25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Thursday, March 5, 2009

PERSIAPAN KONVO 16 MAC


Diam tak diam masa dan saat kita berkonvo semakin hampir. Aku gembira dapat panggilan dari rakan-rakan yang sekian lama menyepi diri apabila tarikh konvo kita semakin menggapai diri. Ada yang bertanyakan tentang slip RM80, ada yang bertanyakan persiapan-persiapan lain seperti kajian pengesanan graduat, bayaran gambar di lobi UPSI, tempahan cenderahati, online SPP dg41 dan juga tempahan hotel. Paling suka apabila rakan bertanyakan pasal baju....Baju dah siap tempah ke atau dah siap beli.... Hmmmm terus terang saya ni simple jer. baju tak beli lagi, sibuk dengan kerja sekolah...tengoklah weekend ini cuti maulidur Rasul bolehlah pergi tengok2 baju kebaya ke... kurung ke...namun bagi aku...apa baju pun tak kisah..yang penting dapat berkumpul jumpa kawan2 dan celebrate bersama majlis ini...hari konvo nanti baju aku cuma nampak kain dan sedikit hujung tangan jer...yang lain tu cover dengan jubah konvo kan kan kan? Yang penting kita bergambar sakan. Ok lah kawan-kawan jumpa 15hb Mac nanti....

5 comments:

Norazman Md Noh said...

Tahniah, Selamat bergraduasi, semoga menjadi contoh yang baik kepada semua anak didik cikgu...

Selamat maju jaya...

kembara kelana said...

aku pakai biasa jer ti, asalkan tak sakit mat orang memandang...baju putih, tie dan seluar hitam..

Anonymous said...

tie maroon tu dengan warna putih cantik dah....

Anonymous said...

Baju dah siap....tudung tak beli lagi!!! he..he... tak ada masa nak ke kedai walaupun sekolah dekat sangat dengan bandar...

Puteri Azizul said...

tahniah T dah selesai study dan boleh begraduasi... saya tahun depan agaknya.... sambung master ke?

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan