25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Monday, February 16, 2009

Satu Kepuasan Bekerja

Kehadiran ibubapa nampak menggalakkan.

Rumah Sukan Kuning dengan maskotnya....kreatif betul cikgu-cikgu dengan anak murid.


GB, GPK HEM dan yang bertopi merah hujung tu lah saya...GPK1 tidak ada, bertukar ke sekolah lain...di belakang tu GPK petang....kami duduk santai sementara menunggu perasmi sampai.

YB Dun Pulau Manis Pekan menyampaikan ucapan perasmian

Ibubapa hadir seawal jam 12.15 tengahhari
Murid-murid dalam perbarisan rumah sukan dan unit beruniform.


Syukur Alhamdullillah…semalam 15 Februari terlaksanalah sudah Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah SK Wira untuk kali ke 12. Selama sebulan merancang dan mengatur tugas akhirnya semalam ianya berjaya direalisasikan dengan baik. Bukan tidak biasa menjalankan sukan di sekolah tetapi ini adalah julung-julung kalinya saya cuba tiup perubahan dengan membawa keluar warga sekolah dan ibubapa merasai dan mengalami suasana sukan berlatar tempat di Stadium Darul Makmur Kuantan. Untuk buat sukan di padang sekolah juga bermasalah sebab pihak kontraktor sedang rancak membina bangunan tambahan sekolah dan telah memakan sedikit ruang padang. Disamping itu keadaan sekeliling padang juga kurang selamat dengan longgokan kayu, batu dan alat-alat pembinaan bangunan.

Pada awal nya dengan peruntukan yang cuma ada RM2300, dengan murid seramai 1200, guru pula 80 lebih mampukah saya menguruskan sukan di lokasi yang terletak sejauh lebih kurang 16km dari sekolah. Namun setelah berbincang dengan GB dan semua pentadbir yang lain keputusan dicapai untuk tetap melaksanakannya walaupun kemelut yuran belum tahu hujung pangkalnya ketika itu.

Maka sejak itu saya mengatur langkah, saya mula mencari penaja/sponsor dari mana-mana yang saya yakin hasilnya positif. Akhirnya dipendekkan cerita sekolah hanya cuma membiayai hadiah, makanan murid, sedikit peralatan sukan sedangkan yang lain-lainnya semuanya dapat pembiayaan dari pihak-pihak yang prihatin meghulur sumbangan. Perbelanjaan lain-lain seperti sewa stadium(RM500.00), pakaian sukan, air mineral, pengangkutan, dan assesories untuk persembahan senam robik semuanya mendapat sokongan bantuan kewangan dari mereka yang prihatin dan bermurah hati. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kedua-dua YB yang membantu memberi sumbangan, Syarikat Bumi Terus Maju yang menaja air minuman, Syarikat milo/nestle, pembekal-pembekal peralatan sukan dan permainan, kedai buku di sekolah.

Bagi penggunaan tenaga empat kerat untuk mengendalikan perihal kepegawaian dan kehakiman saya tidak menghadapi masalah. Dari analisis SWOT yang telah dikenalpasti sekolah ini mempunyai kekuatan dan sokongan kuat dari PIBGnya. Lokasi sekolah yang berhampiran dengan Kem Batu 10, ada antara ahli PIBGnya terdiri dari unit-unit tentera dari Markas 4 Briged Mekanis, Armor Diraja, TUDM , ahli-ahli Motor Kelab Putera DSP. Semuanya saya kumpul dan bersama s/u sukan memberikan taklimat pegawai sukan sehari sebelum sukan dijalankan. Saya berjaya dapatkan T shirt sukan untuk semua guru, kakitangan dan pegawai sukan tanpa mereka bayar sesen pun. Ahli Kelab Motor Putera seramai 10 orang bersama ahli PIBG dan juga pekerja sekolah kesemuanya ringan tulang menghulurkan bantuan. Mungkin mereka sendiri berasa tidak sabar untuk bersama-sama guru dan murid-murid menjayakan di stadium Darul makmur yang gah ini.

