25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Sunday, March 29, 2009

SABTU YANG PADAT

Hari sabtu 28hb penuh dengan aktiviti. Program Kepimpinan untuk Pengawas anjuran Bimbingan dan kaunseling, Program Majlis Tilawah Peringkat Zon, Pertandingan Kawad Kaki Tunas Puteri Pkt Daerah dan dua undangan majlis perkahwinan. Semua agenda ini mengikut jadualnya aku akan hadiri...namun tiada daya tiada upaya melainkan Tuhan yang maha esa. Satu program pun aku tidak dapat pergi angkara di serang migrane yang dasyat. Dah lama tak kena. Makan ubat pun tak lut. Berakhir dengan muntah, tidak bermaya dan akhirnya tertidur di sofa merah....Demikianlah apabila usia sudah di penghujung. Kesihatan diri sangatlah penting.

4 comments:

Puteri Azizul said...

Rehat-rehat la T jangan terlalu lasak sangat kita ni bukan macam 10 tahun dulu.

ani said...

Ti,
Banyak bersabar dan bertenang....that's one of the ways untuk tidak stress dan mengelakkan migrain.Beside that find someone you can trust untuk meluahkan rasa....Kesihatan perlu dijaga dalam usia kita yang kian 'muda' ni.Kita masih banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan...Take care..

kunan said...

T,
Kitakan dah belajar bagaimana mengurus organisasi dan mengurus diri dengan baik. Buat sesuatu mengikut keutamaan. Kita kena tahu yang mana penting dan yang mana genting. Kita juga tahu bagaimana 'empowerment'. Semua perkara yang dinyatakan itu perlu diaplikasikan sekarang dan bukan sekadar ilmu dan pengetahuan tanpa amal. Tapi, walau apapun saya tetap tapik kat T kerana begitu bersemangat dalam menlaksanakan tugas dan tanggungjawab. Cuma nak ingatkan je... Ketika kita bekerja kuat untuk orang lain, orang akan puji dan hormat kat kita, tetapi apabila kita sakit terlantar di mana-mana mungkin orang lain akan menjenguh kita buat seketika saja, lepas itu dibiarkan kita sendirian dengan penyakit yang kita bawa bersama. Sebelum kita berada dalam situasi itu marilah kita menyayangi dengan membelai diri kita supaya sentiasa sihat. Apabila kita sakit: harta, pujian dan penghormatan tidak lagi menjadi keutamaan kepada diri kita kecuali kesihatan dan keredhaan Allah taala.

mantan said...

Sesekali...

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan