25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Friday, March 13, 2009

Jamuan Perpisahan




Pertukaran demi pertukaran berlaku dalam perkhidmatan perguruan. Sejak dari 1984 hingga 2009 sudah 11 buah sekolah aku berkhidmat. Satu di daerah Gombak dan selebihnya di Pahang. Paling lama 9 tahun dan paling singkat 6 bulan...Setiap kali bertukar mesti akan ada majlis yang dibuat oleh Kelab Guru. Baru-baru ni diadakan majlis Malam Mutiara Kasih di Annexe House Kuantan.Pertukaran kali ini adalah dari SK Sungai Isap ke SK Wira. Walaupun hanya 2 tahun mengajar di SKSI namun berkhidmat berkhidmat di sekolah itu telah mengajar saya menjadi seorang yang berjiwa kental dan tabah dengan pelbagai cabaran. Dengan enrolment pelajar seramai hampir 1800 dan guru pula hampir 90 orang...pengurusan Kokurikulumnya sangat menguji ketahanan mental dan fizikal...Bekerja di bawah pentadbiran GB Tn Hj Mohamed Sabri selaku Presiden KGMMB telah memberikan satu pengalaman yang sangat bernilai. Empowerment yang diturunkannya mengajar saya berdikari dan banyak belajar membuat keputusan dengan segera terutama dalam hal-hal pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang datang dan pergi...yang ad-hoc, yang tertunda, yang semasa dan sebagainya kerana status sekolah ketika itu ke arah Kluster.Beliau banyak membimbing saya dalam soal pengurusan. Apatah lagi beliau merupakan pemimpin yang saya kaji kepimpinan strategiknya di sekolah dalam Projek 2. Adakalanya terhiris atas ketegasannya namun saya ambil yang positif...Kini apabila bertukar ke sekolah lain...sedikit sebanyak adalaa pengalaman mengurus kokurikulum di sekolah besar. Pengalaman yang saya kutip di SK Sungai Isap sangat bermakna dan berharga....Semoga mantan GB saya ini terus sejahtera dan cemerlang dalam kerjaya perguruannya.

1 comment:

Anonymous said...

makin berusia makin berpengalaman

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan