MENERIMA TEMPAHAN KEK HARI LAHIR, HANTARAN PERTUNANGAN/PERKAHWINAN, TART BUAH-BUAHAN UNTUK CENDERAHATI DAN HANTARAN, COKLAT, CUP CAKES, MUFFIN DLL.
25KM SEKITAR KUANTAN
25KM SEKITAR KUANTAN...ANEKA MUFFIN, APAM & KEK CAWAN,ANEKA KEK HARI LAHIR, PERTUNANGAN & PERKAHWINAN,ANEKA COKLAT HANTARAN & ANEKA BISKUT RAYA and bakes of every kind.
Sunday, March 29, 2009
SABTU YANG PADAT
Hari sabtu 28hb penuh dengan aktiviti. Program Kepimpinan untuk Pengawas anjuran Bimbingan dan kaunseling, Program Majlis Tilawah Peringkat Zon, Pertandingan Kawad Kaki Tunas Puteri Pkt Daerah dan dua undangan majlis perkahwinan. Semua agenda ini mengikut jadualnya aku akan hadiri...namun tiada daya tiada upaya melainkan Tuhan yang maha esa. Satu program pun aku tidak dapat pergi angkara di serang migrane yang dasyat. Dah lama tak kena. Makan ubat pun tak lut. Berakhir dengan muntah, tidak bermaya dan akhirnya tertidur di sofa merah....Demikianlah apabila usia sudah di penghujung. Kesihatan diri sangatlah penting.
Friday, March 20, 2009
Tuesday, March 17, 2009
Inspirasi kepada Anak-anak

Syukur Alhamdullillah....
Kejayaan yang dirai bersama-sama pada 16hb Mac 2009 lalu dapat dihadiri oleh keluarga terdekat yang selama ini sangat memahami erti keperitan mengharungi dunia mahasiswa di lewat usia dan akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim . Semoga ianya menjadi teladan dan inspirasi kepada anak-anak yang bersama-sama menyaksikan majlis gemilang ini. Kebetulan anak baru dapat keputusan SPM dan sedang sibuk online ke UPU. Rupanya anak-anak saya begitu mengikuti ucapan Pro Canselor YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj Yahaya bin Ibrahim PSM,DSA,DPMP,JSM,AMN,DJN,PJK pada masa itu. Adalah sesuatu yang berkesan di hatinya...
Friday, March 13, 2009
Jamuan Perpisahan
Pertukaran demi pertukaran berlaku dalam perkhidmatan perguruan. Sejak dari 1984 hingga 2009 sudah 11 buah sekolah aku berkhidmat. Satu di daerah Gombak dan selebihnya di Pahang. Paling lama 9 tahun dan paling singkat 6 bulan...Setiap kali bertukar mesti akan ada majlis yang dibuat oleh Kelab Guru. Baru-baru ni diadakan majlis Malam Mutiara Kasih di Annexe House Kuantan.Pertukaran kali ini adalah dari SK Sungai Isap ke SK Wira. Walaupun hanya 2 tahun mengajar di SKSI namun berkhidmat berkhidmat di sekolah itu telah mengajar saya menjadi seorang yang berjiwa kental dan tabah dengan pelbagai cabaran. Dengan enrolment pelajar seramai hampir 1800 dan guru pula hampir 90 orang...pengurusan Kokurikulumnya sangat menguji ketahanan mental dan fizikal...Bekerja di bawah pentadbiran GB Tn Hj Mohamed Sabri selaku Presiden KGMMB telah memberikan satu pengalaman yang sangat bernilai. Empowerment yang diturunkannya mengajar saya berdikari dan banyak belajar membuat keputusan dengan segera terutama dalam hal-hal pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang datang dan pergi...yang ad-hoc, yang tertunda, yang semasa dan sebagainya kerana status sekolah ketika itu ke arah Kluster.Beliau banyak membimbing saya dalam soal pengurusan. Apatah lagi beliau merupakan pemimpin yang saya kaji kepimpinan strategiknya di sekolah dalam Projek 2. Adakalanya terhiris atas ketegasannya namun saya ambil yang positif...Kini apabila bertukar ke sekolah lain...sedikit sebanyak adalaa pengalaman mengurus kokurikulum di sekolah besar. Pengalaman yang saya kutip di SK Sungai Isap sangat bermakna dan berharga....Semoga mantan GB saya ini terus sejahtera dan cemerlang dalam kerjaya perguruannya.
Wednesday, March 11, 2009
SEBAK
Tadi aku ke UPSI....bersama rakan untuk urus jubah konvo...ketika mencuba-cuba, mengacu-acu jubah ke badan, tiba-tiba je aku rasa sebak. Belum lagi naik pentas...bermacam2 perasaan berbaur..Harap-harap pada hari konvokesyen aku tidak terlalu sebak....mungkin aku rasa kepahitan, keperitan, kepayahan aku telah berbayar dengan kejayaan ini...Semoga anak-anak ku mengerti penderitaan ibunya selama ini..kerana selama ini merekalah antara sumber kekuatan aku mencari ilmu dan meningkatkan diri...Semuanya kutempuhi dalam seribu kepayahan dan rasa jerih yang tidak terhingga.....antaranya..berulang-alik Kuantan-IAB pada jam 4 pagi setiap hari Isnin jika gagal balik petang ahad, bekerja keras di bulan puasa mencari rezeki tambahan, anak sakit, anak merajuk, anak lari ketika ibunya belajar di Upsi, perpisahan dan kehancuran hati...cabaran dan godaan, pertukaran sekolah, karenah guru ketika sekolah ditinggalkan, bebanan tugas di sekolah dan asignment yang bertimbun + Projek 1,2,dan 3.....Alhamdullillah...Syukur semuanya dapat ditempuhi berkat kesabaran dan keredhaan Illahi.
Rakan-rakan UPSI yang mengenali diriku, kalian semua adalah kekuatanku juga kerana anda memiliki semangat yang sangat kental, kuat sekeras kerikil...
Rakan-rakan UPSI yang mengenali diriku, kalian semua adalah kekuatanku juga kerana anda memiliki semangat yang sangat kental, kuat sekeras kerikil...
Thursday, March 5, 2009
PERSIAPAN KONVO 16 MAC
Diam tak diam masa dan saat kita berkonvo semakin hampir. Aku gembira dapat panggilan dari rakan-rakan yang sekian lama menyepi diri apabila tarikh konvo kita semakin menggapai diri. Ada yang bertanyakan tentang slip RM80, ada yang bertanyakan persiapan-persiapan lain seperti kajian pengesanan graduat, bayaran gambar di lobi UPSI, tempahan cenderahati, online SPP dg41 dan juga tempahan hotel. Paling suka apabila rakan bertanyakan pasal baju....Baju dah siap tempah ke atau dah siap beli.... Hmmmm terus terang saya ni simple jer. baju tak beli lagi, sibuk dengan kerja sekolah...tengoklah weekend ini cuti maulidur Rasul bolehlah pergi tengok2 baju kebaya ke... kurung ke...namun bagi aku...apa baju pun tak kisah..yang penting dapat berkumpul jumpa kawan2 dan celebrate bersama majlis ini...hari konvo nanti baju aku cuma nampak kain dan sedikit hujung tangan jer...yang lain tu cover dengan jubah konvo kan kan kan? Yang penting kita bergambar sakan. Ok lah kawan-kawan jumpa 15hb Mac nanti....
