25KM SEKITAR KUANTAN

25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.

Friday, November 28, 2008

Sibuk Sikit



Sehari dua ini saya agak sibuk sikit. Namun tetap cuba cari masa untuk menjengah blog yang biasa diterjah. Minggu lepas saya buat kuih bahulu dan nampaknya menjadi. Saya pack cantik-cantik dalam bekas bulat dan bawa ke sekolah. Sepanjang minggu ini saya bertugas di sekolah. Seperti biasa saya suka bawa kuih-kuih yang saya buat dan makan bersama staff di office. Tadi mereka terkejut melihat kuih bahulu pula yg saya bawa. Sebelum ni saya selalu bawa mufin, roti butter dan kek cawan/pelangi. Melihatkan kuih bahulu itu semuanya teruja nak merasa.
Macam-macam komen positif saya terima. Ada yang kata "Hmmm...inilah bahulu yang saya cari-cari, rasanya seperti bahulu orang dulu-dulu, teksturnya seperti roti tidak bersakar, tidak terlalu ringan dan sedap cicah dengan teh o atau kopi." Terus mereka tempah untuk raya haji. Semua kerani yang ada di situ tempah. Saya rasa satu kepuasan bila kuih-kuih yang saya buat digemari rakan. Pada asalnya saya bukanlah nak jual kuih bahulu ni tapi nampaknya semua puas hati bila dah rasa dan mereka nak lagi. Maka pagi tadi saya terima tempahan 500 biji kuih bahulu. Esok lusa kenalah buat kuih ni. Kebetulan along ada balik tadi. Bolehla tolong ibu.
Saya jual dengan harga RM16 untuk 50 biji dan RM10 untuk 30 bj. Biasanya di bulan puasa saya tak menang tangan buat biskut raya. Kini nak raya haji tiba-tiba saya terima tempahan kuih bahulu pulak. Mujur dalam cuti sekolah. Mengadap ovenlah nampaknya sehari dua ni. Kepada Ani, nanti saya pamerkan resepi egg tart sedikit masa lagi.

7 comments:

kembara kelana said...

kau dengan cerita kuih kau..ada juga sesuatu yang berfaedah kau lakukan dalam cuti ni. aku? meyakat orang ajalah [ pinjam kata waruna ] brutal sana brutal sini [ pinjam kat kau dan ucup sipan ]bautlah bahulu tu, dan kalau banyak pos sikit kat aku.

Anonymous said...

Puteri Dusun..Tahniah Ti dah ada blog sendiri..entah bilalah giliran aku pulak..

I like your blog coz memenuhi citarasa seorang wanita..keep it up!

Anonymous said...

Puteri Dusun..Tahniah Ti dah ada blog sendiri..entah bilalah giliran aku pulak..

I like your blog coz memenuhi citarasa seorang wanita..keep it up!

Anonymous said...

T, mu meme hebat dale bab ni. Saya percaya ini satu cara bukan sahaja untuk menghiburkan hati tetapi juga menghasilkan kuih muih yang hebat. Jarang wanita ambil peluang begini, walaupun ada masa. Teruskan T, yang penting hati u terhibur.

WR said...

Kalau saya tinggal berdekatan, saya pun akan turut menempah.

kunan said...

T, dua hari lepas saya pergi ke kedai menjual peralatan memasak, melihat pelbagai peralatan termasuk oven doube layer dan membayangkan boleh buat biness, bila-bila kalau jadi bolehlah kita berkongsi maklumat tentang bisnes makanan. Teringat 2 buku resepi yang telah diphotostat tempohari, masih dalam simpanan tak buat apa-apa, tentang penulisan buku tu tak jadi sebab dia orang nak siapkan tahun ini juga. Ni dalam cuti-cuti ni cadang nak praktikkan resepi yang T beri, sibuk pulak dengan kelas KDC Kemas dan GSTT. Bolehlah tambah perbelanjaan anak-anak sekolah nanti. sebab dibayar ikut jam dan kelayakan. Bukan graduate RM80/jam, graduate 120/jam. Alhamdulillah. Nanti bila kita dah graduate dapatlah RM120/jam.

Rusita Shariff said...

salam kak seri suryati,

saya rusita dari nilai.. berjalan jalan membaca blog terjumpa blog akak nie.. dan berminat tengok akak dapat mencuba resepi bahulu yang moden.. kalau boleh sekiranya akak sudi berkongsi resepi bahulu moden tu.. sebab anak saya suka makan bahulu.. tapi saya pulak rasa susah nak membuatnya... dalam blog nie akak cakap tak sampai 1 jam lebih akak try buat.. best betul lah..
akak boleh email shariffrusita@yahoo.com.my atau rusita73@gmail.com
terima kasih kak seri

My Blog List

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)

(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

PENGALAMAN BERTUGAS


02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor

02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang

02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang

01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.

02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan

16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah

01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan

23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.

01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan

17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan