Cuti hujung minggu/cuti tahun baru cina memberi kelegaan kepada diri sendiri. Dari awal januari hinggalah ke saat ini aku sibuk mengurus orang, mengurus sekolah, guru, murid sehingga tiada masa untuk mengurus diri sendiri. Sejak buka sekolah sesi 2010 kerja terlalu banyak, setiap hari terkejar-kejar.Balik rumah setiap hari jam 3 atau 4 petang. Kesibukanku terlerai apabila sekolah selesai menjalani program yang dirancang sejak hujung Disember lagi iaitu Merentas Desa, Sukantara dan Kejohanan Olahraga/Sukan Tahunan.Setelah setiap petang selama 3 minggu padang meriah dengan latihan rumah sukan dan olahraga, akhirnya kemuncak acara iaitu Sukan Tahunan selesai dijalankan pada 6 Februari yang lalu.
Selesai sukan hari itu, lihat di cermin, wajah menjadi kelat dan berbelang kerana berjemur di tengah padang dan bersama-sama menjayakan aktiviti bersama komuniti.Bila tiba cuti begini....barulah ada sdikit waktu untuk diri sendiri..Semalam aku berjalan-jalan seorang diri mengunjungi Spa. Di situ aku jalani rawatan/pembersihan muka atau facial. Aku hanya rehat dan wajah sendiri di cuci, di masker, di wap dll. Selesai facial, aku pergi potong rambut dan cuci rambut. Saja nak wajah baru. Selesai gunting rambut aku pergi pula mandi sauna selama 20 minit dan minum air halia campur herba.......selepas itu barulah aku menjalani proses urut badan tradisional selama 1 jam.
Selesai urut selesai mandi aku pulang dengan rasa ringan, puas dan selesa. Sekali sekali perlu belai diri sendiri...Saban hari bekerja...tubuh kita ni ibarat mesin perlu di servis juga.
pesanan SAI dan Apak
-
*SAI*
1. Tenagkan fimiran
2. Gerakan badan seaman...jalan2
3. *Dekatkan dgn ugama*
*APAK*
*4*. Berjemur matahari 90minit
5. Jalan kaki 30 .minit
6. Berjalan...
5 days ago
5 comments:
Seri,
"Kesihatan Kita, Tanggungjawab Kita"
Memang itulah yang patut kita lakukan. Jika kita tidak belai diri sendiri siapa lagi. Orang lain mungkin boleh mencadangkan saja. Apa pun kita sendirilah kena bertindak "Membelai Diri" sendiri. Perbelanjaan yang dikeluarkan itu sebagai pelaburan untuk meningkatkan keyakinan diri. Syabas T.
seronoknya... di kg saya SPA pun takde teringin juga nak merasa membelai diri begitu
ASALAMUALAIKUM SMGA DAH SIHAT.
HABIS SUKAN RELEXLAH TIE, KULIT DAN BADAN DAH DIBELAI HAI...SERONOKNYA..
kini ana guna nama mama, yatie memang rapan dgn saya, duduk serumah, susah ,suka duka bersama di upsi lama tak jumpe rindu juga masa tak mengizinkan, smgo yatie happy dan seronok ,,,,tarik tali..belai diri saya kini sendiri di destinasi baru....
Post a Comment