Subscribe to:
Posts (Atom)
My Blog List
-
-
Kacang Kuda Tumis dengan Daun Kari - Kunyap-kunyap...hubs feveret... *Bahan-bahan* Kacang kuda...rendam hingga kembang Kemudian rebus hingga empuk... *Bahan tumis* beberapa helai daun ...4 years ago
-
PEMBANGKANG TERUS MENGHASUT, KERAJAAN PH TERUS MABUK INKLUSIF! - 1. Semakin hari penyokong Pakatan Harapan (PH) terus dilanda kerisauan, kerana pihak pembangkang khususnya dua parti; parti Totok dan parti Lebai terus men...5 years ago
-
-
Kelas Untuk Bulan February - Korean Flower Buttercream ~ New Buttercream Di Johor Bahru 25 th Febuary 2017 Tempat : Masam Manis Cake Salon , Austin Perdana, Johor Bahru, Johor Tarikh :...8 years ago
-
SELAMAT BERSARA & ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN - Pertama kali ingin bersara pada tahun 2011. Apa tidaknya aku mula terjun ke bidang yang tidak sebulu ... Bidang Kokurikulum.. Sebenarnya bidang itu bukan...9 years ago
-
-
-
1 Ramadhan 1436H - To all readers, especially blogger friends and former/present students of AlManar. We wish to inform that our dear Hj Hassan, or fondly known as Pokcik, i...9 years ago
-
Kualiti pasukan bolasepak kebangsaan negara semakin teruk kerana..... - Sukan bolasepak pastinya sukan nombor satu negara. Namun setakat hari ini mutu atau pencapaian pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia memang tidak memuaska...9 years ago
-
-
Cara Menjadi Telemarketer yang Efektif - Penjualan asuransi bisa menjadi profesi yang paling menguntungkan . menyediakan dengan menggunakannya sebagai pendapatan yang sangat baik potensi , kemam...11 years ago
-
KARI UDANG GALAH.....YUMMY! - ASSALAMUALAIKUM.... TUUU DIAAA....HARI NI MAKN KARI UDANG GALAH.....YUMMM3 SEGALA JENIS UDANG ADALAH MY FEBERET...HEEEE BUAT RAKAN2 DAPUR SEKELIAN..MA...11 years ago
-
Tokey Bizi.. - Salam semua..maaf la lama anna takupdate blog..bizi banget lately..banyak pic2 yang tak sempat nak update. Sejak anak2 semua dah sekolah ni bizi mengalahka...11 years ago
-
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2015 - Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu : *Memartabatkan profesion perguruan.* · ...12 years ago
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU - KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini pada p...13 years ago
-
Kebahagiaan - Sudah begitu lama ruangan ini sepi. Entah dari mana datangnya keinginan untuk menukil sedikit tinta yang kesepian.Saya terbaca secebis perkongsian tentang ...13 years ago
-
Kek Terbaru Kami - *Opera Cake* Rainbow Cake With Italian Buttercream Red Velvet Cake Snowy Peach Cake With Custard Cream Tiramisu *Chocolate Mascarpone* Royal Caremel N...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (1967 - 2008)
(1967 - 1969 )AHMAD PRIMARY SCHOOL,
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(1970 – 1972) ABU BAKAR PRIMARY SCHOOL.
MENTAKAB PAHANG.
(1973 -1975) SMJK ( P ) JLN TEMERLOH, KUALA LUMPUR
(1976 – 1980) SEKOLAH MENENGAH BUYONG ADIL,
TAPAH, PERAK DARUL RIDUAN.
1981 - 1983
MAKTAB PERGURUAN SERI KOTA, KUALA LUMPUR.
2005
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
2006-2008 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
PENGALAMAN BERTUGAS
02.01.84 – 31.12.1985
SRK Batu Arang
Selangor
02.01.86 – 30.11.1995
SK (LKTP) Lepar Hilir 2
26300 Gambang, Pahang
02.12.95 – 29.05.1996
SK(LKTP) Lepar Utara 01
BP Jengka, Pahang
01.06.96 – 31.12.1997
SK(LKTP) Panching Timur,
26140 Kuantan.
02.01.98 – 15.06. 2003
SK Wira, Kuantan
16.06.03 – 30.11.2003 (GPK Hem)
SK Runchang
26700 Muadzam Shah
01.12.2003 – 01.12.2006 (GPK Petang)
SK Beserah 26100 Kuantan
23.01.2006 – 30. 06.2006 9 (Sandaran NPQH Kohort 9)
SK Pengkalan Tentera, Kuantan.
01.12.2006 - 16.07.2008 (GPK Ko)
SK Sungai Isap Kuantan
17.08.2008 - sekarang (GPK Ko)
SK Wira Jalan Panching Kuantan