YDP PIBGnya pula adalah seorang pegawai perubatan . Unit RESAT (Unit perubatan dari Tentera) juga menyediakan sebuah ambulans dan bantuan anggota perubatan yang memberi rawatan kecemasan kepada murid yang tumbang pada hari sukan. Dari aspek pertolongan cemas saya sudah mendapat bantuan dari mereka. Untuk mengangkut peralatan seperti khemah kecil, payung, bendera dan papan-papan tanda rumah sukan dan unit beruniform, hailer dan peralatan sokongan untuk menjayakan sukan , pihak sekolah memohon bantuan dari lori pikap Malaysian Airports Sdn Bhd. Memandangkan sekolah ini adalah sekolah angkat kepada MAB (Malaysian Airports berhad) maka mudahlah mendapat sedikit priority.

Akhirnya, sukan telah berjaya dilaksanakan hasil dari kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus menjalankan tugas. Pada ahad 15hb tersebut, saya tiba di stadium pukul 12.20 pm dan mendapati pihak ibubapa telah mula berduyun-duyun membanjiri grand stand di bahagian tempat duduk di hadapan. Mereka datang sendiri membawa keluarga dan anak masing-masing. Sementelahan lagi adalah hari Ahad maka tiada sebab untuk tidak ada bersama-sama menyaksikan gelagat anak-anak mereka bersukan. Sekolah cuma menyediakan sebuah bas untuk 40 orang peserta senamrobik dan 9 orang murid Kelab kompang. Mereka kelihatan sangat teruja dan ingin tahu bagaimana suasana anak-anak mereka bersukan di tempat yang belum pernah dikunjungi anak-anak mereka. Cuaca pada hari itu sangat baik. Syarikat Milo juga menyumbangkan sebanyak 1000 cawan minuman milo sejuk . Tiada kesukaran mendapatkan peserta untuk bertanding dalam acara yang ditentukan bermakna tiada yang tidak hadir. Jika murid seramai 1200 hadir beserta dengan ibubapa masing-masing sudah tentulah kehadiran mencecah 3000 lebih. Mereka kelihatan sangat girang menyaksikan gelagat anak-anak mereka berlari mengambil bahagian di atas trek merah bergarisan. Setiap murid diberikan makanan berupa air mineral, cream roll, wafer dan minuman percuma milo.

Acara-acara balapan yang dijalankan adalah seperti lari 40m, 50m, 60m ( Tahap 1) dan 100m, hurdles (tahap 2), 8x50m, 4x100m, dan 4x100 acara sekolah jemputan. Acara dihentikan jam 3 memberi laluan kepada YB berucap dan merasmikan sukan. Paling menarik ialah acara senamrobik yang berjaya mencuri hati ibubapa kerana 40 orang murid ini hanya dilatih selepas cuti Tahun baru Cina , dengan membuat pelbagai formasi dan rentak tarian mereka berjaya mempamerkan persembahan yang sangat baik berlatarbelakangkan muzik poco-poco, memori daun pisang, rentak cha-cha dan lain-lain lagi. Ingat saya nak turut serta menari tapi tak sempat. Acara diakhiri dengan rebut gula-gula murid bawah 7 tahun, acara guru dan ibubapa serta pegawai sukan. Mereka sangat bersemangat menyertai acara walaupun ada yang jatuh tersungkur.

Acara penutup dan penyampaian hadiah diakhiri dengan keputusan kemuncak acara iaitu johan acara perbarisan rumah sukan dan unit beruniform, olahragawan, olahragawati, atlit harapan, johan dan naib johan rumah sukan. Acara diakhiri dengan sorakan hip hip hooray dan bersalaman dengan mantan Guru besar yang turut hadir, Paling membuat saya terharu ialah rasa tanggungjawab semua guru terutama jk kebersihan mengajak murid-murid mengutip sampah di stadium. Dalam sekelip mata stadium kembali bersih seperti sediakali meskipun mereka ada pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja membersihkan kawasan. Saya ucapkan syabas kepada guru2 dan murid-murid semua. Mungkin mereka berasa sangat gembira dan puas kerana inilah kali pertama dapat merasai pengalaman menjalani temasya sukan di stadium yang sayup memandang ini.

Esoknya iaitu pagi Isnin 16hb ada latihan permainan bola sepak kelab Tengku Muda di sini. Pada minggu hadapan giliran sekolah lain pula (SMART) menjayakan aktiviti sukan di stadium ini. Disamping memudahkan pengurusan, dapat memberikan pengalaman, pandangan dan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang dunia sukan. Kini satu lagi tugas menanti saya iaitu pada hari khamis ini 19hb sekolah saya menjadi pengelola bagi kejohanan olahraga peringkat zon, juga dibuat di stadium. Mesyuarat dan pengagihan tugas telah dilaksanakan namun masih banyak perlu diteliti. Dalam masa terdekat menjayakan mesyuarat agung PIBG, Sukan Tahunan dan kejohanan Olahraga Zon...saya sangat letih namun saya sangat puas apabila semuanya berjalan dengan baik . Syukur kepada Allah yang mempermudahkan segala yang dirancang. Tahniah kepada seluruh warga SK Wira dan masyarakat setempat yang memberikan sokongan dan kerjasama yang amat baik dalam merealisasikan sukan di Stadium Darul Makmur. Yang pastinya murid-murid pulang dengan membawa pengalaman baru dan akan menjadi kenangan manis bagi mereka. Banyak lagi gambar-gambar gelagat murid berlari dan aksi guru di hari sukan ini tapi ada pada camera guru yang bertugas di bahagian jurufoto dan dokumentasi...

GPK1 mangajak murid belajar agar cemerlang dalam akademik...GPK Ko mengajak murid bermain agar menyerlah dalam kokurikulum...GPK Hem menjaga kebajikan dan disiplin murid agar berperkerti mulia....maka seimbanglah dunia pembelajaran mereka sesuai dengan FPK. Guru Besar tersenyum melihat panglima dan tentera bekerja keras.

Salam kembali....tidak lagi membawa diri...hidup perlu diteruskan.

7 comments:

mantan said...


Seri
Sukan tu nampak 'grand' di stadium sama grand dengan GPK Koko yang hebat tu..

Apa cerita DUN Pulau Manis tu? Dulu di SMKSP setiap hari berjumpa. Sejak dia jadi YB (Yang berhormat) dan sejak saya jadi YB (yang bersara) dah tak berjumpa.

Tak apalah dah lama tak jumpa orang Pulau Manis tapi yang bertopi merah tu, manis juga. Ber'Seri'lagi.

Selamat kembali ke blog.

Puteri Azizul said...

Tahniah T, kerana berjaya laksanakan sukan di stadium lagi...........

halipah said...

Tahniah le T.Kau memang GPK KOKU yg.hebat.Pah mgkin akan cuba ke GPK KO agaknya suatu hari nanti. Arini saya turun padang melihat persiapan membina rumah sukan.Anak buah krg pengalaman ,dapat juga dilontarkan idea bagaimana nak sambung kayu buat tanggam pun jadilah, Sebagai Pemimpin Koku Ti dah berjaya melaksanakan program dirancang .buat Pah tengah beria membaikki keadaan pengurusan aset sekolah yg agak krg terurus ,letih dah tengok perabut lama yg meninggi bagai gunung. 2 gunung diungkai ke lubang pembakaran....Oklah jgn menyendiri lagi.....

halipah said...

Tahniah le T.Kau memang GPK KOKU yg.hebat.Pah mgkin akan cuba ke GPK KO agaknya suatu hari nanti. Arini saya turun padang melihat persiapan membina rumah sukan.Anak buah krg pengalaman ,dapat juga dilontarkan idea bagaimana nak sambung kayu buat tanggam pun jadilah, Sebagai Pemimpin Koku Ti dah berjaya melaksanakan program dirancang .buat sy Pah tengah beria membaikki keadaan pengurusan aset sekolah yg agak krg terurus ,letih dah tengok perabut lama yg meninggi bagai gunung. 2 gunung diungkai ke lubang pembakaran....Oklah jgn menyendiri lagi.....

chehassan said...

Hebat yati. Tahniah. sentiasa buat yang terbaik.

yusofsipan said...

Tahniah Yati krn kerja2 yg cemerlang!

Anonymous said...

Hebatlah you. I kat sini sibuk menyediakan peralatan untuk berperang menghadapi UPSR bulan sembilan ni. First timelah jadi GPK 1 sepenuh masa so banyaklah perancangan terutama bila I nak jadikan penyeliaan satu budaya di sekolah.....besar sungguh cabarannya. Maklumlah tak semua guru suka dipantau walaupun tujuan sebenarnya pemantauan tu adalah untuk membantu membaiki P&P.

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan