang memaki hamun secara peribadi seorang insan yang berbakti. Kebesarannya dapat dilihat bagaimana YABDR menerima kata kta kesat itu. Ada kala dia memberi jawapan sewajarnya tanpa gelabah. Itulah gambaran kesopanan seorang yang agong. Sikapnya mencerminkan kata kata dalam bahasa Inggeris ‘he is above all that’. Dia tak perlu membabi buta dengan kemarahan.
Saya sengaja menjolok blog ini untuk memberi suntikan yang boleh membuka mata. Saya tidak fakir Cikgu mengharapkan tiap tiap ‘comment’ membawa pujian. Ambillah satu satu pandangan dan kupaskan dari semua sudut. Jamganlah kita warga penggajar jangan dilihat mempunyai kekurangan dalam cara mengajar dan membuat pembetulan. Itulah erti kematangan dan kewarasan. Saya gembira dapat menyemarakkan satu penentangan. Sayangnya berkurangan dari segi peradaban. Tidak mengapa ‘Rome is not built in one day’.
Guru Lulusan Maktab Saja

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan