25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Monday, May 25, 2009

Bertuah Dapat Peluang


empat sahabat....

aliff, syauqi, awang & azrai


show di Kuantan Plaza
aliff


pengalaman manis naik heli




Dalam diam-diam anakanda Aliff bertuah dapat peluang naik helikopter. Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur tak sampai sejam. Di dalam penerbangan singkat itu, sempat dia berposing-posing dalam heli. Seronok dengar cerita dia di pawana dan melihat awan , begitu teruja. Dunia anak bujang ini sangat tidak di duga. Mula membuat persembahan pada hari guru di tingkatan 4 dan 5 di sekolah SMART, Kuantan. Minat muziknya menjurus kepada drum terus menjadi drumer bersama rakan sekelas tubuh band dan beradu nasib di pertandingan Battle of the Band di Kuala Lumpur cuti lalu. Tapi tewas. Ada peluang lagi buat show bila ada program MPK di Kuantan Plaza dan Malam Minggu di Teluk Cempedak. Mereka empat sahabat sangat akrab. Sering bersama berlatih. Kadang-kadang ibu yang naik risau takut mereka ni jadi leka...sentiasalah berpesan-pesan.
Muzik menyatukan mereka dan membawa peluang jauh perjalanan. Kini empat sahabat ( Aliff, Syauki, Azrai dan Awang) berpisah membawa harapan dan cita-cita masing-masing. Ada yang meneruskan pengajian di tingkatan 6 (azrai & Syauqi), ada yang masuk UIAM (aliff)dan ada yang ke UM (awang)...Semoga anak-anak muda ini terus cemerlang dan berjaya dalam hidup. Terasa sunyi bila anak-anak pergi belajar.....

Wednesday, May 20, 2009

HARI GURU 2009


Kek Hari Guru 2009


Guru Pra Sekolah menyerikan perayaan dengan lagu "Kenanganku"

Tarian "Joget Berhibur" bersama murid Tahun 5

Guru-guru Tahun 3 menyampaikan rangkaian lagu nursery rymes dan "Tiada lagi"

Persembahan dari guru-guru Tahun 2 "Aci-aci Buka Pintu"


Dari staf pejabat SKW

Dikir Hari Guru oleh guru agama
Murid berhimpun di bawah kanopi sumbangan 4 briged mekanis dan briged tenggara.


Boria Hari Guru dari guru tahun 5
Guru pendidikan khas

GPK1, GPK HEM, GB, GPK KO & GPK PTG


Memeriahkan suasana

Hormat lagu Negaraku



Tegak berdiri menyanyikan lagu

Lafaz Ikrar Guru


Bacaan Perutusan oleh Guru Besar



Action Song dari murid Tahun 3

Antara tetamu yang hadir...Lt Kol, YDP PIBG

Berarak masuk dari pintu pagar sekolah dengan paluan kompang oleh murid


Dari kiri GPK Ko Pn Noorhayati, GPK Hem Pn Noorzaitun, GPK1 Pn Nur Rashidah, GURU BESAR Pn Norahana dan GPK Petang Pn Nor Asiha.

Sambutan yang berbeza pada tahun ini, murid gembira dan ceria melihat bakat guru mereka dalam aneka persembahan..









Wednesday, May 6, 2009

Dapat juga baby akhirnya....


Aku dan adik ipar sangat akrab walaupun keadaan dah berbeza. Dia kahwin pada tahun 2001, selalu kongsi masalah dan cerita bersama. Berkat kesabaran akhirnya selamat melahirkan bayi sulungnya pada 18 April lalu secara caesarean, ikut tingkap tak ikut pintu. Tak kisahlah yang penting dah selamat dan dapat juga zuriat sendiri yang dinanti-nanti selama 9 tahun. Bayi perempuannya sihat 3.1 kg....Kini berada di Bukit Puchong Triang di rumah ibu tiri dan ayahnya melalui proses pantang. Semoga Ba'e terus sihat dan bahagia dengan kehadiran baby baru.

Cuaca Panas di PERKHEMAHAN PANDU PUTERI TUNAS



Merupakan acara tahunan. Kali ni buat di Pantai Rekreasi Air, Balok Kuantan selama 4 hari. Seramai hampir 450 orang peserta dari beberapa daerah dalam negeri Pahang mengambil bahagian. Aku pergi masa malam kebudayaan dan hari penutupan. Antara yang hadir ialah PPD dan Pengarah. Di majlis penutupan cuaca sangatlah panas pada hari tu. Tengku Puan pun macam tak tahan gelisah duduk dalam khemah kuning diraja walaupun di apit blower, berhelai-helai tissue di tarik dari kotak dan wajah putih merahnya kelihatan rimas, berpeluh. Akhirnya di hujung ucapannya dia mengatakan tahun depan kita berkhemah di Cameron Highlands. Dalam hati berkata....ok ke Cameron Highlands sekarang ni setelah dibongkar oleh Karam Singh...sana sini pencemaran.





My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan