25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Saturday, February 28, 2009

KEJOHANAN MEMANAH MSS PAHANG KALI KE 13 2009








Kejohanan berlangsung pada 25 hingga 28 Feb bertempat di SMK Kuala Lanar di Kuala Lipis.PPD Kuantan menyediakan sebuah bus untuk membawa seramai 23 peserta bwh 18, 15 dan 12 tahun, dari beberapa sekolah yang layak. Sekolah-sekolah tersebut ialah SBPI, SMKTPP Tengku Muhammad, SEMSAS, Maahad Tahfiz, SK Wira, dan SK Bukit Rangin.Seramai 6 jurulatih mengiringi pelajar ini. Selama 3 hari kejohanan berlangsung dengan baik, cuaca sangat terik sehingga meninggalkan kesan hangus terbakar di kulit masing-masing termasuk saya. Permainan sepanjang masa berada di padang, mengambil giliran memanah, ulang alik mencabut arrow, mencatat markah dan sebagainya menguji kesabaran dan ketabahan peserta.
Acara pertandingan meliputi Lelaki L18-90m,70m,50m, L15-60m,50m,40m,30m, L12-30m,25m,,20m, 15m Perempuan: P18-70m,60m,50m,30m P15-60m,50m, P12-30m,25m,20m,15m dan pertandingan Pusingan Olimpik Individu dan Berpasukan.
Kejohanan berakhir pada jam 1.40 tengahari dengan upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh pegawai dari JPNP. Keputusan banyak berpihak kepada tuan rumah, namun pencapaian setiap daerah menampakkan kecemerlangan yang lebih baik dan murid ternyata puas dan gembira. Penginapan dan makanan di sediakan dengan baik oleh jk pengelola. Peralatan memanah semakin canggih berkualiti dan mutu permainan kian meningkat dengan bimbingan dan klinik memanah yang sempat di berikan kepada pelajar bawah 12 tahun oleh seorang pemain peringkat kebangsaan iaitu Mon Redee yang turut hadir sebagai pegawai sukan ini. Beliau kelihatan sangat bersungguh melatih murid dengan peluang yang hanya seketika cuma. Dua orang murid (L) SK Wira berjaya mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada Jun di Labuan. Syabas.

2 comments:

Anonymous said...

Tidakkah kita terlampau sangat mementingkan sukan? Tiada banyak guru guru yang membuat pamdangan bagaimana meningkatkan akedemi terutama dikalangan murid murid yang tercicir. Pinggirkan saja dan majukan mereka dalam sukan berakhir dengan mereka menjadi kuli kasar dikedai kedai bukan bangsa Melayu? Tenaga murahan yang pandai bersukan!
Bersedih

mantan said...

Semua orang tidak boleh menfikan betapa pentingnya akademik untuk pelajar-pelajar.

Tepi, sukan sebagai kegiatan sampingan juga penting.

Jika kena caranya, sukan boleh mendidik pelajar mendisiplinkan diri, bekerjasama, menepati masa, kesungguhan, mementingkan ketepatan dan banyak lagi nilai-nilai murni yang boleh didapati dalam menjalankan aktiviti bersukan itu.

Amat baik jika nilai-nilai murni ini menjadi penyokong dan gabungan kepada kegiatan-kegiatan yang bersifat akademik di bilik darjah.

Jika boleh kita mengharapkan bahawa hasil pendidikan ialah manusia yang bukan sahaja berilmu pengetahuan dan bijaksana tetapi juga manusia yang mempunyai nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni yang terpuji.

Diharapkan mereka ini lebih bahagia pada masa akan datang.

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan